" Nair,aku rasa betullah apa kau cakap," tuturku sambil menghampiri.
" Maksud kau?" Soal Nair kembali.
" Kedai Dali ada dua je kat Kersani ni. Satu dekat dengan rumah aku tu. Satu lagi dekat dengan Tanah Kontang,"jelasku.
" Jadi?"
" Kau perasan tak,Kedai Dali dekat dengan rumah aku tu,belakang dia HQ SAKA?"tuturku lagi,menyampaikan teori separuh masak.
" Betul jugak, jadi kau rasa benda ni lebih kepada perang korporat?" Soal Nair kembali.
" Tak mustahil,SAKA dengan PERMATA kan ada rivalry. Apa-apa pun,macam kau cakap,baik kita pergi ke sana dulu,mana tahu,ada petunjuk lain," balasku.
" Setuju. Jom,kau ikut sekali aku," ajak Nair.
" Eh takpe,aku nak pergi kedai Raqib dulu,nak pinjam AI dia,"
" Mazlan kan ada," balas Nair
" Mazlan mana nak dengar cakap aku. Dia nak dengar cakap polis je," tuturku memprotes.
Nair terdiam. Dia melihat sahaja wajahku,seolah-olah sedang menganalisa adakah aku bercakap benar.
Aku pula cuba sedaya upaya menyembunyikan niat sebenar di balik wajah yang tenang.
" Ok-lah,kita jumpa kat sana," balas Nair lalu terus berlalu pergi.
Setelah pasti Nair sudahpun jauh,aku melepaskan nafas lega.
" Satu masalah dah selesai," tuturku
***
Aku lihat Nair membawa separuh anggota mengikutnya,dan separuh lagi ditinggalkan di rumah Regina.
Aku mengikut dari belakang,kemudian acah-acah seperti mengambil selekoh menuju ke Kedai Raqib. Tapi sebaliknya aku menunggu di sudut yang gelap.
Setelah pasti yang aku tidak diekori,aku berpatah balik ke rumah Regina. Kali ini,aku melalui jalan yang berlainan.
" Tak ada siapa track kita kan?" Soalku kepada Noor.
" Tak ada,tapi kenapa kena buat sampai macam ni? Bahaya ni. Kalau salah langkah,kau boleh masuk penjara"tutur Noor.
" Belakang lukisan Salvador Dali tu ada peti besi. Kalau ada peti besi,mesti ada duit dalam tu,"
" Ataupun emas," sambung Noor,mencadangkan.
Aku mengangguk. " Apa-apa pun aku perlu tengok benda ni semua berseorangan. Kalau polis ada,memang tak ada can lah aku nak ambil emas tu," balasku, sambil mengarahkan ViCar mengemudi keretaku menghampiri balkoni bilik Regina. Aku perlu masuk dari sini, agar kehadiranku tidak dikesan oleh polis di depan.
Aku turun di balkoni, menghampiri tingkap bilik Regina.
" Noor, tolong," arahku, meminta Noor melakukan godaman.
Noor patuh, sementara aku menoleh ke kiri dan kanan memastikan tiada siapa nampak kehadiranku.
Setelah pintu tingkap dibuka, aku masuk perlahan-lahan. Noor memberi amaran ada seorang polis di tingkat ini, sedang berkawal.
" Macam mana kita nak uruskan dia, kau ada idea?" soalku.
" Aku boleh overload Q-lens dia. Pada charge yang sesuai itu dah cukup dah untuk pengsankan dia," tutur Noor, memberi cadangan.
" Ok, bagus jugak. Kita boleh cuba." Aku membalas.
" Bawak aku dekat dengan dia. Sekurang-kurangnya dalam 1 meter," pinta Noor kembali.
YOU ARE READING
Penjejak Kubur
Fiksi IlmiahTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...