35 - FLASHBACK

8.4K 554 16
                                    


~ • 🤍 • ~

DANISH di hadapannya sedang mengerang kesakitan. Mata Zafran melorot jatuh memandang ke arah tangan Danish yang berlumuran darah.

"Dan... Danish, apa kau buat ni?!!" Terketar-ketar suaranya apabila melihat darah yang terlalu banyak mengalir pada baju sahabatnya.

Danish yang telah menyelamatkan Zafran daripada tembakan itu tadi. Dan peluru tersebut telah termasuk di bahagian jantung Danish.

Zafran menggenggam erat tangan Danish yang kesejukan.

"Se...sejuk.."

"Shhh..." Air mata jantannya tidak berhenti mengalir daripada tadi. Danish sanggup mengorbankan nyawanya untuk melindungi Zafran. Sungguh, Zafran rasa seperti dia seorang sahabat yang tidak berguna sekarang ini sebab dia tidak mampu berbuat apa-apa sewaktu sahabatnya sedang nazak.

Zafran memangku kepala Danish diribanya. Dipeluk tubuh sejuk sahabatnya itu. Berulang kali dia menuturkan kata maaf kepada Danish.

Namun Danish hanya diam sambil tersenyum dengan bibir yang semakin memucat.

"Se..sejuk Mate.. ak..aku sejuk.."

"Ak..aku tak...tak sabar nak jumpa mak...abah...ab..abang aku...Mak....adik rindu mak.." Danish tersenyum lebar sambil matanya memandang langit yang gelap.

"Shh... Simpan tenaga kau Dan.."

Danish menggeleng perlahan. Matanya memandang wajah sahabatnya yang banyak membantu dia. Sungguh, inilah sahabat dunia akhirat nya.

"Ak.. aku rasa.. dah sampai masanya, Mate.. te..terima kasih.. seb...sebab jadi sahabat aku... Kau lah yang terbaik... Mate.. ak.. aku sayang kau.."

Semakin deras air mata Zafran mengalir dari tubir matanya. Kepala Zafran menggeleng laju menidakkan kata-kata Danish.

"Takk!! Kau kena stay dengan aku Dan! Kau kena kuat!"

Danish mencengkam erat lengan Zafran. Dadanya terasa sangat sakit disebabkan tembakan peluru itu. 

Bibir pucatnya terkumat-kamit mengucap syahadah buat kali terakhir.

Perlahan-lahan matanya tertutup rapat.

Malam itu, kembalilah Muhammad Danish Arfan Bin Shahir Al-Amri ke tempat asalnya. Danish telah meninggal dunia dengan senyuman manis yang terukir di bibir pucatnya. Tubuhnya kaku. Dadanya sudah tidak berombak.

Tidak jauh daripada tempat Danish ditembak, terdapat tafsir Al-Quran comelnya di tanah. Rupa-rupanya, Danish masih setia dengan kalam Allah itu sewaktu mengejar musuh di dalam hutan ini.

Zafran meraung kuat. Dia mengongoi bagaikan bayi yang sedang menangis. Sakit hatinya melihat sahabat yang dia paling sayang pergi meninggalkannya.

Hati kerasnya bagaikan tidak dapat menerima kenyataan.

Sungguh!

Bunyi ranting dipijak menyentakkan Zafran. Zafran segera berpaling ke belakang. Bagai helang yang ingin membaham mangsa, dia terus menerkam lelaki yang menyebabkan sahabatnya terbunuh.

Kau, akan aku bunuh!

Muka dan badan lelaki tersebut Zafran tumbuk sekuat hati. Sakit kepala yang mencucuk-cucuk tidak dia hiraukan. Yang penting lelaki tak guna ni mati!

Entah syaitan mana yang merasuknya, Zafran seperti tidak sedarkan diri. Dirinya bagaikan sedang dikawal oleh satu rasa.

Rasa dendam.

Dendam membawa binasa.

Dendam adalah hutang.

Hutang yang perlu dibayar.

Dengan nyawa sebagai galang gantinya.

Zafran terus menerus menumbuk lelaki bersut hitam itu seperti punching bag. Apabila melihat lelaki itu seperti tidak bermaya barulah dilepaskannya.

Nafas cuba dikawal sebaik mungkin. Turun naik dadanya menahan amarah yang menggila. Tajam mata Zafran memerhatikan gerak geri musuhnya.

Kalau aku tak ada iman, memang hancur tubuh engkau aku kerjakan.

Zafran berpusing untuk kembali kepada jasad sahabatnya. Tanpa Zafran sedar, lelaki bersut hitam tadi datang mendekat.

Pisau Rambo yang tajam lagi berkilat dipegang kemas sebelum dihayun laju ke udara.

Dan tanpa disangka..

"Arghhhhh!!!"

"Bang!!!"

Bergema jeritan suara garau Zafran dan bunyi tembakan pistol di kawasan hutan yang gelap itu.

Lelaki bersut hitam itu jatuh tersembam ke tanah. Zafran pula terduduk menahan kesakitan. Sakitnya tidak tertanggung lagi. Bahagian tepi perutnya ditekan kuat.

Darah yang mengalir bagaikan air sungai yang deras. Zafran sudah kehilangan banyak darah.

Lelaki bersut hitam itu cuba menikam Zafran, tetapi tersasar ke bahagian tepi perut apabila dirinya ditembak seseorang.

Kepala Zafran berpusing-pusing. Dia tidak dapat melihat dengan jelas. Zafran mendongak memandang ke arah jasad Danish. Tangannya cuba menggapai tangan Danish.

Matanya mula berpinar-pinar. Nampak satu, nampak dua, satu balik, dua balik.

Zafran cuba menahan diri daripada pitam.

Panggilan seseorang kedengaran sayup-sayup sahaja di telinganya.

Tepi perutnya ditekan kuat seraya dia menjerit sekuat hati.

Kemudian, tubuhnya longlai menyembah bumi. Zafran tidak mampu bertahan.

Dunia terasa seperti berhenti berpusing. Pandangannya kelam.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now