~ • 🤍 • ~ZAHRAH menggeliat perlahan. Mata dicelikkan dan dia memerhati sekeliling bilik.
Kawasan katil disebelahnya diraba.
Eh, mana pula Zafran pergi ni?
Zahrah terus bangun dan mengemas katil. Sebaik sahaja sampai di London, mereka semua bergerak ke hotel 5 bintang berdekatan untuk menginap semalaman sebelum kembali bertolak ke Italy.
Agak-agaknya siapalah yang Zafran nak jemput kat sini ya?
Bunyi cawan berlaga menarik langkah kaki untuk ke dapur. Rambut dirapi-rapikan. Mana pula getah rambut menghilang, tidak sempat nak cari.
Sebab perutnya kini dah berlagu dangdut minta diisi.
"Morning!" Ceria Zahrah menyapa suaminya yang sedang duduk di meja makan. Ada beberapa sarapan ringan yang dihidangkan di atas meja. Sandwich telur, roti disapu dengan jem berry dan dua cawan coklat panas.
"Morning." Zafran menghadiahkan senyuman sekilas sebelum wajahnya kembali seperti sedia kala.
Ceh! Susah sangat nak senyum.
"Awak yang sediakan semua ni ke?" Punggung dilabuhkan di atas kerusi berhadapan dengan Zafran.
Zafran memandang kiri dan kanan. Reaksinya mengundang rasa pelik di hati Zahrah.
Apa kena pula dengan suami aku ni?
"Kau ada nampak orang lain ke dalam bilik ni?"
Errr.....
"Of course lah aku yang hidangkan, sayang." Suara garau itu berkata dengan penuh gemersik.
Tiba-tiba jantung berdegup laju. Tak boleh berhenti!
Kenapa pula dengan Zafran ni? Buang tebiat ke apa.
Zahrah memandang Zafran yang sebenarnya juga sedang merenung dirinya.
Hish!!
Malu!
Janganlah pandang-pandang!
Buat pertama kalinya Zafran memanggil dia dengan perkataan sayang. Selama ini hanya pretty sahaja.
Dup dap dup dap saja jantung ini.
Zafran berdehem perlahan. Dia kembali menyapukan jem pada roti. Mukanya hanya selamba sahaja. Tapi telinga Zafran jelas berwarna merah. Menandakan bahawa lelaki itu sedang menahan rasa gugup.
Zahrah tersenyum kecil. Tetapi dia hanya diam dan menikmati sarapan.
Bangun-bangun terus makan, tak mandi lagi Zahrah oi!
Tapi..... comel juga kan laki aku kalau malu.
HAHAHAHA.
MATA leka memerhati pemandangan diluar. Zafran sedang sibuk bersama ipadnya. Walaupun mereka sudah jauh daripada bumi Malaysia, Zafran dengan kerja memang tidak boleh dipisahkan.
Hmm bosannya...
Nick pula memandu kereta dengan penuh cermat. Nick memang pendiam, dia tidak banyak bercakap sejak kali pertama Zahrah mengenalinya dulu. Keadaan dalam kereta yang sunyi ini mengalahkan tanah perkuburan!
Hendak saja Zahrah panjangkan tangan buka lagu di radio.
Tapi mengingatkan yang Zafran mungkin tidak suka, dia batalkan sahaja niatnya.
Kael, Rudy dan Faiq pula menaiki kereta yang berlainan. Berasingan dengan Zahrah, Zafran dan Nick.
Tiba-tiba kereta mereka berhenti di hadapan sebuah pagar yang besar.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...