Bedilan Kubur

1.8K 195 7
                                        

Medan Kubur di sempadan Kersani memang besar. Dan ianya bukanlah tanah kontang seperti yang disangkakan  yang lain.

Ia merupakan bandar terbiar,yang ditinggalkan kerana perang. Jalan-jalan yang dulunya bertar kini berdebu,diapit oleh bangunan-bangunan tinggi yang berlubang,dibedil bom dan meriam.

Aku memulakan langkah,menelusuri bandar berhantu ini. Yang dulunya merupakan sebahagian dari Kersani.

Dah lebih 50 tahun ia ditinggalkan. Sampai dah naik bersawang dan berdebu. Dari kejauhan kedengaran bunyi bedilan,yang tak berhenti-henti datang dari pihak lawan.

Aku memasuki salah satu dari bangunan kosong itu. Yang sudah menjadi tempat biasa aku berteduh sekejap. Setelah sampai ke tingkat atas,aku menoleh ke kiri dan kanan,memastikan aku memang bersendirian.

Setelah pasti,aku meletakkan beg galas ke bawah. Mengeluarkan segala perkakasan yang aku perlukan.

Senjata aku ada dua. Satu pistol, LELA PT-135. Ada mod tembakan pantas,jadi sesuai untuk pertempuran jarak dekat. Ia tidak menggunakan peluru,hanya memerlukan gel penyejuk,jadi secara teknikalnya ia boleh ditembak tanpa had.

Aku selitkan pistol itu di tali pinggangku.

Satu lagi raifal, VINDICATOR CRS-13. Ia merupakan raifal magnet,dengan kelonsong .750. Sesuai untuk tembakan jarak jauh. Lebih-lebih lagi untuk dron musuh yang sentiasa di atas awan.

Aku sangkutkan raifal itu di bahu aku.

Aku ada dua bom perisai. Satu bom perisai cukup untuk menahan bedilan artileri selama 5 minit. Cukup untukku mengemudi medan kubur.

Aku sangkutkan bom perisai itu di jaketku.

Dan aku juga ada dron,penting untukku bagi mengawasi kawasan sekitar dari atas,memberi amaran sekiranya ada musuh menghampiri.

Aku letakkan dron itu di sebelah.

Akhir sekali aku membuka sepenuhnya zip beg galasku,yang boleh ditukar menjadi jaket kalis peluru. Aku sarungkan di badan,dan meletakkan semua perkakasan yang aku perlukan pada jaket yang aku pakai.

Setelah selesai,aku memakai Q-Lens, sambil menghidupkan AI Noor yang disewakan Raymond.

Muncul di depan aku, seorang wanita berkebaya merah,dalam lensa yang sedang aku pakai.

Wajahnya manis,berseri. Rambutnya hitam,panjang mengurai. Dan senyumannya lebar,dengan bibir yang menggoda.

" Assalamualaikum Abg Azrahel,Noor ni. Ada apa-apa yang saya boleh bantu bang?" Soal Noor,tersenyum sambil melenggok-lenggokkan badan.

Aku menggelengkan kepala. " Ni AI lorong gelap Raymond," monologku sendirian.

" Noor,tolong jangan panggil aku 'abang'. Panggil Azrahel atau Tuan Azrahel. Kita ada kerja nak buat,jadi kalau boleh, let's make it professional,"

" Sekejap" tutur Noor.

Aku mengangguk. Memberikannya masa untuk melakukan pengubahsuaian.

" Baiklah Azrahel. Apa yang aku boleh bantu?" Tutur Noor kembali. Mulutnya masih lagi menerbitkan senyuman,tapi rambutnya kini pendek. Bajunya bukan lagi kebaya,sebaliknya baju zirah dengan uniform tentera.

" Cantik! Ok Noor,hidupkan perisian pengawasan. Pakai drone ni eh," tuturku,sambil menghidupkan dron tadi.

" Ok. Dron SRIKANDI-DR44 boleh bertahan sehingga pukul 8 esok pagi,sebelum perlu di caj semula" balas Noor kembali

Perlahan-lahan dron itu terbang,keluar melalui tingkap. Melakukan kerjanya di angkasa.

" Ada apa lagi?" Soal Noor. Gayanya seperti tidak sabar untuk mendapat tugasan baru.

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang