Resolusi

496 72 0
                                    

Bila disantak ke dinding,aku terpaksa menggunakan implan ku lagi. Mencari resolusi.

" NAMA: TIDAK DIKETAHUI,IMPLAN AUGMENTASI GORI-X333. SUT AUGMENTASI PENUH. KELEMAHAN: HABA"

Maklumat itu memberikan aku sedikit idea. Dron labah-labahku yang masih berfungsi itu memancarkan sinar laser. Tepat mengenai tangan pengawal itu.

" Arghhhhhhhhhh!!!" jeritan yang terhasil itu memberikan aku peluang untuk membalas.

Aku ambil Lela Rentaka dari atas lantai. Tak perlu aku tekan picunya. Hanya hentakan di kepala sahaja sudah mencukupi. Tumbang seorang lagi pengawal.

Dua orang lagi pengawal cuba menghampiriku. Tapi Raqib lebih pentas,membidik dan melepaskan tembakan . Dibantu oleh dron yang memancarkan laser bertubi-tubi, kedua-dua pengawal itu tumbang serentak.

Aku menghampiri salah seorang dari mereka. Mengambil Q-bitnya dan mula melakukan godaman.

" Bersedia untuk yang lain Azrahel. Takut-takut mereka hantar lagi ramai ke sini," nasihat Raqib.

Aku setuju dengan Raqib,disebabkan itulah aku memuat turun sekali peta dan jadual laluan pengawal.

" Raqib,pakai Q-lens kau. Aku dah download peta kawasan ni,dengan laluan pengawal sekali. Aku suruh Noor predict pola pergerakan pengawal berdasarkan data yang ada," tuturku.

Raqib atur,dan mula mengaktifkan Q-lensnya. Segala data yang diatur dan dianalisa Noor kini terbentang di depan matanya.

" Kalau ikut pada ni ada satu pasukan pengawal dah dekat. Lebih kurang 10 minit dari kita," balas Raqib

" Ya,betul. Perlu ke kita sembunyikan diorang ni?" soalku kembali

" Tak perlu. Aku nak pasang perangkap," balas Raqib sambil meletakkan bom jangka di bawah mayat yang terbaring.

Selepas itu kami beredar pantas,mengikut jalan alternatif. Kalau ikut pada Noor,bilik pelayan data terletak di tingkat atas. Jadi menggunakan tangga keselamatan merupakan langkah yang terbaik.

Satu demi satu anak tangga kami naik. Dengan pantas tapi penuh berhati-hati. Senjata di tangan kami sasarkan ke hadapan.
Setiap sudut tangga kami periksa agar tiada kejutan.

Dalam beberapa minit selepas itu satu letupan yang kuat kedengaran. Perangkap Raqib dah mengena,dan ia mengaktifkan terus penggera kecemasan.

Kami sendiri menjadi cemas. Jika penggera kecemasan sudah diaktifkan,maka tangga kecemasan pasti akan digunakan.

Aku dan Raqib mengambil keputusan untuk keluar di tingkat seterusnya. Membawa kami ke ruang pejabat yang kosong. Pun begitu kedengaran bunyi orang sedang bergegas menghampiri kami.

Dengan sut limunan diaktifkan kami bergegas mencari bilik yang kosong untuk bersembunyi.

" Jauh lagi tak?" soal Raqib

" Tak,tingkat di atas kita ni sahaja," balasku.

" Kena pakai lif lah nampaknya," tutur Raqib.

Aku mengangguk,bersetuju dengan cadangan Raqib. Bila yakin tiada lagi orang di tingkat ini kami melangkah keluar mencari lif.

Lif terletak di tengah-tengah tingkat. Perjalanan kami tidak mendatangkan masalah. Cuma lif itu sendiri bermasalah. Ia dimatikan bila penggera kecemasan berbunyi.

" Noor,kau tak boleh nak godam ke?"

" Dia matikan keseluruhan sistem Azrahel. Aku tak dapat nak kawal lif ni melainkan aku dapat kawal sistem bangunan ini. Agak mustahil nak buat," balas Noor

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now