~ • 🤍 • ~
ZAHRAH mengeliat perlahan. Lena betul dia tidur semalam. Entah kenapa, seronok pula tidur sambil dipeluk suaminya.Rasa nyaman gituw.
Ewah kau ni, gatal betul!
Biarlah aku nak gatal pun dengan laki sendiri.
Mulut menguap besar. Rasa malas pula mahu bangun. Usai menunaikan solat subuh pagi tadi, Zahrah dan Zafran sambung tidur semula memandangkan tubuh mereka masih penat kerana menguruskan majlis perkahwinan semalam.
Tangan mula meraba-raba kawasan di sebelahnya.
Eh, mana pula suami aku pergi ni?
Mata dicelikkan. Dah pukul berapa agaknya? Jam dinding dikerling.
Membulat mata Zahrah apabila melihat jarum jam sudah menunjukkan angka 9 pagi!
Cepat-cepat dia mandi dan bersiap. Habislah umi marah sebab tak tolong dia buat sarapan. Dalam kepalanya, sudah terbayang-bayang bebelan yang bakal diterima.
Umi memang pantang kalau anak dara dia tak masuk dapur untuk tolong memasak.
Semakin dekat kakinya melangkah ke arah dapur, dapat Zahrah mendengar suara umi yang sedang berbual rancak dan bergelak sakan bersama seseorang.
Amboi! Happy nampak.
Tapi umi berbual dengan siapa? Farah ke? Budak tu kan susah nak bangun awal. Tunggu matahari terpacak atas kepala baru sedar nak bangun.
Manalah roh dia pergi merayap waktu dia tidur.
"Hah, Zahrah. Kenapa kamu tercegat dekat situ? Sudahlah bangun lambat. Nasib baik Zafran ada nak tolong umi masak."
Selepas itu, Puan Maria keluar daripada dapur untuk membuang sampah.
Zahrah memandang Zafran dengan satu pandangan pelik. Tak berkelip matanya memerhatikan suami yang baru sahaja dinikahinya semalam.
"Kau dah kenapa? Tak percaya aku tolong umi masak?" Dijelingnya Zahrah yang sedang tersengih-sengih di sebelahnya.
Apa? Ingat aku ni tak pandai masak ke?
"Hehehe mana lah saya tahu. Susah juga saya nak percaya." Kata Zahrah selamba.
"Aduh!! Kenapa ketuk kepala saya?!" Kepala yang rasa sakit digosok perlahan.
Dia ketuk kepala aku guna senduk kayu weyh, mahu benjol nanti.
"Dah kau tu tak percayakan aku. Nah sambung ni."
" Eh eh, awak nak pergi mana?"
" Baik aku tengok tv, daripada melayan kau mengusik." Lalu, Zafran melangkah keluar dari dapur. Meninggalkan isterinya yang terkulat-kulat di dapur.
Zahrah memandang pintu dapur dan kuali dihadapannya silih-berganti. Keluhan berat dilepaskan.
Cet! Nak manja-manja pun tak olleh!
"BILA kamu mula kerja, Zafran?" Soal abah.
Kami semua sedang menikmati makan malam bersama. Umi ni kalau Zahrah balik kampung je, mesti masak banyak-banyak macam nak buat kenduri. Anak cuma dua orang. Nasib baik semuanya kuat makan. Hahaha.
" Saya fikir, esoklah saya balik , bah. Tapi, kami singgah rumah ayah dulu baru pindah ke rumah sendiri."
Abah mengangguk faham.
Zahrah disebelah sudah berkerut kening dan memandang pelik.
Eh, Zafran ada rumah sendiri?
Mestilah dia ada, Zahrah oi. Dah namanya kaya, tak kan tak ada kot.
Abah memandang ke arah Zahrah.
" Kamu okay, Zahrah?"
" Zahrah okay saja bah. Ikut Zafran."
Abah tersenyum mendengar jawapan anak gadisnya.
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
ZAFRAN memasukkan beg-beg pakaian mereka ke dalam kereta. Tiba masanya untuk pulang.
"Umi, Zahrah janji Zahrah akan menjadi isteri yang terbaik. Zahrah akan dengar cakap Zafran. Sudahlah umi, jangan menangis lagi." Dia cuba menenangkan uminya.
Zahrah tahu, sepanjang hari ini, umi asyik termenung dan seperti menahan tangis setiap kali bertembung dengannya. Dan bila Zahrah dan Zafran nak balik, barulah umi menangis teresak-esak dalam pelukannya.
"Umi tak boleh nak tahan. Mesti nanti umi akan rindu anak umi sorang ni."
Puan Maria sendiri pelik, selama Zahrah bekerja di bandar, dia tidak pernah sesedih ini.
Tapi lain pula apabila Zahrah sudah berkahwin dan perlu mengikuti suaminya.
"Sudahlah awak, Zahrah itu kena ikut suami dia. Tempat seorang isteri di sisi suaminya. Kita doa sahaja yang terbaik untuk anak dan menantu kita."
Diusap lembut bahu isterinya supaya tenang. Zahrah tersenyum melihat Abu Umar. Pandai betul abah ni pujuk umi.
Tangan umi abah disalam dan dicium lembut. Zahrah memandang kedua orang tuanya. Tiba-tiba, rasa sebak mencengkam dadanya. Cepat-cepat Zahrah kawal emosi supaya tak buat drama kat sini.
Perasaan nak tinggalkan umi dan abah ni berbeza betul.
Dulu, aku bekerja tak ada pulak sedih macam ni.
Dilihatnya Zafran semakin mendekati mereka bertiga. Zahrah kemudiannya meminta diri untuk masuk kedalam rumah. Ada barang tertinggal, nasib baik dia teringat.
Zafran bersalaman dengan kedua mertuanya dengan hormat. Baru sahaja dia berura-ura untuk pergi, abah memanggilnya kembali. Zafran segera menoleh. Umi dah tiada disebelah abah, mungkin sudah masuk ke dalam rumah.
Dalam-dalam Abu Umar memandang anak mata hitam Zafran. Pandangan seorang yang digeruni. Zafran pun sampai teguk liur.
Bukan takut, tapi gerun.
Kemudian, Abu Umar tersenyum nipis. Dia menepuk perlahan bahu menantunya.
"Kamu dengan Zahrah okay?"
" Okay bah."
"Abah nak kamu janji sesuatu, tolong jagakan anak abah. Tolong lindung dia, tolong tegur dia kalau dia buat salah. Dan tolong sayangi dia macam mana kamu sayang nyawa kamu. Abah faham perkara ini masih baru, tapi kamu perlu belajar." Abu Umar menghadiahkan senyuman manis.
Dia tahu, pasti tidak mudah untuk dua orang anak muda itu.
Abu Umar juga tahu, kalau mereka berdua masih dalam fasa kenal-mengenal. Abu Umar cuma berharap, agar anaknya bahagia dalam perkahwinan yang baru dibina ini.
Zafran agak terkejut mendengar permintaan abah. Dengar macam senang, tapi dia tahu tanggungjawab itu berat.
Perlahan-lahan kepala dianggukkan.
"Ya, abah. Zafran janji akan jaga anak abah sepenuh hati. Zafran janji akan lindungi dia macam mana Zafran lindung nyawa sendiri. She's my wife, i'll protect her no matter what."
Walaupun dia dan Zahrah masih belum mengenali dari hati ke hati, Zafran tetap akan menjaganya dengan terbaik.
Lega hati Abu Umar mendengar pengakuan Zafran. Dia yakin, menantunya itu tidak akan memungkiri janji.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
![](https://img.wattpad.com/cover/245330646-288-k194088.jpg)
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...