~ • 🤍 • ~
"SEMUA dah bersiap?" Soal Datuk Borhan kepada anak perempuan bongsunya. Nuha Dahlia yang anggun dalam busana kebaya songket itu mengangguk kepala.
"Okay lagi lima belas minit kita berkumpul."
Datuk Borhan kembali sibuk berbual bersama ahli keluarga yang lain. Di meja makan yang besar dan mewah itu, terhidang pelbagai makanan yang lazat untuk jamuan raya.
Hanya keluarga terdekat sahaja yang hadir, tapi hidang makanan macam nak pelawa satu Malaysia.
JONATHAN membawa pinggan berisi kuih lapis dan karipap itu dengan berhati-hati.
Langkahnya cukup perlahan dan berjaga-jaga. Dia kemudian mendekati sofa berangkai yang berada tidak jauh daripadanya. Ada Rayyan dan Raykarl juga yang sedang sibuk menonton televisyen.
Apabila menyedari seperti ada seseorang berjalan mendekati mereka, Rayyan dan Raykarl segera berpusing ke belakang.
Terjungkit kening Rayyan melihat pak cik saudaranya. Kenapa dengan Uncle Nathan?
Bagaikan telepati, Rayyan dan Raykarl berpandangan sesama sendiri. Masing-masing diam mengunci mulut daripada menuturkan sebarang kata. Hanya memerhatikan Nathan yang sedang mendekati tempat duduk mereka.
Punggung dihempaskan di atas kusyen yang empuk itu. Nathan mengeluh lega. Seketika kemudian, dia segera mendongakkan kepala melihat anak buahnya tidak henti merenung dirinya.
Dah kenapa?
Tidak berkelip Rayyan dan Raykarl melihat Jonathan. Atas bawah atas bawah biji mata itu bergerak. Seakan-akan sedang menganalisis tubuh Nathan.
Nathan berkerut kening.
Tangan dibawa menutup dadanya ala-ala mak nyah.
Auch! Apa pandang-pandang?
Rayyan mencebik. Menyampah betul.
Nathan ketawa kecil.
"Kenapa pandang uncle macam nak telan?" Soal Jonathan.
Pelik-pelik je anak buah aku ni.
Rayyan memandang Raykarl. Dan Raykarl juga begitu. Bibir Rayyan bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu, namun tiada sebutir kata pun yang keluar.
"Uncle memang dah terlalu lama 'menyendu' ke?" Soal Raykarl dengan selamba.
Perbuatan Nathan yang baru sahaja ingin menyuapkan kuih lapis buatan Datin Khalisa ke dalam mulut terus terbantut. Matanya memandang Raykarl.
What the...
What he just said?
"Kenapa pula?" Aneh.
"Cuba uncle berdiri." Kali ini, Rayyan pula yang berkata. Nathan terus berdiri mengikuti arahan anak buahnya walaupun dia masih terpinga-pinga tidak tahu mengapa.
Rayyan memandang adiknya.
Raykarl pula memandang abangnya.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga sa..
Meletus tawa dua orang budak lelaki itu. Terlalu kuat sehingga menarik perhatian ahli keluarga yang lain. Raykarl memegang perutnya yang terasa senak, Rayyan pula mengelap air mata yang mengalir di sebabkan dia ketawa.
Terkebil-kebil Jonathan di situ. Dia masih berdiri tegak seperti yang diarahkan.
Tak, masalahnya sekarang ini.... Kenapa budak berdua tu gelakkan aku haa?
"Why?" Nathan kembali duduk di atas sofa yang empuk itu.
"Siapa ajar uncle pakai samping macam itu?"
Berkerut dahi Nathan mendengar soalan daripada anak buahnya. Apa yang salah?
"Kenapa pula? Betul lah uncle tengok semua orang pakai samping macam ni. Tengok tu, your grandpa and your papa. Kan pakai sama macam yang uncle pakai," balas Nathan. Matanya memandang tubuh tinggi Zafran sedang mendekati tempat mereka melepak.
Baby Rania yang kelihatan comel di dalam gaun kembangnya pula berada dalam dukungan papanya.
"You can ask your papa."
Zafran memandang pelik. Kenapa dia baru datang tiba-tiba kena panggil ni?
"Papa ke yang ajarkan uncle cara pakai samping?" Raykarl memandang Zafran.
Zafran pula hanya angguk kepala.
"But wh....."
"Nathan, if you want to know, cara pemakaian samping awak tu salah. Di bawah lutut untuk lelaki yang sudah berkahwin. Dan untuk lelaki bujang macam awak, perlu pakai paras atas lutut," terang Zahrah yang tiba-tiba mencelah perbualan orang lelaki itu.
Jonathan tercengang. Cuba menghadam penerangan yang diberikan oleh Zahrah tadi.
"That's why, i asked you. Uncle dah sendu sebab terlalu lama jadi single ke apa? Sampaikan cara pakai samping pun nak ikut macam orang yang dah berkahwin."
Rayyan dan Raykarl ketawa kuat. Zafran pula sudah tersenyum senget.
Jeratnya terkena.
Nathan ketap bibir. Geram.
Heish, pagi raya lagi dah buat aku malu.
Penumbuk dikepal. Matanya tajam memerhatikan sepupu dan anak buahnya yang sedang leka mentertawakannya.
Seronok ya..
Bapak borek anak rintik betul!
Diam-diam, Nathan mencapai tiga buah kusyen kecil yang berada di belakangnya. Nathan tersenyum sinis.
Kau tunggu aku balas dendam.
Tanpa amaran, tiga-tiga bantal kusyen itu dilayangkan laju seperti kilat ke arah tiga manusia di hadapannya itu.
Zafran terkejut. Kepalanya dipalingkan ke kiri untuk mengelak daripada serangan bantal itu. Nasib baik dia cekap. Sudahlah dia sedang menggendong anak bongsunya.
Malang sekali, dua orang budak lelaki bernama Rayyan dan Raykarl itu tidak sempat untuk mengelak.
Tawa kuat mereka serta-merta terhenti apabila muka terasa kebas setelah bercium dengan bantal kusyen itu. Terkebil-kebil dua orang kanak-kanak lelaki itu.
Diam buat seketika.
Rayyan dan Raykarl berpandangan antara satu sama lain. Otak mereka seperti berhenti berfungsi buat seketika. Terlalu banyak ketawa sebentar tadi.
Lama beno oi korang loading! HAHAHA.
Beberapa minit kemudian, barulah mereka berdua tersedar. Terbeliak mata Rayyan dan Raykarl memandang pak cik saudaranya.
Satu,
Dua,
Tiga,
"UNCLE!!!!!!"
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...