5 - DANGER

12.9K 757 25
                                    


~ • 🤍 • ~


ZAHRAH segera bangun dan ingin melarikan diri daripada tempat itu. Namun, belum sempat dia berdiri, sepasang kaki sudah terpacak dihadapan matanya.

Dia menelan liur.

Matilah aku macam ni.

Perlahan-lahan Zahrah berdiri dan kepala mendongak ke atas memandang ke arah lelaki misteri itu.

Memiliki tubuh yang tinggi lampai, sangat kontra dengan tubuh Zahra.

Ketinggian Zahrah hanya melepasi paras dagunya sahaja.

Badan diundurkan selangkah ke belakang apabila melihat lelaki itu semakin mendekatinya. Semakin lama mereka semakin rapat.

Dan sehinggalah.....

Zahrah tidak dapat lagi bergerak apabila tubuh badannya sudah bertemu dengan dinding pagar taman mini itu.

Lelaki itu pula berada di hadapannya. Sangat rapat. Dapat Zahrah rasakan nafas hangat lelaki itu.

Lebih-lebih lagi apabila tangan sasanya telah mengepung Zahrah daripada melarikan diri.

Zahrah tidak dapat melihat dengan jelas wajah misteri itu kerana lelaki tersebut membelakangi cahaya bulan.

Satu sahaja yang Zahrah pasti, dia sedang direnung tajam oleh lelaki misteri itu.

Tiba-tiba pinggangnya dirangkul kemas. Zahrah terjerit kecil manakala tangannya diletakkan di atas dada lelaki itu untuk menghalang badan mereka semakin rapat.

" Hey, please let me go." Pintanya sambil menolak-nolak tubuh sasa lelaki itu.

" Shhh, dont scream pretty. Kau siapa dan kau buat apa kat sini? Dengar rahsia aku? "Bisik lelaki itu di telinga Zahrah.

Semakin berdebar degup jantungnya apabila lelaki itu semakin mengeratkan pelukan di pinggangnya.

Entah kenapa Zahrah tidak menolak. Dia rasa selesa dalam pelukan lelaki itu. Lebih-lebih lagi apabila haruman wangian yang dipakai berjaya membuai perasaannya.

Astarghfirullah Zahrah! Sedar!

Dan tidak semena-mena dia menolak kuat dada lelaki itu dan apabila berpeluang melepaskan diri, Zahrah berlari dengan pantas ke arah villa.

Lelaki itu pula meraup wajahya. Dia seperti tidak percaya baru sahaja sebentar tadi dia telah memeluk seorang gadis.

Walaupun dia sedar dirinya bukanlah orang yang baik, tetapi tidak pernah seumur hidupnya  memeluk anak gadis.

Meskipun ramai yang ingin menjadi pasangannya, dia terus menolak mentah- mentah.

Tetapi dengan gadis tadi, seperti ada magnet yang menarik perhatiannya.


ZAHRAH mengeluh perlahan. Dia tidak pasti kenapa jantungnya sering berdebar-debar setiap kali teringatkan semula peristiwa dia dipeluk lelaki misteri itu.

Padahal Zahrah tidak tahu pun siapa gerangan itu dan bagaimana rupanya.

Astaghfirullah. Wake up Zahrah! Wake up! Kau tak kenal pun dia siapa.

Pipi di tampar perlahan. Nak tampar kuat-kuat nanti merah pula.



BANG!

"Sikit lagi woii nak kena tu! "

BANG! BANG!

"Headshot! Wuhuuuuu, caiya lah kau!"

Bahu rakan baiknya dipeluk. Bangga betul dia dapat kawan yang hebat macam ni.

"Kau tengoklah siapa aku ni Jo, sepupu kau yang paling hebat kot." Katanya sambil mendabik dada.

Nathan menjulingkan mata ke atas.

Pantang betul bila dipuji. Tuihh lah.

"Yelah kau kan sepupu aku yang paaaaaliiing hebat. Hey, berapa kali aku nak pesan kat kau, nama Jo tu cuma mummy daddy aku je boleh panggil. Kau tu tak layak."

"Alamak, Jojo kita ni marah ke?"

Semakin terbakar hati Jonathan bila nama manjanya itu dipermainkan.

Hey! Itu mummy aku je boleh panggil!

"Eh kau ni kan! Sini kau biar aku tembak kepala kau biar berlubang dahi tu."

Dia terus mengejar sepupunya yang sudah berlari menjauhinya.

Dalam diam, tingkah dua sahabat itu diperhatikan oleh seseorang.

'Tak padan dengan orang tua! Dua-dua sama je. Macam kanak-kanak ribena'. Geleng seseorang yang hanya memerhatikan mereka dari jauh.

Badan dipusingkan menghadap ke arah dua orang lelaki dihadapannya. Dia memandang mereka dengan sayu.

"Kau rasa keputusan kau ni betul?" Soal seorang lelaki tua dihadapannya. Walaupun sudah lanjut usia, lelaki tua itu masih kelihatan seperti pertengahan 50 an. Wajahnya masih tegang dan bengis. Langsung tidak nampak seperti berumur 77 tahun!

"Betul ayahnda, saya sudah fikir semasak-masaknya. Saya rasa anak lelaki saya sudah layak nak gantikan tempat saya. Saya nak cuci tangan. Saya rasa dia pun dah mampu lupakan kisah hitam itu."

"Tapi Bond, kau tak rasa ke yang kau terburu-buru? Kita tak dapat jejak lagi siapa ketua Ron. Kalau kau dah cuci tangan, lemahlah sayap kanan keturunan Louis ni!" Suara seseorang dari arah kanannya menyampuk.

"Brian! Aku yakin anak aku dapat buat yang lebih baik daripada aku sendiri. Aku yakin dia dapat ketuai sayap kanan Louis. Dan kau sebagai ketua sayap kiri Louis perlu bantu dia. Bukankah anak kau juga akan gantikan kedudukan kau? Jadi, dia pun perlu kuatkan pertahanannya juga."

"Memang betul anak aku akan gantikan aku suatu hari nanti, tapi aku tak sangka kau akan cuci tangan secepat ini."Nadanya bertukar sayu.

Berat untuk menerima berita bahawa abangnya ingin keluar daripada dunia gelap keluarga mereka. Abangnya lah yang selama ini banyak berkorban demi keluarga mereka.

"Kalau macam tu aku benarkan. Aku faham tujuan kau. Tapi.."

Bond dan Brian memandang ke arah ayahnda mereka.

Tapi?

~ • 🤍 • ~

Edited version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now