~ • 🤍 • ~ZAHRAH mengerling jam di tangan.
1730 petang.
Dia kemudian segera mengemas meja kerja yang bersepah. Fail-fail disusun kemas.
Beg tangan diambil dan suis bilik ditutup. Pekerjanya pula sudah balik tadi. Yang tinggal hanya Zahrah sahaja.
Zahrah mengunci pintu dengan mangga sebelum beredar pergi.
Mana Luth? Luth atau Luthfi tidak lagi menjadi bodyguard Zahrah. Luth katanya hendak sambung belajar. Luth kata sebabkan kerja, dia terpaksa batalkan niat untuk sambung belajar dulu.
Ambil master.
Luth memang bijak. Sewaktu Luth mendapat surat sambung pengajian, Zahrah sedar akan wajah terujanya sebelum tiba-tiba bertukar sedih.
Apabila Zahrah bertanya mengapa sedih pula, Luth kata mungkin dia terpaksa lupakan hasrat sebab dia sudah bekerja.
Jadi al-kisahnya, Zahrah bersunguh-sungguh memujuk Zafran supaya membenarkan Luth sambung belajar.
Pada mulanya Zafran puas menolak, tidak bersetuju dengan cadangannya. Tapi, ini Zahrah lah. Ratu memujuk dan ratu merajuk.
Zahrah dah berbaik dengan Zafran ke?
Semestinya tidak!
Cerita Luth itu sebulan yang lepas. Sebelum Zahrah lancarkan perang merajuk dia dengan Zafran.
Tapi sedihlah, merajuk sendiri pujuk sendiri.
Zafran nak memujuk? Tunggu sajat mengandung dulu lah kot. Maksudnya, memang sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Kaki dibawa melangkah ke tempat parkir kereta. Keadaan yang sunyi mengingatkannya kembali tentang kisah dia dikejar dan diculik.
Bezanya, dulu tengah malam. Sekarang ini petang.
Zahrah cuba menyedapkan hatinya. Walaupun sekarang ini petang, tidak mustahil akan berlaku lagi.
Matanya memandang ke arah sekeliling. Dalam langkah berjaga-jaga, Zahrah meneruskan perjalanannya.
Ahh!! Sikit saja lagi.
Dah nampak dah kereta miliknya.
Baru sahaja langkah ingin menuju ke keretanya, datang sebuah motor dari arah belakang.
Zahrah berpaling dan dengan sekelip mata beg tangannya cuba dirampas oleh seorang lelaki.
"Peragut!!"Zahrah ingin menjerit kuat.
Tangannya masih utuh menarik beg di tangan peragut tersebut.
Tidak pasti datang daripada mana kekuatannya, Zahrah terus menyepak kawasan larangan lelaki itu. Sekuat hati!
Dan peragut tersebut melepaskan beg itu. Dia terus terduduk melutut menahan perit bahana sepakan maut Zahrah.
Melihat reaksi kawannya seperti sedang kesakitan, datang seorang lagi lelaki cuba menyelamatkan kawannya. Lelaki kedua itu tampak berang dan ingin mengamuk. Badannya gemuk dan besar.
Membuatkan Zahrah takut.
Lelaki kedua itu mengangkat tangan ingin memukul Zahrah. Tiba-tiba.....
BUKK!!
"Arghhh!! Sial kau!"
Dia memegang kepalanya yang terasa pening. Ada darah mengalir di dahinya.
Zahrah terkedu dan terkelu. Mata memandang ke arah penyelamatnya. Entah datang dari arah mana, tiba-tiba menendang kepala peragut itu.
Tangkas!
Penyelamatnya itu menarik tangan Zahrah menjauhi dua orang peragut tersebut. Laju lariannya. Sampai Zahrah pun terkejar-kejar. Nasib baik dia pakai sneaker hari ini. Bukan heels.
Kalau tidak, alamatnya habislah kaki dia.
Sampai sahaja di kawasan yang agak terlindung, mereka berdua berhenti. Sama-sama sedang mengatur nafas yang tercungap-cungap.
"Who are you?"
"Are you okay?"
Serentak mereka bertanya. Zahrah memandang ke arah penyelamatnya. Suara perempuan.
Berbaju putih labuh dan berhoodie putih. Mukanya tertutup dengan topeng putih. Hanya menampakkan mata dan dahinya. Memang macam perempuan.
Dah kenapa pakai macam ninja ni? Bezanya ninja akan pakai warna hitam. Yang ini, semuanya putih pula tu.
Ini orang ke bunian?
Kalau bunian pun dah up-to-date siap berhoodie ke?
Zahrah memandang penyelamatnya dengan syak wasangka.
"Who are you?" Sekali lagi Zahrah bertanya. Dia cuba melepaskan pegangan perempuan itu pada lengannya. Tetapi perempuan tersebut semakin mengeratkannya.
Dah kenapa pula ni?
"Follow me. You must safe." Zahrah tetap tidak berganjak. Dia masih was-was.
"Puan Zahrah Ameera. Please follow me. I'm not a bad person."
Eh?
Macam mana dia tahu nama aku?
Zahrah mengikut langkah penyelamatnya perlahan-lahan. Mereka berdua menuju ke kereta Peugeot Zahrah.
Nasib baik!
Zahrah masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Perempuan berbaju putih tadi masih tegak berdiri di tepi kereta.
Tidak nampak wajahnya. Sebab bertopeng. Misteri!
Meremang pula bulu roma Zahrah. Tapi kalau ingatkan balik yang dia telah diselamatkan oleh perempuan tadi, dia cuba tenang.
"Please be careful, Puan."
Perempuan tadi menunduk sedikit sebelum menghilangkan diri di celah-celah bangunan. Sekelip mata! Macam ninja. Macam hantu pun ada.
Allahu..
Makin hari, makin banyak Zahrah terjumpa dengan orang yang pelik-pelik.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...