~ • 🤍 • ~
HARI yang ditunggu telah pun tiba. Arhh kalau boleh Zahrah tak nak tunggu pun!Ke kiri dan ke kanan kaki dihayunkan.
"Sudahlah kau ni, penat aku tengok kau. Habis tudung tu dah senget. Meh sini betulkan sikit."
Pening kepala Syahirah tengok sahabatnya ni. Tahulah nervous sebab hendak berkahwin, tapi duduk lah diam-diam.
"Boleh tak kalau aku tak nak kahwin?"
Membulat mata Syahirah tatkala mendengar soalan kurang bernas Zahrah.
Bukan kurang bernas sahaja, tapi memang tak bernas langsung!
"Are you crazy?! Semua persiapan dah siap. Kau pun dah pakai baju pengantin. Cuma tinggal tunggu akad je, boleh pulak kau kata kau tak nak kahwin?!"
"Alaa aku nervous lah makcik oi. Tengok tangan aku ni, menggigil teruk! Sejuk kemahen."
Tadi Zahrah dah minta tolong Syahirah matikan aircond, hanya menghidupkan kipas. Tapi tetap tak hilang juga sejuk pada tangan ini.
"Agaknya ini perasaan orang yang nak kahwin ye. Takpe lah Zahrah, kau steady je. Lek lek je babe. Duduk diam-diam, dan tarik nafas."
Zahrah cuma ikut saranan rakannya. Lama - kelamaan dirinya semakin tenang.
"Eh kenapa riuh kat luar tu. Kejap eh, aku intai dekat tingkap."
Zahrah cuma memerhati perlakuan sahabatnya yang serupa apa tah. Terintai-intai kat tingkap. Mereka tak dibenarkan untuk keluar daripada bilik selagi pengantin lelaki tidak sampai.
Syahirah pula kena jaga Zahrah. Puan Maria kata, supaya pengantin perempuan tak lari.
Huh. Memang dia nak lari pun tadi.
" Wahh, pengantin dah sampai! Amboi segak beno tetamu belah lelaki semua! Bolehlah aku cari satu."
Zahrah tergelak dengar celoteh mulut Syahirah. Teruja betul minah tu. Rambang mata nampak lelaki segak.
"Bolehlah kau cari satu, jangan ambik suami orang sudah."
Bunyi ketukan pintu menyentakkan Zahrah dan Syahirah. Kepala masing-masing berpaling ke arah pintu bilik.
" Siapa tu? Dah boleh keluar ke?"
"Kak Zahrah, ni Nuha." Jawab satu suara dari luar bilik.
"Oh, Nuha. Masuklah."
Kemudian, tombol pintu dipulas oleh seseorang dan daun pintu ditolak daripada luar.
"Wahhh cantik gila kakak. Fuyoo mesti nanti abang akan terpikat!"
Terkejut Nuha apabila melihat Zahrah . Akak ipar to-be dia kejap lagi. Selama ni Zahrah tanpa makeup pun cantik. Apatah lagi kalau dah makeup. Memang marvellous.
Merah pipi Zahrah bila dipuji. Apatah lagi bila melihat senyuman mengusik Syahirah.
"Eh kakak. Tadi umi Maria suruh turun. Jomlah kita pergi. Nuha tak sabar nak dapat kakak ipar ni." Lengan Zahrah segera dipaut erat.
Zahrah mengetuk perlahan kepala Nuha.
Budak ni, tak habis-habis asyik nak mengusik aku je.
Kami turun ke bawah. Walaupun rumah abah hanya rumah kampung, tetapi boleh tahan besar juga. Rumah dua tingkat dan mempunyai halaman yang luas.
Syahirah dan Nuha memegang hujung veil yang dipakai oleh Zahrah. Terlalu panjang.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...