" Apa yang korang semua perlu tahu ialah,nama aku bukan Rintis. Orang panggil aku Rintis,sebab aku yang pertama. Jadi semua orang panggil aku perintis."
" Jadi apa nama sebenar tok?" soalku,sambil melangkah perlahan-lahan,penuh berhati-hati dalam koridor yang gelap.
" Hamzah," balas Tok Rintis,ringkas.
" Owh," ringkas juga jawapanku.
" Aku tak pernah cerita kat kau eh masa kita mula-mula jumpa?" soal Tok Rintis.
Ketika ini kami sudahpun tiba dalam ruang yang besar. Seperti sebuah stadium bentuknya. Rasa kagum pulak bila memikirkan ruang sebesar ini boleh wujud di bawah pejabat KEGARA.
Aku hanya menggeleng, walaupun tahu Tok Rintis tak akan nampak bahasa badanku. Tapi rasanya mesej aku sampai,kerana Tok Rintis meneruskan bicaranya.
" Mungkin sebab masa tu aku terlalu teruja. Sebab kau orang yang pertama bawak balik mayat dari wilayah musuh."
" Dan ini yang kedua," balasku sambil mengangkat implan Ronnie di depan Tok Rintis.
" Tumpang tanya,kita kat mana sekarang ni?" soal Raqib dari belakang
" Stadium lama. Dulu inilah tempat orang main bola. Nampak tak tinggalan rumput-rumput karpet tu?" jelas Tok Rintis sambil melangkah turun ke padang di bawah.
Kami mengikut di belakang Tok Rintis,melepasi barisan-barisan kerusi yang dulunya pernah menempatkan berpuluh-puluh ribu penyokong. Kini ia hanya menjadi tempat menakung habuk.
" Dulu,lebih kurang 50-60 tahun dulu,masa udara kita sangat toksik,stadium bawah tanahlah tempat orang beriadah,berhibur. Orang menonton bola pun kat bawah. Yelah,kat atas tu susah nak bernafas."
" Kenapa sekarang tak macam tu?" soalku
" Kita jumpa cara untuk terus hidup. Kita bina implan yang membolehkan kita bernafas dalam udara toksik macam tu. Kita bina menara-menara yang boleh menyedut dah menapis udara kotor. Jadi akhirnya kita dah boleh bernafas kembali di permukaan." balas Tok Rintis sambil berhenti di tengah padang.
Aku dan Raqib hanya memerhatikan Tok Rintis. Yang bermonolog,barangkali mengenang zaman mudanya.
" Tapi sekejap jelah. Lepas tu manusia jumpa cara lain untuk menghancurkan diri mereka sendiri. Perang," balas Tok Rintis,lalu terus meneruskan perjalanan.
Tok Rintis membawa kami berdua ke satu lagi koridor yang gelap. Yang terletak pula di bawah stadium. Setelah hampir 10 minit melangkah akhirnya kami tiba di depan sebuah bilik.
Walaupun lama ditinggalkan, label " Bilik Persalinan" masih lagi kekal utuh di pintunya. Tok Rintis membuka pintu tersebut,disambut oleh lampu yang terbuka secara automatik,bagai menyambut kedatangan kami.
Di dalam bukan bilik persalinan seperti yang disangkakan. Tapi nampak macam bilik operasi.
Ada skrin monitor,ada beberapa meja besar di tengah,sama seperti meja digital Skuad Jentayu. Dan di hujungnya,ada sesuatu yang ditutup dengan kain kanvas.
" Kalau nak diikutkan,dah hampir 30 tahun kita berperang. Sebab asal perang pun aku rasa ramai orang dah tak ingat dah. Mereka cuma tahu yang ada tanah yang perlu dipertahankan,dan ada musuh yang perlu dikalahkan," tutur Tok Rintis menyambung bicara.
Dia berjalan menghampiri objek misteri yang sedang dilindungi dengan kain kanvas. Kami turut sama mengikut,curiga ingin tahu apa yang berselindung di baliknya
" Pernah tak kau tertanya-tanya,kenapa lama sangat perang ni berlarutan? Kenapa tak ada lansung usaha untuk berdamai?" soal Tok Rintis.
Aku tahu jawapannya,tapi diam, tidak menjawab. Raqib pula sekadar mengangkat bahu.
