48 - HOSPITAL

9.6K 569 9
                                    


~ • 🤍 • ~

TANGAN mulus itu digosok perlahan. Sesekali dia termenung, sesekali dia mengeluh.

Kesal.

Zafran memandang wajah polos isterinya yang sedang enak tidur. Sebaik sahaja doktor bagi makan ubat, terus tidur tak sedarkan diri.

Dari dahi, pergi ke kening, beralih pula ke mata yang cantik dengan bulu mata yang lebat, kemudian hidung kecilnya yang sedikit mancung, dan akhir sekali berhenti pada dua ulas delima yang sedikit pucat. Tidak merah seperti selalu.

Zafran mengeluh lagi, tangan putih isterinya diambil dan dikucup syahdu. Kemudian, Zafran terus merebahkan kepalanya di sebelah Zahrah yang sedang baring.

Sebaik sahaja Zafran tiba di hospital, terus dia menjerit memanggil doktor. Kemudian terkoncoh-koncoh doktor dan jururawat datang membantunya.

Emergency case.

Sudah hampir lima jam Zahrah tidur selepas dirawat. Tiada apa-apa yang serius, hanya keadaan Zahrah yang kekurangan air dan tenaga di dalam badan, mungkin sebab tidak makan dan minum semasa dia diculik. Doktor juga ada beritahu kemungkinan Zahrah masih trauma dan terkejut dengan apa yang telah berlaku terhadapnya.

Dan asbab terakhir itu, Zafran mengeluh lagi dan lagi.

Teringat kembali sewaktu doktor sedang merawat isterinya.

"Maaf encik, tapi encik tak dibenarkan masuk." Seorang jururawat muda menolak perlahan Zafran yang ingin merempuh masuk ke dalam bilik rawatan.

Jonathan segera mendapatkan Zafran. Tubuh sepupunya itu di tarik ke belakang. Dia tahu Zafran tengah risau sekarang ni, tapi jangan lah buat kerja gila dalam hospital ni. Tak ada orang jahat pun kat sini.

"Relax Matthew!"

Zafran mengeluh kuat. Mahu sahaja dia menjerit sekuat-kuat hati dekat sini. Mentang-mentanglah kawasan hospital ini sedikit sunyi sebab sudah malam.

Kerusi panjang itu terus didudukinya. Nathan di sebelah pula enak bersandar ke dinding. Dengan rambut serabainya dan darah kering dimukanya lagi. Zafran hanya membiarkan Nathan tidur. Biarlah, mungkin penat.

Tidur dalam keadaan berdiri?

Lantak dia lah.

Zafran juga penat sekarang ini, tapi dia lebih merisaukan isterinya. Tiada masa untuk dia tidur dengan senang.

Kemudian, datang seseorang berbaju putih mendekati mereka berdua. Zafran terus mendongak memandang seseorang itu.

Seseorang kelihatan teragak-agak untuk bertanya kepada dua orang jejaka tersebut. Tapi tetap dikuatkan semangat.

"Maaf encik. Boleh saya tahu kenapa dengan encik berdua? Atau encik perlukan rawatan?" Seorang doktor yang memakai tanda nama Aliya itu menyoal mereka berdua. Doktor itu risau melihat dua orang lelaki dengan muka yang berdarah-darah dan kelihatan tidak terurus.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now