" Mati? Kenapa?" Soalku.
Nair memerhatikan,kiri dan kanan. Setelah pasti tiada siapa yang memerhati,dia membawa aku ke sudut yang gelap,jauh dari pandangan orang ramai.
" Macam mana kau boleh kenal Regina Kohler?" Soal Nair kembali.
" Kan aku dah cakap, dia majikan aku. Dia upah aku untuk bawak balik mayat suami dia,"
" Jadi suami dia dah matilah?" Soal Nair kembali.
" Ya,kalau tak ada kat sini,mayat dia mungkin ada kat koroner lagi,"balasku.
" Hm,hilang dah suspek utama," balas Nair.
" Suspek? Regina kena bunuh ke?"
Nair mengangguk," Ya,orang gaji dia yang jumpa. Dekat pukul 7 malam tadi. Orang gaji dia datang sebab nak tolong dia buat persediaan untuk majlis. Sekarang kita orang dah tahulah majlis apa."
" Duit aku..."
" Bro,ada orang kena bunuh bro. Kau boleh pulak fikir pasal duit," tutur Nair, tapi aku dah tak mahu ambil peduli. Aku lebih memikirkan mana aku nak cari duit nak membayar hutang Raymond.
" Hm, aku ada hutang dengan Raymond kena bayar ni," balasku
" Yang tu aku tak boleh nak tolong. Mungkin kau boleh pinjam bank ke, apa ke. Eh, baik kau pergi, pegawai aku nampak nanti," tutur Nair lalu terus berlalu pergi.
Aku melangkah longlai kembali ke kereta. Apalah nasib aku dalam beberapa hari ini. Dahlah kena tembak, majikan pulak mati. Dalam kepala, aku sedang melakukan kira-kira mencari jalan terbaik menyelesaikan kekusutan ini.
Mungkin aku boleh pinjam Raqib. Tapi hutang aku dengan dia dah cecah ratus juta dah pun. Mungkin jugak aku boleh pinjam Tok Hadi. Tak pun patutnya tadi, aku pinjam duit kat Nair. Entahlah....
Dalam kekusutuan langkah menuju kembali ke kereta, aku terdengar suara Nair menjerit memanggilku.
" Azrahel!!" Aku menoleh melihat Nair berlari-lari anak menghampiriku.
" Kau boleh ikut aku kejap tak?" tutur Nair, diapit oleh dua orang anak buahnya. Mereka berdua memandangku dengan wajah yang serius, seperti ada sesuatu yang salah padaku.
" Ada apa ni?"
Tidak mendapat jawapan, kedua-dua orang anak buah Nair mengapitku, dan membawa ku masuk ke dalam rumah Regina.
****
Aku diletakkan dalam sebuah bilik kosong, berdekatan dengan ruang dapur rumah Regina. Ada tingkap kecil di dinding, dan di dalam bilik tu hanya ada sebuah meja dan 2 buah kerusi. Lagaknya nampak macam bilik soal siasat.
Nair kemudiannya masuk, dan mengambil tempat duduk di depanku. Aku cemas melihatkan gaya Nair. Seperti seorang polis yang hendak menyoal siasat. Meminta aku mengaku atas segala kesalahan yang aku pernah aku buat.
" Tenang eh Azrahel, aku ada beberapa benda nak mintak penjelasan kau," tutur Nair.
" Apa dia?"
" Sejak bila kau kenal Regina Kohler?" soal Nair
" Sejak 3 hari lepas, dia cari aku sebab nak upah aku bawak balik mayat suami dia,"
" Kat mana tu?" soal Nair lagi
" Kat Charon," balasku.
" Mazlan!" laung Nair, dan muncullah hologram seorang lelaki memakai uniform polis kurun ke-21. Dengan mata yang sepet, dan senyuman yang manis, Mazlan merupakan antara daripada 3 AI yang digunakan oleh anggota polis.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Ciencia FicciónTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...