Mayat Hidup

1.6K 176 1
                                        

Di apartmen atas awan,di waktu malam yang makin gelap,kelihatan Regina sedang nyenyak tidur. Katilnya yang luas itu kelihatan kosong,seperti ada sesuatu yang kehilangan.

Di tangan Regina kelihatan sekeping foto digenggam erat. Hampir keronyok dibuatnya. Matanya juga kelihatan sembab,mungkin kerana selalu mengalirkan air mata.

Suasana malam yang tenang itu berakhir bila bunyi deringan telefon bergema memecah kesunyian.
Regina yang terkejut,bingkas bangun mendapatkan Q-bitnya. Terjatuh gambar Victor di atas lantai.

" Dia masih hidup!!!!" Bergema suara Azrahel keluar dari Q-bit Regina.

" Huh??!!!" Tutur Regina,yang masih lagi mamai,dikejutkan tidur sebegitu rupa.

" Lelaki kau! Dia masih hidup!!" Balas Azrahel lagi.

" Tak...tak mungkin," balas Regina.

" Tak mungkin bendanya,aku nampak depan mata aku,"balas Azrahel.

" Mustahil," tutur Regina lagi.

" Laki kau tembak aku,kau tahu tak?"

" Encik Azrahel,ada apa telefon malam-malam buta ni?" Soal Regina,hampir hilang sabar.

" Aku nak payment lebih," balas Azrahel.

" Tak boleh. Kita dah ada agreement,5 juta." Balas Regina.

" Kalau aku dapat bawak balik laki kau hidup-hidup?" Soal Azrahel lagi.

" Heh...mustahil," balas Regina sambil tersenyum sinis.

" Aku cakap betul ni. Kalau aku dapat bawak balik laki kau hidup-hidup,berapa banyak kau nak bagi aku?" Soal Azrahel lagi.

" Kalau betullah apa yang kau cakap,kau boleh bawak balik husband aku alive and well,aku akan gandakan 20 juta,setuju?" Jelas Regina

" Setuju," balas Azrahel,lalu terus menamatkan panggilan.

Regina mengeluh panjang. Tak disangka penjejak kubur yang diupahnya ini,agak tak betul di kepala.

Pun begitu,Regina perlu bersedia. Duit kena ada,seperti yang dijanjikan.

Regina bergegas ke hujung bilik. Di situ,di tengah-tengah dinding terletak satu lukisan yang besar,memaparkan St John yang sedang disalib.

Regina meraba di belakang bingkai lukisan tersebut,dan selepas menekan butang yang dicari,lukisan itu bergerak,mendedahkan peti besi keselamatan di belakangnya.

Regina membuka peti besi tersebut,dan terserlahlah isinya. Beberapa jongkong emas,permata dan juga beberapa bon yang bernilai berbillion kredit.

" Setakat 5 juta kredit apalah sangat," tutur Regina berseorangan,sambil tersenyum.

*********************************************
Selepas menamatkan panggilan,aku bersandar di dinding. Bibirku diketap,menahan diriku dari menjerit.

Sebelah tanganku memegang luka. Luka yang baru sahaja ditembus peluru gred militari. Bukan setakat menembus,tapi merembeskan asid yang memakan tulang serta daging.

Tangan kiri ku pulak cuba mencari kit keselamatan kecil yang biasa aku bawa. Kerana hanya menggunakan sebelah tangan,kit itu terjatuh dari jaketku,berterabur isinya.

" Sial!" Jeritku.

Aku mengambil satu gel NIRVANA,aku koyakkan hujungnya,dan aku picit isinya di atas lukaku.

" Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!" Bergema jeritanku memenuhi segenap ruang.

" Azrahel? " Tutur Noor lembut. Wajahnya penuh dengan kerisauan.

Penjejak KuburCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang