18 - BLUSHING

12.2K 795 6
                                    


~ • 🤍 • ~

TANPA Zahrah sedar, Zafran sedang memerhatikannya. Hati Zafran sedikit terusik dengan sikap prihatin yang diberikan oleh isterinya.

Selama ini, hanya Zafran yang akan membalut lukanya sendiri. Kalau susah, Nick akan membantunya.

Namun, entah kenapa, Zafran suka apabila Zahrah memberi perhatian kepadanya. Rasa sesuatu.

Dia ralit merenung isterinya sampaikan tidak sedar yang Zahrah sedang memanggil namanya.

Zahrah pelik apabila sahutannya tidak berjawab . Dia terus mendongak memandang Zafran. Tergamam Zahrah melihat Zafran sedang merenungnya.

Mereka bertentang mata. Lama.

Ada sesuatu di sebalik anak mata Zafran. Sesuatu yang... Sukar untuk Zahrah tafsirkan.

Sesuatu yang... Sedih?

Kenapa pula Zafran sedih?

Dalam-dalam Zafran merenung matanya. Tiba-tiba ada sesuatu getaran halus dalam hatinya. Mereka berdua asyik merenung antara satu sama lain.

Sehinggalah...

"Auchh.." Zafran mendesis perlahan.

Cepat-cepat Zahrah tersedar dan dia meminta maaf kepada Zafran.

Dia tidak sengaja menekan kuat tempat luka lelaki itu. Zahrah kembali mengintai ke dalam anak mata Zafran. Pandangan sedih tadi sudah hilang. Berganti dengan pandangan beku dan tidak beremosi.

Zafran memang pandai sorok perasaan.

Zahrah masih tertanya-tanya kenapa Zafran seakan-akan sedih. Namun, dia hanya berdiam diri dan segera membalut luka lelaki itu.

" Okey, siap." Zafran tersenyum seketika sebelum kembali ke mod beku.

"Thank you." Perlahan sahaja suaranya.

Tapi, Zahrah dapat juga dengar. Mana boleh tak dengar perkataan keramat itu. Jarang dapat peluang dengar Zafran sebut.

Terus senyuman manis dihadiahkan kepada suaminya.

" You're welcome! Dah jom tidur, esok nak pergi kerja."

Dia menggamit lengan Zafran menuju ke katil.

" Awak tidur dulu tau. Saya nak cuci muka kejap."

Sekembalinya Zahrah ke katil, Zafran telah pun tidur. Dapat dia dengar dengkuran halus yang keluar daripada mulut suaminya.

Kasihan, Zafran. Mungkin suaminya itu menghadapi banyak masalah, banyak perkara yang perlu ditanggung.

Tetapi, Zafran tetap tunjukkan seperti dia baik-baik sahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Zahrah memeluk Zafran erat. Sempat dia berbisik sesuatu ditelinga Zafran sebelum melelapkan mata.

Cepat sahaja dia mencapai lena.

Zafran membuka mata. Dia menoleh ke arah isterinya dan bibirnya tersenyum tanda sedar.

Tangan naik untuk mengusap pipi Zahrah.

" I will my dear. Thanks sebab memahami aku. Aku harap kau sentiasa ada di sisi aku walaupun kebenaran terbongkar satu hari nanti."

Teringat kembali apa yang dibisikkan Zahrah di telinganya.

" Awak, saya tak tahu rahsia apa yang awak tanggung selama ni. Saya cuma berharap supaya Allah selalu melindungi suami saya dari segala bahaya. Saya akan sentiasa bersama awak. Please, jangan pendam sorang-sorang. Saya akan tetap ada di sisi awak. Because you are my husband. "

Dahi Zahrah dicium syahdu. Kemudian, Zafran menutup lampu di sisi kepala katil.

Dan kamar beradu mereka menjadi gelap sambil diterangi cahaya bulan yang terbias daripada tingkap kaca.


"SELAMAT pagi."

Ceria dia menyapa semua orang disitu. Ceh, semua orang lah sangat. Cuma ada Zafran dan Nick sahaja disitu. Dan... Seorang lagi lelaki. Yang ini nampak macam muda sikit.

Siapa?

"Good morning puan." Kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

"Zahrah, this is Luth. Your bodyguard." Zahrah mengangguk perlahan. Dia menghadiahkan senyuman manis ke arah Luth.

"Luth akan hantar kau dan jaga kau dekat tempat kerja." Terang Zafran lagi.

Zahrah memandang Zafran yang segak dalam kot hitam dan tali leher biru gelapnya.

Tangannya mencapai tangan Zafran dan disalam. Pada mulanya Zafran agak terkejut dengan tindakan isterinya, tapi dia biarkan sahaja.

Nick dan Luth pula sudah beredar ke kereta masing-maing menunggu tuan dan puan mereka.

" Goodbye. Hati-hati pergi kerja." Ucap Zahrah sebelum dia berlalu keluar. Hari ini dia ada meeting dengan client penting. Jadi, dia perlu segera ke butik.

" Wait." Zahrah menoleh semula ke belakang. Kenapa Zafran panggil dia?

Tak sempat Zahrah ingin bertanya, badannya terus ditarik .

Kemudian, Zafran mencium perlahan ubun-ubunnya. Muka terus meruap merah macam buah tomato. Malu! Tindakan Zafran ini memang sukar boleh dijangka.

Zafran cuma beriak selamba. Hampir sahaja dia tertawa selepas tengok muka merah isterinya. Namun, dia cuba mengawal diri.

Tahu bahawa Zahrah akan bertambah malu apabila dia buat macam itu.

"Be careful. Sentiasa ada bersama Luth." Pesan Zafran sebelum dia turut menarik Zahrah untuk melangkah keluar. Kalau dia tak tarik, tak tahulah sampai bila isterinya itu nak terkaku lepas kena cium tadi.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now