Perangkap

1.3K 143 4
                                        

Dengan bantuan Noor, dan hasil godaman pengkalan data polis, aku dapat mengesan kedudukan Botak Chin. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Botak Chin kini berada Perasing Square,kira-kira 5 km dari rumah Regina.

Aku memasukkan koordinat, dan membiarkan ViCar membawaku ke destinasi.

Perasing Square terletak betul-betul di pusat bandar Kersani. Ia merupakan tempat tumpuan,menempatkan pusat beli-belah, kawasan hiburan dan juga dahulunya kawasan tarikan utama pelancong (dululah, sebelum perang melanda).

Seperti namanya tempat ini terasa terasing buatku.Aku memang jarang sangat ke sini. Melainkan kalau ada awek yang ingin ku ayat, kalau tak, jangan haraplah Perasing nak nampak muka Azrahel. Sebab tempatnya mahal, mewah dan hanya sesuai untuk anak-anak korporat.

Tapi hari ini, disebabkan oleh rasa ingin tahu yang kuat, aku menjejakkan kaki juga ke sini. 
Dari jauh lagi aku dah nampak,lampu-lampu neon yang bersinar terang,ditambah lagi dengan hologram-hologram gergasi yang memukau.

Kesemuanya untuk mewujudkan rasa kagum pada Perasing Square. Tapi yang tahu je tahu,keindahan tu hanya di luaran sahaja.

ViCar membawa keretaku,melepasi semua kecantikan itu. Melepasi semua Hologram yang bergerak-gerak,menawar dan mempromosikan produk-produk mereka. Seperti aku,ViCar seperti tidak mempedulikan semua itu,dan membawa aku ke sudut yang gelap.

Kemboja Mall,dulunya merupakan pusat beli-belah 50 tingkat yang cukup meriah. Kini ia terbiar sepi,dan hanya berfungsi sebagai ruang parkir kereta yang murah,buat mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Perasing.

ViCar menurunkan kereta ke ruang yang kosong. Sementara itu,aku memeriksa semua senjata dan kelengkapan yang aku ada.

" Noor,dia ada kat mana?" Soalku

" Sekejap," kata Noor,sambil menganalisa semua kamera litar tertutup yang ada di Perasing Square.

" Dia sedang menuju ke Melur City," balas Noor.

Aku mengangguk,dah bersedia untuk memburu Botak Chin. Kali ini sasaranku masih hidup,jadi aku perlu lebih berhati-hati.

Tapi sebelum turun,aku ada beberapa benda yang perlu dilakukan.

***

Dalam kesibukan orang ramai berpusu-pusu di Melur City,kelihatan seorang wanita bermata merah sedang bersantai di kedai kopi. Wanita yang setakat ini hanya dikenali sebagai J,sekadar tersenyum memerhatikan gelagat orang ramai yang terpana dengan kemewahan dunia.

Benda yang sama juga pernah memukaunya,satu ketika dahulu. Kini dia hanya menikmati segala kemewahan itu,dan bukan sekadar memerhatikan dari tepi.

Lamunan J terhenti bila dia disapa panggilan dari Q-bit.

" Sasaran dikenalpasti. Bergerak menuju ke tingkat-6"

J tersenyum. Dia lantas bangun,dan menggalas beg yang dibawa. Sebelum keluar,dia sempat melemparkan senyuman pada penjaga kedai.

Hari ini adalah hari yang indah buatnya.

***
Aku perlu buat dua panggilan. Yang pertama pada Tok Hadi.

" Aku baru nak solat Isyak,Azrahel. Kau nak apa?"

" Assalamualaikum Tok Hadi," tuturku memerli

" Waalaikumussalam. Ya,Azrahel,kau nak apa?"

" Tok Hadi buat tak apa yang saya mintak tadi?"

" Owh,yang tu. Rasanya tak ada yang pelik sangat pun,cuma setiap implan yang ada kat mayat Victor ni,macam ada kesan terbakar," balas Tok Hadi

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang