KEGARA

569 76 8
                                        

Seperti mana banyak pekerjaan lain yang ada di dunia ini,penjejak kubur pun ada kesatuan pekerjanya. Di sinilah tempat penjejak kubur macam aku mengadu.

Kalau ada masalah,ada aduan,ada perkara yang perlu dibangkitkan,KEGARA sedia mendengar. Cuma dengar jelah,buat apa-apa belum tentu.

Itu masalah KEGARA. Dulu masa mula-mula ditubuhkan memang KEGARA ni berfungsi. Banyak syarikat-syarikat korporat gerun dengan cara KEGARA berurusan,membuat negosiasi,dan bermain politik dengan ketua-ketua kongsi gelap sehingga banyak permintaan penjejak kubur terpaksa dilayan.

Tapi itu dulu. Sejak bertukar pucuk pimpinan,KEGARA seperti dah mati pucuk.  Lemah. Banyak permintaan kami tak dilaksanakan. Banyak masalah kami tak diselesaikan.

Reputasi pun jatuh. Dulu disegani,kini dipandang hina. Ramai syarikat-syarikat korporat memandang KEGARA hanya sebagai persatuan picisan. Jelas dapat dilihat pada keadaan ibu pejabatnya.

Dulu di tengah bandar, berhampiran Perasing Square. Kini di pinggir bandar,berhampiran ZIM,betul-betul sebelah kilang getah yang telah lama ditinggalkan.

Kalau dari luar memang tak nampak lansung seperti sebuah pejabat kesatuan sekerja. Yang ahlinya mencapai ribuan di seluruh bandar Kersani.Nampak macam gudang lama yang usang sahaja gayanya.

Tapi itulah destinasi aku dengan Raqib. Dan setelah berjalan lebih kurang 10 kilometer,melihat destinasi di depan mata membuatkan kami sedikit teruja,menghilangkan semua rasa jelik yang ada.

Kami melintas jalan raya lama,yang sudah ditinggalkan. Di kiri dan kanannya terletak kompleks-kompleks kedai yang ditinggalkan. Sebelum menghampiri pejabat KEGARA yang berdiri bagai segan mati tak mahu dihadapan kami.

Aku membuka pintu pagar,yang sudah lama berkarat. Bunyi yang terhasil seperti jeritan itu bagai mengumumkan kedatanganku. Serentak dengan itu dua orang pengawal yang sedang bersantai di pintu depan datang menghampiriku.

Seorang memakai jaket kulit hitam,berambut pacak di tengah. Seorang lagi perempuan, dengan jaket denim dan seluar jeans. Rambutnya ditutup dengan tudung.

" Ni tempat ahli je. Untuk penjejak kubur. Kalau bukan ahli dengan segala hormatnya dipersilakan berambus," tutur yang perempuan dengan gaya-gaya tangannya sekali.

Aku tidak menjawab. Sekadar mengeluarkan sesuatu dari poketku,dan disarungkan di jari tengah. Cukuplah cincin batu itu sebagai satu bukti keahlian.

Yang lelaki melihat cincin aku dengan lebih dekat,kemudian mengangguk. Yang perempuan pula sekadar berpeluk tubuh.

Aku berjalan melepasi mereka berdua,menghampiri seorang lelaki tua yang aku kenal.

" Tok Hadi,apa khabar?" tuturku,sambil menghulurkan tangan.

" Waalaikumussalam," balas Tok Adi sambil berjabat tangan denganku.

" Kau nak apa datang sini Azrahel?" soal Tok Adi.

" Saya nak jumpa dengan Tok Presiden. Dia ada?"

" Ada. Dia kat atas. Mari aku bawak kau," balas Tok Adi.

Aku dan Raqib mengikut Tok Adi yang membawa kami ke masuk ke dalam gudang. Ruang dalam kelihatan seperti sebuah dewan. Dengan beratus kerusi disusun menghadap astaka yang sudah berhabuk.

Dulu memang ini tempat perhimpunan tahunan. Tempat memilih presiden dan membincangkan hal-hal utama kesatuan. Tapi rasanya dah 3 tahun tak digunakan. Yelah,kalau berhimpun pun apa gunanya?

Di kiri dan kanannya pula terletak meja-meja kecil. Sepatutnya menjadi tempat perbincangan,tapi kini menjadi tempat melepak,sambil minum kopi yang dijual kafe KEGARA.

Yep,ada jual kopi dalam ni. Kalau tak,mana KEGARA nak cilok duit? Kami melepasi meja-meja tersebut. Yang duduk di situ ada antaranya aku kenal. Ada yang tidak.

Tapi aku tak ada masa untuk berhenti,bertanya khabar. Aku ada destinasi. Destinasi yang kini terletak di tingkat atas,di pejabat yang terletak di hujung tangga.

" Tok Kemboja?!!" laung Tok Adi sambil mengetuk pintu.

" Masuk," laung suara dari dalam.

Sebaik pintu dibuka kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk di hujung pejabat. Pejabatnya kusam,berdindingkan batu bata-bata yang lansung tidak dilapisi cat.

Perabut pun adalah sikit. Setakat meja besar tempat Tok Kemboja membuat kerja,dan beberapa kerusi kayu di hadapannya. Tapi yang pelik ada pintu kayu yang berukir indah betul-betul di belakang Tok Kemboja.

Tok Kemboja pula duduk memandang kami,sambil berpeluk tubuh. Wajahnya yang berkedut itu dihiasi dengan " tatu" litar berwarna hijau. Barangkali kesan dari implan yang ditanam di cerebellumnya. 

Dia mengisyaratkan kami agar mengambil tempat duduk di depan mejanya. Kami hanya patuh.

" Dari jauh aku nampak kau datang Azrahel. Dengan keadaan ramai kongsi gelap cari kau,aku tak patut bagi kau masuk. Kau tak boleh tinggal sini. Aku tak boleh,dan aku tak nak bagi  perlindungan dekat kau," umum Tok Kemboja tanpa ditanya.

" Aku datang bukan nak mintak perlindungan," balasku

" Habis tu kau nak apa?" soal Tok Kemboja kembali

" Aku nak cari Rintis."

Jawapan aku itu membuatkan semua yang lain tergamam. Terbeliak mata masing-masing. Hanya Raqib sahaja yang terpinga-pinga tidak faham apa yang berlaku.

" Aku tak tahu kat mana dia," balas Tok Kemboja,ringkas. Tapi bola matanya dikalihkan dari memandangku.

" Tok Kemboja tak payah nak mengelat. Saya tahu Tok Kemboja sembunyikan dia. Dia mintak perlindungan dari Tok Kemboja,dan Tok Kemboja uruskan permintaan dia. Saya bukan nak buru dia,atau nak bongkarkan rahsia dia. Saya cuma nak jumpa dengan dia," balasku lagi.

" Kau nak buat apa?"

" Itu urusan saya sendiri."

Tok Kemboja mengeluh. Melihatkan jawapanku yang nekad itu dia akhirnya mengangguk.

Tok Kemboja bangun dan kemudian menghampiri pintu kayu di belakangnya. Sambil mengetuk,Tok Kemboja berkata,

" Dengar tak Rintis,ada budak nak jumpa kau,"

Sejurus selepas itu pintu tersebut dibuka, mendedahkan seorang lagi lelaki tua di belakangnya. Badannya tegap,dengan rambut putih mencecah bahu.

Dia memandangku sambil berkata, " Hai malaikat maut,nak ambik atma aku ke?" soalnya sambil tersenyum sini.

Berdiri di depanku kini adalah Rintis, Penjejak Kubur yang pertama.

***

Juliana kenal siapa Nair sebelum dia sempat memperkenalkan diri. Inilah dia polis yang hampir berjaya menangkap Azrahel. Dan yang lagi menarik,dia juga kawan Azrahel.

" Awak ke yang bawak mayat-mayat ni?" soalnya sebaik menghampiri.

Juliana tersenyum,sambil mengangguk.

" Boleh saya tahu mayat-mayat ni datang dari mana?" soalnya lagi.

" Dari rumah mayat," balas Juliana,pendek.

" Ha? "

" Bukannya rumah mayat kat sini. Kat tempat lain,"  jelas Juliana lagi.

" Dari mana?" soalnya lagi

" Aku tak boleh beritahu. Dan kau tak perlu tahu," balas Juliana kembali.

" Apa yang aku boleh ambil tahu?" soal Nair lagi

" Yang ini adalah kes pembunuhan. Yang kedua-duanya mati dibunuh 12 jam yang lepas. Kau kena cari punca kematian,dan cari pembunuhnya. Itu sahaja," balas Juliana.

Nair mengeluh. Dia menghampiri Juliana sambil mencekak pinggang.

" Baik kau berterus terang dengan aku. Mereka ni mati di Bumantara kan?" soal Nair kembali.

Kali ini,Juliana tergamam.

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang