Implanetrik

1K 117 10
                                    

J tersedar dalam sejam kemudian, ketika keadaan sudahpun reda.  Tiada lagi polis, Azrahel mahupun ahli kongsi gelap. Yang ada hanyalah pengunjung yang sedang berpususu-pusu keluar melarikan diri.

Dia melihat di kiri dan kanannya,cuba untuk memahami kekecohan yang berlaku. Tapi kepalanya pening,terasa seperti nak pecah. Di sisinya kelihatan terpancar satu hologram, seorang lelaki yang sedang melutut di sebelahnya.

" Never seen you like this before," tutur lelaki dalam hologram tersebut.

" Aku cuai," balas J

" Careless doesn't just cut it," 

" Kau nak apa, Remy?" soal J kembali. Dia cuba untuk bangun sambil berpaut pada kerusi.

" The boss wants to see you," balas Remy.

" Suruh dia tunggu, aku tengah pening ni. Kau boleh cerita kat aku tak apa yang dah jadi? Dan dalam Bahasa Melayu please" tutur J mengarah.

" Kawan kau si Penjejak Kubur tu dah rosakkan semuanya. Sekarang semua orang dah tahu yang  Botak Chin masih hidup. Terutama sekali anak dia," balas Remy kembali.

" Kawan lama," balas J membetulkan.

" Kawan lama ke,kawan baru ke,kawan in the future ke. Itu semua tak penting. Yang penting apa yang kita nak buat sekarang? Semua Ketua Kongsi gelap dah mula bergerak. War is coming J" balas Remy

" Dan seperti mana yang kau cakap tadi,aku perlu jumpa boss," balas J sambil perlahan-lahan berjalan keluar dari Melur City.

***
Selepas aku diturunkan,aku dibawa menaiki kereta. Menuju ke mana? Aku pun tak pasti. Mata ku ditutup sepanjang perjalanan.

Sebaik sahaja tiba di satu tempat, aku diseret ke ruang yang tertutup. Matahari yang aku nampak dan rasa dari tadi,kini hilang. Digantikan oleh gelap gelita.

Aku didudukkan di atas kerusi,sambil ikatan aku dibuka. Aku memikirkan inilah peluang yang aku ada,untuk melepaskan diri.

Tapi melihatkan aku sendiri tak tahu di mana aku berada, aku matikan sahaja hasrat. Aku tak nak mati sia-sia di tempat yang tidak bernama.

Ikatan tali kini digantikan dengan gari besi,yang diapit pada tempat dudukku. Setelah selesai semuanya,ikatan di mata aku pula dibuka. Tapi aku masih lagi tak nampak apa-apa.

Tapi tak lama,selepas itu mataku sakit bila lampu dibuka. Silau cahaya itu menusuk mataku. Di balik mata ku yang separa terbuka itu aku boleh nampak kelibat 2 bayang sedang berdiri memerhatikan aku.

" Si Tangan dan Si Kaki Besi," tuturku,sambil tersenyum.

" Disebabkan kau nak duduk lama kat sini. Kau patut dah tahu dah nama kita orang," balas Si Kaki Besi.

Bila mata aku dah boleh menyesuaikan diri dengan cahaya,aku melihat dengan jelas wajah mereka berdua. Kedua-duanya berambut hitam,dan berkulit putih.  Dengan dada yang bidang,tubuh sedikit gempal,tapi tak ada lah terlalu gemuk.

Si Tangan Besi pula ada implan di kedua-dua belah tangannya,membuatkan otot lengannya nampak sedikit besar,dan urat lengannya berwarna biru.

Si Kaki Besi kelihatan berotot sedikit di perut. Barangkali kesan dari menanggung implan besi yang berat.

" Nama aku Harut.Nama dia Marut," tutur Si Kaki Besi.

Aku tersenyum. " Tak lah,nama kau Karut,nama kau Marut."

" Eh aku lesing mamat ni karang. Tu nama malaikat kau tahu tak?" Tutur Marut.

" Dah! Jangan kacau dia! Dia perlu bersedia dari segi mental dan fizikal!" Tutur satu suara dari hujung bilik.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now