53 - SHE'S BACK

8.1K 487 7
                                    


~ • 🤍 • ~

SUASANA sunyi nan sepi. Zafiq memandang gadis dihadapannya yang asyik menunduk sahaja daripada tadi.

Sudah hampir lima belas minit berlalu dan mereka begitu. Masih tiada butir bicara di antara kedua-duanya.

Zafiq mengeluh.

Kalau aku tak mulakan cakap, agaknya sampai tahun depan macam ni.

"Take down your cap." Arah Zafiq.

Perlahan-lahan gadis itu mencabut topi di kepala dan diletakkan di atas meja.

"Look at me." Arahnya lagi. Tegas.

Namun kali ini gadis itu tidak mengikut arahannya.

"I said, look at me." Zafiq ulang sekali lagi.

Masih tiada sebarang pergerakan. Gadis itu tekun menunduk. Zafiq cuba untuk menyabarkan hatinya.

"I hate to repeat my question." Gadis itu semakin menunduk ke bawah.

Kalau boleh masuk bawah meja, rasanya dah lama dia nak masuk. Terlalu takut dengan pandangan helang lelaki di hadapannya itu.

"Or you want me to call Ms Clara and then you'll lost your job?"

Tersenyum sinis Zafiq apabila dia melihat jeratnya mengena. Wajahnya cuba diselambakan sebaik mungkin setelah gadis itu mendongak memandangnya.

Terkejut.

Jantungnya berhenti berdegup sesaat.

Mata merenung mata bundar yang sudah berkaca milik gadis itu. Pandangan Zafiq mula
bertukar lembut.

Mereka saling berbalas pandangan. Meluahkan segala isi hati yang selama ini tergantung sepi dan tersimpan kemas dalam hati.

"Nina?" Lembut suara Zafiq menyoal.

Mereka dia buat beberapa saat.

"Hey...why are you crying??!" Segera Zafiq mencapai kotak tisu yang berada berhampiran dengannya. Tisu tersebut dihulurkan kepada gadis yang bernama Nina.

Cemas betul Zafiq apabila gadis itu menangis.

"Zaf.....Fiq.."

Zafiq pejam mata. Dadanya terasa sesak. Kepalanya mendongak memandang siling cafe. Menghalang air mata jantannya daripada terkeluar daripada landasan.

Nafas berat ditarik dan dihela beberapa kali. Kemudian dia meraup mukanya. Rambut yang sudah kemas disikat diserabutkan kembali.

Kasar.

"Awak Nina kan? Apa awak buat kat sini Nina? Mana suami awak? Bukan ke awak kata awak dah pindah ke Singapura? Kenapa awak tipu saya Nina?" Bertubi-tubi soalan yang dituju.

Rapuh hatinya.

Nina pula semakin menunduk. Langsung tidak berani untuk menatap mata hitam Zafiq. Hatinya terguris apabila melihat ada air mata yang bertakung di mata lelaki itu. Lelaki yang pernah mengisi ruang hatinya.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now