Dahiku berpeluh. Dadaku berdegup kencang. Laras senapang yang kini menyentuh belakang kepalaku mendatangkan seram sejuk ke seluruh badan.
Lebih-lebih lagi bila suara itu tiba-tiba sahaja keluar bertanyakan soalan.
" Siapa kau?"
Aku tergamam. Tak mampu untuk menjawab. Kerana yang bertanya itu pastinya yang sedang mengacukan senapangnya dibelakangku. Dan kalau tersilap jawab,pasti buruk padahnya.
Tapi nampaknya berdiam diri juga bukan satu pilihan. Bilamana belakang kepalaku dihentak tiba-tiba dengan belakang senapang.
Aku terjelepuk ke tanah.
" Jawablah!!!"
Kini suaranya yang garau itu jelas kedengaran.
" Saya Juliana. Ketua Pegawai Tempur PERMATA. Kamu semua ni Skuadron Jentayu kan?"
" PERMATA? Apa tentera korporat macam kau buat kat sini? "
" Kami ada tugasan khas," balas Juliana.
" Tugas khas? Heh," balas lelaki itu lagi disambut gelak ketawa rakannya. Aku yang mula menyedari tiada lagi laras senapang di belakangku,mula bangun melihat sekumpulan tentera yang kini sedang mengelilingi kami.
Masing-masing memakai uniform berwarna hitam. Dengan baju zirah dan juga rig robotik memenuhi badan mereka. Betullah mereka ni Skuad Jentayu,skuad tempur elit Aglican.
" Tugas khas apa yang keparat bagi kat kau? Jadi salesman?" balas suara itu lagi. Disambut jerkahan itu dengan ketawa yang lebih kuat. Aku juga hampir ingin ketawa,tapi terhenti bila melihat jelingan tajam Juliana.
" Juliana? Kau ke tu?" kali ini satu suara yang lain pula kedengaran.
" Ya,aku kat sini Helmi," balas Juliana,dengan wajah yang berharap.
Kelihatan seorang lelaki mara ke depan sambil membuka topi keledarnya. Sebaik sahaja melihat wajahnya,aku terkedu. Juliana kenal mamat ni?
Wajahnya putih dan tampan. Matanya kebiruan,barangkali semulajadi. Tinggi orangnya,dengan dada yang bidang. Dan bila dia tersenyum,terserlah giginya yang putih bersinat. Persis model sahaja orangnya,tak nampak lansung macam seorang tentera.
" Kau buat apa kat sini?" soal lelaki yang bernama Helmi itu pada Juliana.
" Nanti aku jelaskan," balas Juliana kembali. Wajah Juliana seperti meminta agar Helmi membantunya.
Helmi berdiri di tengah bulatan dan memandang semua rakan-rakannya yang lain.
" Skuad,aku perkenalkan pada kamu semua, ini Cik Juliana," tutur Helmi.
" Wow,cik," balas yang lain,disambut dengan bermacam-macam bunyi. Bagai ayam jantan hendak mengawan sahaja lagaknya.
" Dia merupakan Pegawai Tertinggi Tentera Tempur PERMATA," sambung Helmi.
" Dan kau pula?" soal Helmi sambil memandangku.
" Azrahel,penjejak kubur," balasku ringkas.
" Penjejak Kubur? Apa penjejak kubur macam kau buat sampai masuk ke wilayah musuh?" soal Helmi kembali.
" Macam aku cakap tadi Helmi, nanti kami jelaskan. Tapi sekarang ni boleh tak kau bawak aku pergi kem kau? Aku dah tak tahan sejuk ni," balas Juliana.
Helmi memandangku dan kemudiannya pada Juliana. Selepas itu dia memandang pula wajah rakan-rakan skuadnya. Tapi masing-masing hanya diam dan menundukkan wajah. Memberi isyarat yang keputusan terletak di tangannya sebagai ketua skuad.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...