~ • 🤍 • ~SEBULAN sudah berlalu..
Mata helangnya tajam memerhatikan musuh yang sedang bergelak sakan di dalam kelab malam itu.
Tak padan dengan gemok perut boroi, tak gelikah perempuan tu semua.
Hatinya jengkel melihat adegan yang menggelikan itu.
Kalau boss dia tak suruh dia pergi mengintip, memang tak lah dia nak buat.
Tambah dosa aku je datang tempat haram ni.
Siap kau gemok, aku dapat kau memang aku hiris-hiris lemak kau bagi anjing makan, tak kenang budi betul.
Dia asyik mengomel tanpa sedar musuhnya itu sudah mahu keluar daripada club sambil berpelukan dengan seorang perempuan muda yang berpakaian seksi.
"Woi Faiq, kau berangan apa lagi tu? Tengok gemok tu dah nak pergi. Nanti terlepas."
Sempat pula kawan dia ni berangan. Rudy menggelengkan kepalanya.
Kalau mereka tak dapat bawa balik musuh mereka, habislah boss nanti mesti mengamuk.
Mengingatkan kembali amukan ketuanya itu, sewaktu salah seorang anak buah mereka buat salah.
Naik meremang bulu roma di tengkuk Rudy.
Aku tak nak mati dulu!
Mereka berdua mengikuti jejak musuh sehingga tiba masa yang sesuai, mulut musuh mereka ditekup dan dibawa ke markas.
Habislah riwayat kau gemok .
Faiq tersenyum sinis memandang musuh bossnya itu. Senang sangat nak tangkap.
Kacang hijau saja.
Perempuan tadi? Ahh, lantak dialah nak larikan diri ke mana.
Faiq tak kisahh.
TANGAN menumbuk meja dengan kuat. Sakit? Tapi tak sesakit hatinya kala ini.
Semua orang yang berada di dalam ruang itu menelan air liur. Semua menikus dan tidak berani memandang boss mereka sedang mengamuk itu.
Apatah lagi dengan orang yang bakal menerima amukan bossnya.
Lelaki gemuk itu.
Lukman. Dia cuma pekerja bawahan Matthew dekat syarikat BSa Empire.
Kenapa bossnya marah sangat dekat Lukman?
Sebab Lukman dah songlap 3 juta ringgit duit syarikatnya.
3 juta beb.. Bukan 3 ringgit.
Dan duit-duit itu semua untuk Lokman berjoli sakan.
Senang hidup dia.
Perlahan-lahan Matthew mendekati Lukman. Bibirnya tersenyum sinis memandang lelaki gemuk itu. Dah terkencing dalam seluar dah.
Waktu curi duit aku berani pula. Dah kantoi baru takut.
Pisau belati di atas meja dicapai. Segera tangannya mengangkat ke atas dan melibas lelaki gemuk tersebut.
Kedengaran suara raungan dan jeritan di dalam bilik kebal itu. Tanpa henti.
SYAHIRAH berpimpin tangan bersama Zahrah sambil matanya meliar mencari novel yang menarik.
Syahirah tidak mengendahkan pandangan manusia yang pelik melihat dia dan sahabatnya. Biarlah orang nak pandang apa.
Yang penting aku tahu aku bukan les.
Apa? Pegang tangan pun nampak pelik ke?
Zahrah hanya mengikuti rakan baiknya dengan muka yang redha. Nasib dialah dapat kawan macam budak-budak ni.
Tidak lama kemudian, Syahirah semakin hanyut dengan timbunan novel dihadapannya.
Kebiasaannya, cuma Zahrah yang hantu novel. Tapi sekarang dah berjangkit pula dengan Syahirah.
Inilah yang dinamakan pengaruh rakan sebaya! Hahaha.
Zahrah memandang ke seluruh penjuru kedai novel ini. Dia kemudiannya keluar dan berjalan-jalan tanpa hala tuju.
Hari ini hari minggu, jadi Zahrah mengambil keputusan untuk merehatkan minda dan pergi shopping, main bowling, tengok wayang, dan makan aiskrim. Semuanya akan dilakukan bersama Syahirah.
Zahrah duduk di atas sebuah bangku berdekatan. Ramai juga yang pergi shopping complex hari ini.
Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam sedang merenungnya. Zahrah pelik. Zahrah memandang ke kiri dan kanan.
Manalah tahu kalau-kalau lelaki itu sebenarnya tengah pandang orang lain.
Tapi suspen juga dia. Berpakaian serba hitam, berkacamata hitam, memakai topi yang hampir menutup dahinya. Dalam mall pula tu?
Zahrah berasa tidak sedap hati. Apatah lagi apabila lelaki tadi terus-menerus memandang ke arahnya.
Zahrah memalingkan tubuh ke belakang. Dia tak mahu memandang lelaki itu lagi.
Tetapi sebaik sahaja dia berpaling kebelakang. Dia dapat melihat seorang lagi lelaki yang berpakaian serupa di kedai yang lain. Sama seperti lelaki tadi, juga sedang merenung ke arah Zahrah.
Ish! Tak boleh jadi ni!
Zahrah segera masuk ke dalam kedai novel semula dan mencari batang tubuh Syahirah. Dilihat rakannya itu sedang ralit memilih novel.
Memang sejak peristiwa dia diculik itu, Zahrah kerap terasa seperti ada seseorang yang mengekorinya ke mana-mana sahaja.
Oleh sebab itulah, Zahrah terpaksa membuat keputusan untuk menumpang di rumah Syahirah dan kakaknya buat sementara waktu.
Mujur Kak Suraya faham bila Zahrah berkata bahawa dia takut dan ada orang mengekorinya.
Tetapi, sekali-sekala Zahrah juga ada tinggal di rumahnya.
Mana boleh biarkan rumah kosong lama-lama.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...