Raqib mengiringi Tok Keramat menghampiri kuncu-kuncunya yang sedang berkumpul. Masing-masing sedang melakukan persiapan akhir sebelum serangan ke atas pasar gelap.
Senjata disusun, baju perisai dipakai dan kelengkapan semua dipasang dengan tersusun. "Sistematik jugak kongsi gelap ni," fikir Raqib dalam hatinya.
"Sayang sekali kawan kau tak dapat sertai harini," tutur Tok Keramat.
"Dia ada urusan lain yang perlu diselesaikan segera," balas Raqib.
"Masuk ke Mayaloka kan? Apa urusan dia?" soal Tok Keramat.
Raqib memandang mata Tok Keramat. Lama memikirkan jawapan, menyusun ayat yang terbaik. Belum sempat dia menjawab, satu suara datang membantunya
"Memburu hantu yang merasuk Botak Chin," tutur Megat dari belakang.
"Owh Megat, orang kau dah sampai?" soal Tok Keramat.
"Dah. Kebanyakan dari mereka ikut arah selatan," balas Megat.
"Baiklah. Aku harap idea kawan kau ni berjaya. Untuk kebaikan kau jugak," tutur Tok Keramat lalu terus berlalu pergi.
"Dia bagi amaran kat kau tu," tutur Megat sambil memegang bahu Raqib
"Aku tahu. Macam mana kau tahu mana Azrahel pergi?" soal Raqib kembali.
"Juliana yang beritahu."
"Jadi Juliana dah ke Bumantara, Azrahel pula ke Mayaloka. Dua serampang," balas Megat.
"Tak, tiga. Aku pun ada objektif aku," balas Raqib kembali.
"Kau yakin rancangan kau akan berjaya?" soal Megat.
"Aku perlu yakin," balas Raqib sambil meneguk air liur.
"Apa tunggu lagi tu? Mari!" arah Tok Keramat dari depan.
Megat dan Raqib kedua-duanya mengangguk dan mula menghampiri Tok Keramat. Di depan mereka kelihatan beberapa buah mesin artileri sedang dipasang, di bawah lindungan dron limunan.
Tak berapa jauh dari mereka kelihatan beberapa buah motor sedang beratur sambil diperiksa oleh kuncu-kuncu Bayang Hitam.
Raqib memandang Megat, seperti meminta penjelasan darinya.
"Cara serangan kongsi gelap. Pantas dan efisyen," balas Megat sambil tersengih.
"Merbahaya sebenarnya," komen Tok Keramat.
Megat sekadar mengangkat bahu. Raqib pula mula menghubungi Gempita.
"Kau dah sedia Gempita?" soal Raqib.
"Dah, tunggu arahan je ni," balas Gempita.
"Azrahel macam mana?" soal Raqib kembali.
"Azrahel dah selamat sampai ke Mayaloka. Setakat ni dia ok," balas Gempita.
"Ok," balas Raqib lalu menamatkan panggilan. Raqib kemudian memandang Megat, memberi isyarat yang persiapannya sudahpun selesai.
"Tok, semua dah sedia," tutur Megat.
Tok Keramat mengangguk, "Bagi aku cakap," pinta Tok Keramat lagi.
"Dengar semua, Tok Keramat nak cakap," arah Megat, lalu menghubungkan alat komunikasinya dengan semua orang, melalui mod penyiaran.
"Aku tahu, kita kongsi gelap ni tak ada berpegang pada konsep abstrak seperti kebebasan, liberal mengarut semua ni. Kita hanya berpegang dan bertuhankan duit.
Tapi kita kenal erti setiakawan, erti persaudaraan, dan yang paling penting kita kenal apa itu tradisi.
Tradisi meletakkan polis sebagai pengawal keamanan, pelindung orang awam. Tradisi jugak meletakkan kita sebagai yang jahat, polis sebagai yang baik.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Ciencia FicciónTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...