Serendah

952 119 3
                                        

Melihat kepada kemajuan yang ada di Kersani,membuatkan kita hairan bagaimana Serendah boleh wujud. Tapi itulah hakikatnya.

Kawasan yang kontang dan panas ini bagaikan ditumbuhi oleh blok-blok bangunan konkrit. Disusun rapat-rapat sehingga nak bergerak di antaranya pun sukar.

Tapi orang masih lagi bersesak-sesak di sini. Seperti ikan sardin yang terperap sahaja perlakuannya. Melakukan segala macam urusniaga yang boleh difikirkan. Tanpa ada garisan jelas antara halal ataupun haram.

Berbeza dengan Kersani,di sini tiada lampu-lampu neon,hanya ada lampu pelita sahaja yang menerangi. Pun begitu,masih ada juga kedai-kedai yang menyinari ruang mereka dengan pancaran hologram,terhasil dari Q-bit masing-masing.

Aku dan Juliana tiba sebaik sahaja matahari terbenam. Berpeluh-peluh kami. Habis basah lencun dibuatnya.

Barulah aku sedar yang aku dah lebih dari 5 hari tak mandi. Bagus jugak kalau dapat motel murah,tempat untukku mandi dan berehat. Takpun tidur di rumah kawan Juliana. Mana-mana pun boleh,yang penting,selesa.

" Associate kau kat mana?" soalku.

" Biasanya dia lepak kat bar dalam Serendah. Tapi aku tak ingat kat mana bar tu," balas Juliana,yang kelihatan seperti mencari-cari. Barangkali cuba mengingat kembali lorong-lorong di Serendah.

" Bila kali terakhir kau ke sini?"

" 3 tahun lepas,ada kerja masa tu," balas Juliana kembali,sambil matanya melilau mencari.

Dalam kami meredah ruang sempit Serendah, kami tak menyedari yang gerak kami diperhatikan. Di setiap sudut ada sahaja mata yang memerhati,menanti ruang dan masa yang sesuai.

Dah tentulah ketika itu,kami lansung tak tahh yang nama kami kini dah popular di Serendah ( sekurang-kurangnya nama akulah). Dah meniti di bibir tiap orang di Serendah yang terdesak inginkan duit.

10 juta kredit bukanlah jumlah yang kecil.

Disebabkan itulah,sekelompok manusia kini sudahpun mula menggurumuni kami. Menghampiri dari setiap arah. Dan beberapa dari mereka menahan kemaraan Juliana di depan.

Juliana bingung dengan apa yang terjadi. Dia menoleh ke kiri dan kanan melihat ramai orang sudahpun berkumpul. Dia menoleh kepadaku meminta penjelasan.

Aku hanya menuturkan perlahan, " Kereta,"

" Owh," Juliana mengangguk.

" Kau ke yang curi kereta Tiger Sammy?" soal yang di depan Juliana.

" Kau tak ada duit sangat ke?" soal yang di sebelahku pula.

Aku dan Juliana saling berpandangan. Aku dah terlebih dahulu memegang Lela dan Juliana nampaknya sedang berusaha mengaktifkan dronnya.

Tanpa menunggu Juliana aku mengacukan Lela ke depan.

" Kalau tak nak badan berlubang,bagi kita orang jalan,"tuturku,dengan wajah yang bengis.

Kelihatan seperti mereka semua tergamam melihat Lela diacukan. Senyap seketika semua memerhatikan.Tapi ia hanya sementara sahaja, bila salah seorang dari mereka ketawa. Diikuti oleh yang lain.

Aku pula yang bingung.

" Pistol kau tak berfungsi kat sini," tutur salah seorang dari mereka.

Aku menarik kembali Lela,cuba untuk mencari apa yang tak betul pada pistolku. Satu silap yang besar. Kerana dengan tak semena-mena satu kayu besi menghentam kepalaku.

Aku tercampak ke depan.

Juliana pula tampaknya lebih bersedia,dengan terus melancarkan dronnya.

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang