Samseng

1.3K 150 10
                                    

Jam sudahpun menunjukkan hampir 6 petang. Malam ni sepatutnya aku berada di rumah Regina,untuk mengutip duit bayaran. Upah untukku membawa pulang mayat suaminya.

Tapi aku masih lagi di sini. Di kawasan kejiranan  korporat ini. Menyelongkar isi rumah perempuan misteri yang membuatkan aku pening kepala.

Aku buat semua ni bagi memahami apa yang sebenarnya berlaku pada Victor. Yang mati,hidup semula,kemudian mati sekali lagi.

Klu yang ada,hanyalah implan kornea merah yang dimiliki perempuan misteri itu. Dan dengan bantuan Atid aku akhirnya tiba di apartmen ini.

Apartmen mewah,2 bilik. Dengan ruang legar yang luas, diapit dengan tingkap  yang sepatutnya memaparkan panorama indah Taman Tasik Chaldea. Tapi disebabkan Taman Chaldea kini sudahpun dicemari dengan sampah sarap dan lukisan grafiti, maka tingkap ini kini hanyalah sebuah skrin yang memaparkan gambar pemandangan maya.

Aku melihat ke kiri dan kanan,cuba untuk mencari sebarang petunjuk yang boleh membantuku. Tapi tak ada apa-apa pun di sini.

Yang ada hanyalah perabot,tapi tak ada tanda-tanda yang ianya pernah digunakan. Mahupun tanda-tanda yang tempat ini pernah diduduki.

Tapi,di satu sudut,aku ternampak sesuatu yang berkilau. Mungkin itulah petunjuk yang aku cari.

Bila aku menghampiri,apa yang aku nampak hanya menambahkan kekusutan di kepala.

Ia adalah sekalung rantai,dengan loket di tengah. Ia tak nampak macam dibuat dari emas atau perak. Tapi nampak macam dibikin dari bahan terbuang.

Yang menambahkan kekusutan kepala,aku macam pernah nampak rantai tu.

Aku mengangkat rantai itu,dan mula membelek. Aku lihat di belakang loket itu terukir dua huruf. A+J. Barangkali ukiran itu adalah nama pemiliknya.

Dalam sekelip mata aku terdengar bunyi derap tapak kaki. Seperti ada orang sedang berlari menghampiri. Tapi aku telahpun bersedia untuk menghadapinya.

Aku ambil pasu bunga kaca di depanku. Aku berpusing dan menghentam pasu itu,sangkaku kenalah di kepala . Tapi tak,lelaki di belakangku menahan cebisan pasu yang berkecai tadi dengan lengannya.

Terkoyak kulit lelaki itu,terlihat isi besinya.

" Implan?" Soalku. Walaupun tahu yang lelaki itu tidak akan menjawab.

Sebaliknya,sambil tersenyum,lelaki itu menggunakan tangan besinya,menumbuk tepat ke perutku.

Aku tercampak jauh,sehingga retak dinding kaca di belakang.

" Arghhhhhh! Sial kau!

Belum sempat aku berbuat apa,seorang lagi datang dari sebelah. Cuba untuk menumbukku. Aku mengelak dengan menunduk,kemudian merempuh dengan tubuhku,sehingga kami berdua jatuh tersungkur.

Sakit di perutku masih lagi belum hilang,bila lelaki dengan tangan besi itu menarikku dan mencampakkan aku ke belakang.

Lelaki tangan besi itu dan kawannya datang menghampiri aku yang sedang mengerang kesakitan.

" Mana J?" Laung lelaki tangan besi.

" Huh? Siapa?" Soalku. Dan serentak dengan itu satu tendangan hinggap di dadaku.

Ya Allah seorang tangan besi,seorang lagi kaki besi.

" Kau jawab soalan aku betul-betul,mana J?"

" Manalah aku tahu celaka!!" Jeritku,mengerang kesakitan. Tapi tangan aku sudah bersedia,mengenggam Lela dengan erat.

Hampir sahaja Lela terlepas,bila satu lagi tendangan hinggap di kepalaku. Bergegar rasanya,sampai ke otak.

" Mana J???!!!!" Laung lelaki berkaki besi.

Penjejak KuburWhere stories live. Discover now