Maya-Atma

857 104 1
                                        

" Kau ingat kau siapa? Senang-senang je kita orang nak bagi kau bercakap?" tempik King,sambil berdiri dan menghampiri Juliana. Konco-konco King mengikut rapat di belakang.

Juliana tidak mengambil peduli pada King,sebaliknya memandang pada Tok Keramat.

" Tok," tunduk Juliana hormat,meminta kebenaran pada orang tua itu untuk bercakap.

Tok Keramat memandang pula pada Megat.

" Kau kenal dia Megat?" soal Tok Keramat.

Megat mengangguk. " Dia pernah kerja bawah aku. Sama macam Azrahel," tuturku.

" Kau percaya cakap dia?" soal Tok Keramat lagi.

" Aku percaya. Tok boleh benarkan dia bercakap," balas Megat kembali.

King cuba untuk memprotes tapi Tok Keramat sempat mengangkat tangannya. Meminta King agar duduk kembali.

" Silakan," ujar Tok Keramat.

Juliana menghampiri meja bulat,dan memerhatikan satu demi satu wajah Ketua Kongsi Gelap yang ada.

" Betul cakap Tok Keramat. Botak Chin dah mati," tutur Juliana,membuka bicara.

" Habis yang belakang aku ni siapa?" soal Vince.

" Tu bukan bapak kau. Tu hanya penyamar," balas Juliana.

" Buktikan," soal Vince kembali.

" Kau ingat bapak kau nak berdiri macam orang bodoh je? Kau ingat dia nak bagi kau duduk tempat dia?" soal Juliana.

" Heh,itu je bukti kau? Mengarut," balas Vince. Tapi wajahnya kini ditundukkan,tidak berani bertentang dengan sesiapa.

" Jadi aku punya lah yang betul?" soal King pula,sambil tersenyum.

" Kau punya Botak Chin pun penyamar. Semua tahu mata Botak Chin seperti mata syaitan. Kau punya,lansung tak ada. Lagipun takkanlah Botak Chin nak bersahabat baik dengan kau. Kau kan musuh kuat dia?" balas Juliana.

King tidak menjawab,sebaliknya memalingkan muka dari memandang Juliana.

" Jadi kalau Botak Chin dah mati,siapa yang ada dalam video tu? Yang bunuh perempuan korporat tu?" soal Tok Keramat

" Ha,dan siapa yang bertembung dengan Azrahel kat Perasing tempoh hari? Semua tu terakam dalam video," soal Megat pula.

" Badan je Botak Chin,tapi roh bukan," balas Juliana tenang.

" Apa yang kau mengarut ni sial??" jerit Vince sambil berdiri. King juga begitu.

Semua yang berada dalam bilik itu terkejut mendengar apa yang dituturkan Juliana.

***
Aku berlari-lari anak,menelusuri lorong-lorong sempit Serendah yang kini sudahpun sunyi. Sukar untuk melalui lorong yang sempit dalam keadaan yang gelap ini,tapi aku gagahkan jua kaki untuk melepaskan diri.

Aku nak melepaskan diri cepat dari Serendah. Tak mahu aku terlibat dalam konflik yang makin lama makin membesar. Patutnya kerjanya mudah je. Bawak balik mayat,dapat duit.

Tapi entah kenapa ia membesar,sampai membawa kepada perang kongai gelap. Jadi sebelum aku tersepit di tengah,baiklah aku melepaskan diri.

" Tapi Juliana ada kat sana Azrahel. Kau dah lama tak ikut dia kan? Banyak lagi benda kau nak tanya dia," suara hati kecilku.

Langkahku terhenti. Aku menoleh ke arah Menara Tanah yang bergemerlapan,satu-satunya tempat yang masih bercahaya di Serendah ini.

Ada betulnya jugak. Ada banyak lagi benda aku nak tanya pada Juliana. Dia duduk mana sekarang, kerja dia bagus ke,banyak dapat duit ke. Tapi yang paling penting,aku nak tahu,kenapa dia tinggalkan sahaja kawan-kawan dia mati?

Penjejak KuburTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang