Raqib sedang menyusun stok kedainya ketika aku sampai. Sebaik sahaja nampak kelibat aku dia terus tersenyum.
" Sial kau!! Hidup lagi eh?!!" jerkah Raqib,bergurau. Aku tersenyum,lalu menghampiri Raqib dan menghulurkan tangan.
" Aku dengar nama kau popular kat Tanah Kontang. Azrahel si Penggali Kubur?," tutur Raqib mengusikku lagi.
Aku hanya tersenyum,tidak membalas. Sebaliknya duduk di depan kaunternya,seperti biasa.
" Kau macam mana,ok?" soalku pada Raqib.
" Oklah,macam ni jelah. Kedai aku pun macam ni je. Tapi takpe,asalkan ada pelanggan cukuplah," balas Raqib.
Aku hanya mengangguk. Tak tahu bagaimana hendak membalas. Memang dah biasa mendengar jawapan sebegitu dari Raqib.
" Ha,kau pulak? Ceritalah apa yang jadi kat kau dalam seminggu ni," pinta Raqib.
" Pertama,aku dah jumpa dah perempuan mata merah tu," tuturku.
" Wow,yeke?"
" Haah. Dan betullah kau cakap. Perempuan tu tentera upahan. Kerja untuk korporat. Dia kerja untuk PERMATA," balasku kembali.
" Kawan atau lawan?"
" Kawan. Kawan lama sebenarnya."
" Huh?" soal Raqib kembali,terkejut.
Aku tergelak," Aku boleh dah agak masa mula-mula nampak muka dia. Tapi banyak sangat berubah muka dia,tu yang aku tak pasti sangat tu."
" Kawan lama masa bila?" soal Raqib kembali.
" Masa aku kecil. Masa aku merempat kat Bentala dulu."
" Kau tak pernah cerita pun pasal tu."
" Benda lama Raqib. Aku tak nak ingat balik,"balasku.
" Ooook. Habistu macam mana pulak dengan Victor? Betul ke dia hidup balik?"
" Yep. Dan bukan takat tu je. Dia boleh rasuk badan Botak Chin," balasku.
" Huh? Macam mana tu?" soal Raqib kembali.
" Entahlah,aku pun tak pasti. Yang pasti,kitorang dah hapuskan Botak Chin semalam. Cuma kitorang pun tak pasti benda ni dah selesai ke belum," jelasku.
" Owh,sebab tu kau datang jumpa aku?" soal Raqib kembali.
" Eh tak. Aku datang jumpa kau ni sebab aku ada job baru," balasku.
" Lah,cakaplah. Atid!! Meh tunjukkan kat aku," ajak Raqib sambil dia menutup pintu kedai.
Atid muncul seperti biasa dan memancarkan hologram di depan. Aku memuat naik fail yang ada kepada Atid.
" Aku tak ada rakaman sebab klien aku PERMATA. Diorang tak bagi...."
" Sekejap,ada orang lain kat sini," tutur Atid memotong percakapanku.
Aku mula menoleh dan mengeluarkan Lela,aku menggunakan implan di mata,menukar pada mod infrared.
Ah itu dia,di sudut kedai,kelihatan seseorang sedang bersandar di dinding. Aku mula membidik Lela pada Juliana.
" Rileks,aku tak bermaksud buruk," tutur Juliana sambil mematikan sut limunannya.
" Kau buat apa kat sini?" soalku. Juliana menghampiriku dan berkata," Rilekslah,tak payahlah sampai nak tembak aku."
Aku sekadar menggelengkan kepala.
" Siapa ni? " soal Raqib
" Perempuan mata merah," balasku,ringkas.
ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...
