Di pinggir Bandar Kersani,terbentang luas lebuh raya 10 laluan yang kosong tanpa pengguna. Ia merupakan satu memorial kepada zaman di mana kereta masih lagi terikat kepada graviti,dan bukannya terapung di langit tinggi.
Kelihatan sebuah kereta sedang meluncur pantas. Bunyi kereta yang kuat mengaum itu memecah kesunyian lebuhraya. Walaupun tanpa tayar,ia lebih suka meluncur di atas jalan,dari berhadapan dengan trafik di atas awan.
Kiri dan kanan lebuhraya diapit dengan tanah kontang. Tanah gersang yang pernah disemai benih kini terbiar,menjadi tempat jenayah berleluasa. Tempat perebutan kongsi gelap,yang menguasai dunia bawah tanah Kersani.
Tapi itu semua bukan sesuatu yang perlu aku risaukan. Aku ada benda lain yang perlu difikirkan. Maklumat dah ada,senjata dah ada,tapi aku tertinggal satu lagi komponen penting.
" ViCar,tolong panggilkan Raymond,"
kataku,sambil meneliti satu demi satu fail tentang Victor. Mayat yang perlu aku cari." Raymond dalam panggilan"
Aku mengangguk,lalu meletakkan kaki di atas papan pemuka. Aku biarkan sahaja ViCar memandu,sambil aku menyelam dalam sejarah hidup Victor. Masih ada dalam sejam lagi perjalanan.
Victor lahir di Kersani. Membesar dalam keluarga yang kaya raya. Ayah dia pemilik SRIKANDI,syarikat pengeluar android terbesar di sini. Mak dia pula pemilik butik fesyen.
Seawal umur 22 tahun lagi dia sudah dikahwinkan dengan Regina Aubrey. Gadis cantik pewaris PERMATA.
Dan hiduplah mereka dalam serba kemewahan. Tinggal tinggi di atas langit,tanpa perlu berpijak di atas tanah.
Tapi, walau kaya macam mana pun Victor tetap tak terlepas dari panggilan perang.
Dan seawal umur 26 tahun dia dah pun terkorban. Dan akulah yang perlu membawa mayatnya,yang sedang membusuk di medan perang. Agar sekurang-sekurangnya adalah sedikit sinar harapan kepada keluarga yang menunggu.
" Yo Azrahel. Mau apa?"tutur Raymond sebaik sahaja panggilan disambung.
" Aku nak sewa AI satu bro."
" Lah,Atid tak ada ke?" Balas Raymond.
" Raqib bising lah,asyik pakai AI dia je."
" Hm...kejap eh. Ok,kau nak yang mana? Aku ada Jessica,Berg,Noor..."
" Nur?" Tuturku memotong.
" Haah,bukan u,double O. Direka dari Noorkumalasari,penyanyi popular kurun ke-20"
" Alright,berapa?
" 500,000 kredit,satu hari,"
" Oi...mahal,"
" Harga standardlah...."
" Hmmm...aku bayar nanti boleh? Lepas aku dapat payment." Aku merayu.
Raymond sekadar diam.
" Lah,tak akan marah kot pasal tadi,"
" Macam mana aku tak marah. Kau janji nak belanja,lepas tu kau tinggal aku macam tu je,"tutur Raymond lagi
" Lah,kau ni kuat merajuk eh. Ah,kalau kau tak nak tak apalah,aku carik orang lain,"
"Eh tak apa. Tapi janji mesti bayar eh..."
" Kau jangan risau,ini Azrahel lah." Tuturku,seolah-olah itu satu jaminan.
" Kau kat mana ni?"soal Raymond lagi
" On the way ke Terminal Sempadan"
" Ok,nanti aku transfer kat terminal sempadan. Kau boleh sync kat sana," tutur Raymond lalu terus menamatkan panggilan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Penjejak Kubur
Fiksi IlmiahTahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak K...