Tanah Kontang

1K 119 3
                                    

Ketika Kersani sedang rancak dibangunkan,wujud idea untuk menjadikan bandar itu mandiri sepenuhnya.

Sumber makanan merupakan keperluan utama yang kurang ada di Kersani. Disebabkan itulah beribur hektar di selatan Kersani diwartakan sebagai tanah pertanian.

Ramai penduduk Kersani yang merebut peluang untuk memiliki tanah yang luas itu. Dengan sedikit duit pendahuluan,tanah itu milik mereka,dan hanya perlu dibayar sepenuhnya selepas 10 tahun.

Tapi tanah yang perlu disemai bukanlah tanah yang subur. Ianya kontang, mati dan sukar untuk apa-apa pun tumbuh di atasnya. Bantuan teknologi diperlukan, disebabkan itulah kebanyakan pemilik tanah meminta bantuan syarikat-syarikat korporat, dan teknologi yang mereka ada.

Dan syarikat yang paling banyak memonopoli? SAKA. Kemampuan SAKA dalam bioteknologi amat berharga. Disebabkan itulah,tanpa sedar,lebih dari 70% kawasan pertanian di Tanah Kontang dimiliki oleh SAKA.

Di satu masa, Tanah Kontang menghijau. Penuh dengan pelbagai tanaman. Pasar-pasar riuh dengan hasil tanaman dan jualan.

Tapi semuanya berubah bila SAKA meninggalkan tanah kontang. Disebabkan kos yang terlalu mahal,SAKA memilih untuk mengimport sahaja dari luar Kersani.

Maka terbiarlah Tanah Kontang,menjadi tempat gelandangan dan setinggan.

Kini,pasar-pasar yang pernah menjadi tempat hasil tanah dijual,terbiar sepi dipenuhi debu. Dah lebih dari 20 tahun ia terbiar,tak pernah dijejaki orang.

Langitnya kosong,tak pernah dilintas manusia. Tapi semuanya bakal berubah hari ini.

Dari jauh kelihatan asap berkepul-kepul. Datangnya dari kereta yang sedang menjunam pantas ke bawah. Membawa Juliana dan Azrahel dari langit mencecah tanah.

***

" Juliana! Hidupkan gel pelindung!!" Arahku.

Juliana walaupun dalam keadaan cemas patuh dengan arahanku. Gel pelindung dihidupkan, mula merembes keluar dari rongga kereta,dan menyelaputi seluruh badan kereta.

" Ada idea lagi?" soal Juliana.

Aku melihat ke luar. Mencari tempat yang selamat untuk mendarat. Sudah hampir 5 minit kami di awangan sebegini. Berpegang pada tali hidup yang nipis.

Aku lihat ada kawasan yang ditumbuhi semak samun,nenghampiri himpunan pokok. Barangkali bekas tinggalan satu masa dulu.

" Situ, dekat pokok-pokok tu. Selamat sikit," balasku.

Juliana melihat ke arah pokok yang ditunjukkanku,dan mula mengalihkan stereng. Dia mula menurunkan kereta ke bawah dan melepaskan kepak kereta bagi memperlahankan kelajuan.

" Masih laju!!" jerit Juliana.

" Sedia!!!" Itu sahaja yang aku boleh tuturkan. Menyerahkan semuanya pada takdir.

Dengan laju kereta mendarat,menghentam tanah dengan begitu kuat,sehingga terlepas stereng dari genggaman Juliana.

Aku mengambil alih stereng,membawa kereta ke arah pokok-pokok yang menanti bagaikan kusyen.

" Amaran!! Amaran!!! Amaran!!! " ViCar mula berbunyi.

" Perlanggaran akan berlaku dalam masa 3...2...."

Aku mengetap bibir,meletakkan tanganku di depan,menantikan kesakitan yang bakal tiba.

"1!"

" Klonggggggg!!!!!"

Bingit telinga aku mendengarnya. Aku cuba untuk menutup telinga,tapi belum sempat berbuat apa-apa kepalaku dah pun terhantuk di papan pemuka.

Sakitnya sukar nak dibayangkan. Aku meraba-raba kepala,terasa seperti sesuatu mengalir dari celah dahiku.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now