55 - KISS

8.6K 505 5
                                    


~ • 🤍 • ~

"YANG ni...atau yang ini?"

Baju di kiri dan kanan tangan dipandang. Tak tahu nak pilih yang mana.

Dua-dua cantik.

"Sayang, berapa lama lagi sayang nak renung baju tu?" Zafran yang sejak tadi duduk di bibir katil mulanmengeluh. Lama juga dia tunggu isterinya pilih baju untuk majlis penting malam ini.

Sempat Zafran bermain game di telefonnya, turut ke dapur buat air kopi dan naik ke bilik semula, Zahrah masih tak selesai pilih baju.

Walhal dua-dua baju itu tiada beza sangat pun. Satu baju blouse putih labuh dengan garisan hitam di hujung bahagian bawah. Satu lagi, blouse pendek berwarna putih juga dengan bahagian tangan yang kembang.

Ini baru pilih baju pun dah berjam-jam, belum lagi termasuk pilih warna tudung. Silap-silap raya tahun depan baru siap.

Lumrah perempuan.

"This or this?" Sekali lagi Zahrah bertanya.

Baju tersebut didekatkan dengan muka Zafran supaya suaminya dapat melihat dengan teliti.

"I think... This." Blouse putih dengan bahagian lengan yang kembang dipilih.

"Hmm, but sayang rasa this one more better."

Tadi dia yang tanya pendapat, sekali tak nak terima pula.

"Up to you lah sayang. Pakai apa-apa pun sayang tetap cantik di mata abang." Mengusik.

Merah muka Zahrah dengan pujian yang keluar secara tiba-tiba itu. Apatah lagi bila Zahrah nampak suaminya sedang tersenyum nakal. Ada lah tu Zafran ni, suka betul buat dia malu.

Dasar mafia yang miang!

Lebih baik dia keluar bilik sebelum terlambat! Zahrah semakin cemas melihat Zafran yang sedang berjalan mendekatinya. Sudahlah hanya bertuala di pinggang. Dengan pandangan misteri dan senyuman nakal tu, cukup buatkan bulu roma Zahrah naik meremang.

Zafran tersenyum sinis.

Keningnya diangkat - angkat ke atas. Suka melihat isterinya seperti cacing kepanasan. Gelisah tidak tentu arah.

Rapat dan semakin rapat sehinggalah hujung ibu jari kaki mereka bertembung. Jarak mereka berdua cukup untuk buatkan jantung Zahrah berdegup laju.

Walaupun mereka sudah lama berkahwin, perasaan malu itu masih ada.

Kepala ditundukkan sedikit. Dahi disatukan dengan dahi licin Zahrah. Tajam anak mata hitam itu memandang anak mata Zahrah.

Dalam.

Cukup menyampaikan makna tersirat.

Pinggang ramping Zahrah dirangkul merapat dengan badannya yang hanya bertuala di pinggang. Zahrah melekapkan tapak tangan pada dada bidang Zafran. Merelakan perbuatan lelaki itu.

Zafran pula semakin menunduk. Pandangan matanya turun ke bawah. Memerhati dua ulas delima yang merah semula jadi. Zafran telan liur.

Menarik.

Bibirnya hampir meragut bibir isterinya. Zahrah pula hanya menantikan saat-saat itu dengan rela hati.

Sebelum...

"Mama!!!!" Laung si kecil Rania sambil merempuh pintu bilik yang tidak berkunci.

Kedua pasangan suami isteri itu tergamam sesaat. Segera Zafran berselindung di sebalik langsir di sebelahnya manakala Zahrah pula menepuk dahi.

Kenapa dia boleh terlupa untuk kunci pintu?

Rania Aafiyah memandang mama dan papanya dengan muka saspens sambil bercekak pinggang lagak orang besar. Kening sebelah diangkat dan badan dibongkok sedikit ke depan. Bergilir-gilir memandang mama dan papanya.

" Mama dan papa buat apa tadi?"

"Nothing, baby."

"Yeke? Tapi kenapa papa tak pakai baju?" Soal Rania tidak berpuas hati.

"Papa kan baru lepas mandi." Balas Zafran mudah.

"But why papa was going to kiss mama?"

Dua pasang mata itu bertembung. Cukup berinteraksi melalui pandangan mata. Zafran dan Zahrah dah berpeluh dahi. Tidak menyangka soalan cepumas itu yang dilontarkan.

Si kecil ni dah boleh jadi detective conan!

Semua benda nak dimusykilkan.

"She's my wife. Sukahati papa lah nak kiss mama." Selamba Zafran berkata. Zahrah pula yang berasa malu.

Rania nampaknya masih belum berpuas hati. Tercebik bibirnya mahu menangis. Biasalah anak perempuan kalau manja dengan papanya. Tak boleh tengok orang lain bermesra dengan Zafran.

Termasuklah Zahrah.

"Baby, tolong papa tengokkan your brothers boleh? Papa nak pakai baju kejap." Lembut suara Zafran memujuk.

Berharap agar Rania lembut hati.

Rania angguk kepala. Kemudian kaki kecil itu melangkah keluar dari bilik dan menutup pintu.

Kedengaran helaan nafas lega disebalik langsir.

Fuh.

Zafran yang dari tadi menyorok di belakang langsir mula keluar.

Iris hitamnya bertemu dengan iris coklat milik Zahrah. Dia memandang isterinya lama. Zahrah angkat kening. Pelik.

Dah kenapa dengan laki aku ni?

Segera Zafran mengucup bibir merah itu. Zahrah menekup mulutnya. Terkejut dengan tindakan tanpa amaran itu.

Zafran memang suka ambil kesempatan!

Zafran tersenyum mengusik. Dia memandang wajah isterinya penuh cinta. Isteri yang telah melahirkan tiga orang permata hati dan membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

"Sambungan tadi sebab baby kacau."

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now