Tok Keramat

572 70 0
                                    

Melihat Tok Keramat dan Megat berada dalam bilik yang sama membuatkan aku keliru. Aku bertanyakan pada Tok Keramat.

" Kau ingat aku boleh selamat berperang solo? Aku perlukan kawan dalam perang ni. Kalau aku berseorangan memang pantas aku kecundang," jelas Tok Keramat.

Bijak Tok Keramat ni,fikirku.

" Kau dapat masuk ni pun sebab Megat yang bagi. Kalau ikutkan aku kau memang dah hancur dah dalam kereta Tok Rintis. Jadi dari kau berdiri macam orang bodoh kat situ,lebih baik kau cerita kat aku,apa rancangan bernas kau nak tamatkan perang," sambung Tok Keramat lagi.

Aku mengangguk. Patuh dengan arahan Tok Keramat.

" Noor," aku memanggil. Meminta Noor memancarkan hologram di depan.

Hologram itu mempamerkan Pasar Gelap utama di Kersani,siap dengan sistem pertahanannya sekali.

" Pasar Gelap utama Kersani. Terletak tak begitu jauh dari Serendah. Tapi termasuk dalam kawasan Bentala. Disebabkan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Kersani,ia jadi tempat yang paling strategik untuk urus niaga. Urus niaga haramlah," tuturku,memulakan bicara.

" Tapi sekarang,ia dikuasai sepenuhnya oleh polis," sambungku.

" Dan jugak Vince Chin," balas Megat, membetulkanku.

" Ya,tapi apa yang penting kat sini ialah,kalau kita dapat ambik alih pasar gelap ni,kita dapat lumpuhkan terus operasi diorang ni," sambungku lagi.

" Tapi Vince Chin masih lagi pegang Kara Samudera," balas Tok Keramat.

" Ya,tapi dia akan kekal di Kara Samudera,macam dulu. Semuanya akan kembali seperti biasa," balasku lagi,cuba meyakinkan.

" Sekali air bah,sekali pantai berubah. Jangan haraplah keadaan nak kembali seperti dulu balik. Ia selama-lamanya dah berubah," balas Tok Keramat.

" Ya,tapi sekarang keadaan dah teruk. Kita ada peluang untuk ubahkan keadaan ni,bawak dia ke arah yang lebih baik," balasku.

" Kita? Kenapa perlu aku perlu tolong kau?"
soal Tok Keramat.

" Sebab kedudukan pasar gelap yang dekat dengan Bentala," balasku.

" Jadi?" soal Tok Keramat lagi.

" Bentala sekarang dikuasai oleh syarikat KERAMAT. Syarikat yang Presidennya bernana Hj Hassan Ahmad,atau nama panggilannya,Tok Keramat," balasku.

Tercengang semua orang dalam bilik tu. Tok Keramat sahaja yang masam mencuka. Megat pula tersengih memandangku.

" Yang lain semua keluar dulu. Megat,kau boleh tunggu," arah Tok Keramat.

Semua akur dan hormat pada arahan. Tok Keramat pula bangun,berjalan menghampiriku. Walaupun langkahnya perlahan dia masih lagi mampu berdiri tegap,setiap langkah yang diambilnya hanya mengundang gentar padaku.

" Tok Rintis ke beritahu kau?" soal Tok Keramat, sambil berdiri betul-betul di hadapanku.

Aku sekadar mampu mengangguk. Tak berani bertentang mata.

" Nama kau Azrahel kan?" soal Tok Rintis sambil berjalan mengelilingiku.

" Ya,"

" Apa yang kau nak sebenarnya?"

" Aku bawak rancangan nak tamatkan perang," balasku.

" Tak,apa yang kau betul-betul nak sebenarnya. Ada banyak cara nak tamatkan perang kongsi gelap ni. Bukan setakat serang pasar gelap ni je. Kau faham kan apa yang aku tanya ni?" soal Tok Keramat lagi.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now