" Duit. Perang adalah duit. Setiap darah yang mengalir dan tumpah di luar sana bernilai pada korporat," balas Tok Rintis lagi.
" Lebih kepada keparat," balasku.
" Yep. Tahu kenapa pekerjaan macam aku ni wujud?"
" Sebab kau? Sebab kau orang yang pertama bawak balik mayat dari medan perang? Sebab tak ada orang lain yang boleh uruskan berpuluh-puluh ribu mayat yang terbiar kat sana?" tuturku.
" Kau orang semua hanya tahu di permukaan sahaja. Mayat yang pertama yang aku bawak balik adalah mayat seorang pegawai tertinggi. Masa tu aku tak tahu,tapi kat tangan dia ada bukti yang PERMATA turut sama menjual senjata pada musuh. Bila aku dapat tahu,aku cuba beritahu semua orang tapi..." tutur Tok Rintis.
" Tapi semua orang tak kisah. Sebab akhirnya duit tu sampai ke tangan mereka jugak. Dari polis,pegawai kerajaan, pegawai tentera,sampailah ke ahli politik," balasku, memotong.
" Ya,tapi mereka semua orang di atas. Orang kayangan. Orang yang di bawah ni? Yang macam kau dan aku,dapat tak duit tu semua?" soal Tok Rintis.
" Dah tentulah tak dapat," balas Raqib pula.
Aku mengangguk,bersetuju dengannya." Sebab itulah penjejak kubur ni jadi satu pekerjaan! Supaya orang macam kau dan aku boleh terus hidup dari perang yang berlarutan ni. Supaya tak ada orang boleh persoalkan kenapa kita masih lagi berperang walau dah berpuluh tahun lamanya!"
Aku dan Raqib saling berpandangan. Walaupun apa yang diperkatakan oleh Tok Rintis itu nampak macam mengarut,tapi ia tak boleh dipandang enteng. Lebih-lebih lagi setelah apa yang aku lihat mampu dilakukan PERMATA.
" Kalau betullah apa tok cakap tu,semua orang kat Kersani kena tahu pasal ni," tutur Raqib pula,berseloroh.
" Kau ingat aku tak cuba nak beritahu? Aku cuba sebarkan kat semua. Aku cuba ciapkan dalam Mayaloka. Tapi belum sempat ia tersebar,belum sempat ia tular,Mayaloka dah diambilalih AI Ulung," balas Tok Rintis.
Raqib memandangku sekali lagi. Seolah-olah meminta penjelasan dariku. Barangkali dia lansung tak boleh menerima apa yang diperkatakan Tok Rintis. Barangkali dia alergik dengan teori konspirasi.
" Kau tak percaya cakap aku?" soal Tok Rintis. Mana taknya,nampak jelas sangat di wajah Raqib.
" Bukan tak percaya. Tapi kisahnya di luar...norma," balas Raqib.
" Tak apa. Aku faham. Aku pun tahu bukan senang nak yakinkan orang. Bukan kau seorang je yang tak percaya. Ada yang pernah panggil aku gila."
" Sebab tu lah,aku dapatkan mesin ni," sambung Tok Rintis sambil menarik kanvas di depannya.
Terserlahlah sebuah kerusi panjang bersalut getah. Diposisikan dalam kedudukan berbaring sambil diapit oleh beberapa skrin monitor.
Di hujunganya ada kerangka besi,yang berbentuk seperti kepala. Barangkali ia adalah peranti antaramuka. Menghubungkan otak manusia dengan isyarat digital.
" Dengan layar-atma ini,aku mengumpul seberapa banyak bukti yang boleh. Dari mayat-mayat yang dibawa balik. Aku selongkar implan mereka. Mencari sebarang petunjuk akan perbuatan PERMATA," tutur Tok Rintis.
" Sebab itu masa aku bawak balik mayat kawan aku dari wilayah musuh kau begitu beria nak jumpa aku. Nak mayat kawan aku tu. Kau nak gunakan dia untuk cari bukti," balasku.
" Ya,selagi bukti yang ada kat tangan aku tak cukup,selagi tulah orang tak percaya cakap aku."
" Saya nak tanya Tok,dalam sepanjang tok menggunakan mesin ini,tok pernah jumpa tak,memori mayat hidup?" soalku.
" Huh?"
Jawapan ringkas Tok Rintis membuatkan aku tersemyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/230961048-288-k910380.jpg)
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Fiksi IlmiahTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...