Aku tersedar dalam ruang yang kosong. Gelap. Tak ada apa di kiri dan kananku. Yang lebih peliknya aku kini terapung dalam lautan kegelapan.
" Azrahel,Azrahel,"
Laungan suara itu bergema dengan kuatnya,sehingga aku cepat-cepat menutup telinga.
" Owh maaf,volume terkuat pulak. Aku adjust sikit"
" Tok Rintis?" soalku,sekadar meneka.
" Ya. Kau sekarang ada kat lobi program. Ni kira macam program sementara je,nak senangkan kau pilih dan melayar memori yang mana yang kau nak," jelas Tok Rintis.
" Eh Tok,boleh isi tak ruang ni? Kosonglah," pintaku.
" Sekejap. Aku cari simulasi yang boleh load. Ruang ofis boleh?" soal Tok Rintis kembali.
" Boleh tok,asalkan ada,"
" Ok,sekejap."
" Kau ok Azrahel? " Kali ini Raqib pula yang bersuara.
" Ok,tak ada masalah." balasku
" Ok,kalau ada apa-apa kau jerit je. Kitorang boleh dengar dari sini," balas Raqib.
Selepas beberapa saat ruang yang gelap itu digantikan dengan ruang pejabat. Dinding-dinding putih mula naik, menggantikan hitam yang tiada batasan. Ruang sofa,meja dan lantai putih mula menjelma di sekelilingku.
Aku kini tidak lagi terapung. Kakiku sudahpun mencecah lantai. Lega rasa hati.
Aku berjalan menghampiri dan kerusi yang baru sahaja terbentuk tadi. Di atasnya ada paparan holografik tersedia untukku.
" Ok nampak tak fail video depan kau tu?"
Aku mengangguk. Tak sedar yang Tok Rintis tak boleh nampak gerak badanku.
" Azrahel? Dengar tak?" soal Tok Rintis
" Owh maaf. Nampak fail video tu,"
" Ok itu memori dia. Ada lebih kurang 50 video dalam tu. Jumlah lebih kurang dalam 10,000 jam memori ,"jelas Tok Rintis.
" Boleh tok masukkan AI saya sekali tak?"
" Owh, sekejap."
Serentak dengan itu Noor menjelma di depanku. Memakai baju kemeja persis gadis eksekutif.
" Ha,nak mintak tolong baru panggil kita," tutur Noor. Pun begitu,dia tersenyum. Aku turut sm tersenyum,sambil berpaling kembali menghadap komputer.
" Mari kita mulakan," tuturku sambil memainkan video memori Ronnie.
***
" Macam mana kau tahu pasal Bumantara?" soal Juliana." Khabar angin,cakap-cakap orang,dan deduksi seorang polis," balas Nair.
" Kiranya kau tak ada bukti lah?" balas Juliana kembali.
" Kenapa perlukan bukti? Ini bukannya pertuduhan," balas Nair sambil menghampiri dua tubuh yang terkujur di depannya.
" Kau patutnya tahu yang Bumantara ni mitos sahaja. Tak wujud pun," balas Juliana.
" Dan kat sini buat kali keduanya aku memeriksa mayat yang entah datang dari mana,dan diuruskan oleh syarikat korporat. Kau rasa?" balas Nair lagi.
" Kalau kau setakat nak berspekulasi berdasarkan khabar angin baik tak payah. Aku perlukan polis yang boleh menyiasat berdasarkan bukti," balas Juliana kembali,dengan muka yang masam.
" Lah,tak perlulah sampai macam tu. Mazlan!" panggil Nair
Mazlan muncul di depan Nair dan Juliana,kali ini memakai kot makmal.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Science FictionTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...