Juliana sedang belayar di tengah Selat Empayar. Bot lajunya yang diambil ( dicuri barangkali) dari Skuad Jentayu kini sedang mengharungi ombak,menuju ke sempadan Kersani.
Kelihatan Luke sedang terbaring tidak sedarkan diri di tempat penumpang. Ada banyak soalan yang ingin Juliana tanya pada Luke tapi biarlah mereka masuk ke wilayah Kersani dulu.
Berada di wilayah musuh terlalu lama pastinya akan membawa masalah.
Setelah beberapa minit akhirnya Menara Pemerhati tersergam di ufuk. Juliana akhirnya meletakkan bot pada mod autopilot dan mula menghampiri Luke untuk mengejutkannya.
Dengan air sejuk yang dijirus ke muka Luke bangkit dengan jeritan.
" Siallah!!"
Tapi bila melihat Juliana memandangnya dengan wajah yang berang,Luke kembali memalingkan kepala. Tak berani bertentang mata.
" Mana Azrahel?" soal Juliana.
Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Juliana. Bukan " Kau ok ke?",atau " Apa jadi kat kau?", tapi mana Azrahel yang ditanya
" Azrahel dah khianat kita. Dia yang letupkan hoverkraf aku!" balas Luke mempertahankan diri.
" Dia dalam hoverkraf dengan kau kan?" soal Juliana.
Luke mengangguk, pantas.
" Jadi buat apa dia nak letupkan hoverkraf tu?" soal Juliana kembali.
" Aku....aku..." tergamam Luke,tak mampu menjawab.
" Kau dengan aku kau tak boleh tipu Luke. Bos suruh kau bunuh dia kan?" soal Juliana.
Luke sekadar mengangguk.
" Kau tak berjaya lah ni?"
" Aku tak pasti, dia terhempas dalam laut. Sama macam aku. Aku tak jumpa dia lepas tu"
" Kurang-kurang kau dapat tak mayat yang bos mintak?"
Tergamam lagi Luke. Kali ini dia menggeleng.
" Haih,susahlah kau ni!" jerkah Juliana lagi.
Q-bit Juliana berbunyi memotong perbualan mereka.Remy yang terpancar di depan mereka.
" Juliana aku dapat info dari seseorang yang Azrahel kelihatan berada di ZIM," tutur Remy.
Juliana memandang Luke sambil menggelengkan kepala.
" Ni semua salah kau. Tak habiskan kerja betul-betul," tutur Juliana lagi.
" Ah,aku boleh betulkan semua ni Juliana. Aku boleh kumpulkan orang aku,pergi bunuh Azrahel," tutur Luke,merayu.
" Tak perlu," tutur Juliana sambil melepaskan tembakan tepat ke kepala Luke.
***
Aku menghirup kopi,sebaik sahaja menamatkan cerita. Rasa kopi panas yang masuk perlahan ke dalam tekakku itu memberi kelegaan dan menenangkan sikit hati yang sedang berkecamuk.Tapi tak pula bagi Raqib dan Raymond. Kedua-duanya ternganga mulut mendengar ceritaku.
" Kau sedar tak apa maksud semua ni Azrahel? Kalau betullah cerita kau ni,ini bermakna PERMATA ni pengkhianat," komen Raqib.
Aku sekadar mengangguk.
" Sekejap,kenapa PERMATA nak hapuskan Skuad Jentayu? Apa mereka dapat?" soal Raymond pula.
" Biar betul soalan kau Raymond. PERMATA buat semua ni sebab duitlah," balas Raqib.
" Duit?" soal Raymond kembali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...