36 - FLASHBACK

8.9K 601 9
                                    


~ • 🤍 • ~

JONATHAN berjalan mundar-mandir di luar wad VVIP. Wajahnya kelihatan sangat kusut dan gusar. Rambutnya yang serabai tidak diendahkan. Matanya juga sembap dan merah.

Arghhh!!!

Rambut digosok-gosok dengan kuat. Nick yang tidak bermaya itu sudah lama terbaring di atas lantai hospital. Wajah Nick juga kelihatan murung dan serabut.

Nathan mengeluh perlahan. Rasa sedih dan kasihan bercampur aduk dalam hatinya. Namun, Nathan hanya mampu memandang seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an yang sedang menangis di sudut kaki lima hospital.

Tangisan wanita itu tidak berhenti daripada tadi. Anak kecil di pangkuannya dipeluk erat.

Sungguh! Anak-anaknya itulah penguat bagi dia buat masa sekarang.

Hampir luruh hati tuanya tatkala mendapat berita bahawa anak lelakinya dimasukkan ke dalam hospital akibat ditikam.

Ketiadaan suami di sisi buatkan dia semakin hilang arah.

Datin Khalisa memeluk erat anak-anaknya di kiri dan kanan. Berita ini seperti petir yang memetir jiwanya. Wajah yang sembap tidak dia pedulikan. Dalam hati, tak henti dia berdoa supaya anak lelakinya dapat diselamatkan.

"Mama, please stop crying." Zafiq mendongak memandang Datin Khalisa. Dari tadi, dia setia di sebelah mamanya. Memberi semangat buat wanita itu.

Kasihan.

Datin Khalisa daripada tadi tidak berhenti menangis sebaik sahaja mendapat tahu berita yang diterimanya tadi.

Nuha, adik perempuannya pula sudah tertidur dalam dakapan Datin Khalisa.

Pada pukul empat tiga puluh lima minit pagi, abang saudaranya, Jonathan membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan bahawa abangnya, Zafran telah dimasukkan ke hospital. Mujur sahaja ketika itu Zafiq dan Datin Khalisa baru sahaja selesai menunaikan solat sunat tahajjud.

Mamanya terlalu terkejut sehingga tidak sempat untuk bersiap. Disarung kembali telekung dan diambil beg tangan dan telefon bimbitnya. Nuha dan Zafiq pula masih memakai pijama tidur mereka.

Kemudian, mereka sekeluarga terus bergerak ke hospital dengan kereta dipandu oleh Pak Mat.

Ayahnya tidak dapat sertai kerana berada di luar negara atas urusan kerja. Kakak sulungnya pula sedang melanjutkan pelajaran di Berlin.

BUNYI pintu wad dibuka daripada dalam mengejutkan semua orang yang berada di ruangan itu.

"Puan Khalisa?"

Datin Khalisa segera berdiri tegak. Sambil tangannya membetulkan sedikit telekungnya.

"Ya saya, doktor. Anak saya macam mana? Dia dapat diselamatkankan?" Datin Khalisa memandang wajah sugul doktor itu dengan penuh pengharapan.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now