Perang Gelap dan Kelam

592 76 2
                                        

" Memang cari maut betullah rancangan kau ni," tutur Raqib bila kami semakin menghampiri Perasing. Raqib mula menurunkan kenderaannya lebih rendah,melalui celah-celah bangunan. Mengelak dari dikesan dron di angkasa.

Di atas hologram-hologram yang besar melindung kedatangan kami,yang semakin hampir dengan ibu pejabat Srikandi.

Bentuknya yang sfera itu betul-betul ikonik. Tak ada sebarang segi pun. Sampai pintu masuk pun dah tak nampak.

Raqib menurunkan kenderaannya di bumbung sebuah bangunan kosong. Cuaca yang mendung membuatkan kami bergegas turun. Takut-takut hujan pula yang tiba nanti.

Aku menggunakan mod zum pada implanku,melihat ibu pejabat Srikandi dengan lebih dekat. Di sekelilingnya kelihatan berpuluh-puluh dron. Ada yang berkawal,ada yang sekadar memancar hologram. Tapi yang pasti setiap satunya dilengkapi senjata.

" Selamat datang ke Perasing En Azrahel. Di sini kami ada tawarkan pakej...."

" Noor,block semua iklan yang masuk," pintaku.

" Susah jugak bila dah dekat pusat bandar ni," komen Raqib.

" Mereka dapat kesan kita dari Q-bit. Jadi kita matikan Q-bit ni dulu sebelum masuk," balasku,memberi cadangan.

" Kita nak masuk dari mana?" soal Raqib pula.

" Dari laluan bawah tanah. Noor,pancarkan peta Perasing," arahku.

Noor akur,dan memancarkan hologram peta 3D di depan kami. Kelihatan ia bermula dengan Perasing Square di tengah-tengah, dikelilingi oleh bangunan dan menara-menara tinggi di sekelilingnya.

Pejabat SRIKANDI yang berbentuk sfera itu dengan warna putih susu menyelaputinya kelihatan persis Mutiara. Kerana itulah ia diberi jolokan nama sebegitu.

Dan di selatannya pula terletak beberapa kompleks pejabat,dan di sinilah kami berada.

" Kalau ikut jalan biasa kita ikut sini je. Terus tembus masuk ke Berkat HyperMall dan sampai ke tingkat bawah Mutiara. Tapi kita tak nak lalu jalan biasa. Kita ikut jalan bawah tanah,Noor tandakan atas peta," arahku.

Seperti yang diminta Noor menunjukkan jalan bawah tanah,menuju ke tingkat bawah Mutiara. Dan jalannya bermula kira-kira 200 m dari kedudukan mereka.

" Jadi kita masuk dari sini?" soal Raqib,sambil jarinya ditunjuk ke arah hologram

" Yep," aku mengangguk. " Kau ada bawakkan kelengkapan tak?" sambungku lagi.

" Sekejap,dron aku dah nampak sampai. Atid!!" balas Raqib.

Dari kejauhan kelihatan bebolah cahaya menghampiri mereka berdua. Membawa peti besar di bawahnya. Dron Raqib mendarat di depan kami beberapa saat sebelum hujan turun.

Aku dan Raqib sama-sama memakai baju hujan,sambil membuka peti besi yang baru sahaja dihantar. Isinya benar-benar mengujakan. Dari senjata,dron,baju limunan sehinggalah ke baju zirah.

" Banyak jugak barang kedai kau eh," tuturku.

" Banyak,tak ada siapa nak beli je," balas Raqib,sambil tersengih.

Aku dah ada Lela dan Rentaka. Jadi aku tak rasa aku perlukan senjata yang lain. Tapi aku ambil juga dua buah dron,berserta baju limunan dan beberapa buah bom. Raqib pula mengambil sesuatu yang aku tak pasti apa,berserta selaras senapang dan sepucuk pistol.

" Tanggalkan semua Q-bit kau. Mintak Atid tolong lindung jejak kita,agar tak dikesan," arahku,lalu terus bangun menuju ke tangga.

Masa untuk ke jalan bawah tanah

***
Megat sedang menguruskan anak-anak buahnya ketika panggilan Juliana masuk.

" Siapa ni?"

Penjejak KuburCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang