~ • 🤍 • ~MACAM yang Zahrah agak, inilah yang akan terjadi.
Zahrah melepaskan keluhan berat. Mata hitam milik lelaki dihadapannya dipandang dengan perasaan gemuruh.
Zahrah sudah dapat mengagak yang Zafran akan marah. Tapi dia juga perlukan jawapan, tak suka dirinya tertanya-tanya.
" Awak.." Tangan suaminya diambil dan dielus perlahan. Zafran hanya membiarkan sahaja perlakuan isterinya.
" Aku tak setuju."
" Tt..tapi awak..."
" You are my wife. My responsibility. You married with Zafran Aqeel. Getting married with me is not an easy thing. My enemies are everywhere. Once I'm careless to take care of you, your life will be in danger." Tajam matanya memandang isterinya.
Dia mahu Zahrah faham, bahawa menjadi seorang isteri kepada Zafran Aqeel bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
" And, to make sure you are always in a safe state, you must always be by my side. No objection, I will provide you a bodyguard when I am not with you. "
Habis sahaja lelaki itu berkata, Zahrah merengus perlahan.
Inilah yang dia cuba elakkan!
Zafran nak hire bodyguard untuk sentiasa menjaga Zahrah ke tempat kerja. Huh!
" But, saya cuma nak pergi kerja dan balik kerja sahaja. Takkan lah musuh awak nak attack saya masa tengah kerja kut."
Walaupun dia masih rasa takut-takut, tapi tetap juga ingin menjawab.
Tak dihiraukan langsung pandangan helang Zafran yang sedang merenungnya macam nak makan orang.
Umiiii, takut!!!
" You don't know my enemies. You don't know how cruel they are. And the worse, you don't know what they can do to take revenge on me. Diorang pasti akan gunakan kau untuk lemahkan aku." Keras sahaja suaranya. Nada suara itu kedengaran seperti menyimpan dendam kesumat.
Membuatkan Zahrah terus terdiam seribu bahasa.
"Take revenge? Awak ada lakukan sesuatu yang buatkan musuh awak marah ke?"
" None of your business, pretty."
Usai dia berkata begitu, Zafran terus baring dan menyelimuti badannya. Dia langsung tidak memandang ke arah Zahrah yang masih terkebil-kebil.
"ASSALAMUALAIKUM Ma, Ayah, Mak Munah, Nuha, Zaf. Kami berdua pergi dulu ya."
Usai bersalaman, Zahrah terus melangkah mendekati Zafran yang sudahpun berada di kereta.
Hari ini, mereka akan pulang ke rumah milik Zafran.
Dari tadi, Zafran tak bercakap langsung dengan dia. Zahrah pun tak tahu kenapa.
Zahrah rasa, dia tak ada buat salah.
Zahrah menoleh memandang orang disebelahnya. Wajah dingin itu tenang memandu kereta.
Entah apa yang difikirnya. Serius betul muka.
Kereta terus dipandu melepasi bandar.
Eh? Jauh betul rumah Zafran.
Zahrah semakin pelik apabila Zafran membelok kereta memasuki jalan hutan menuju ke atas bukit.
"Err, rumah awak memang dalam hutan ke?" Kepala dipusing ke kanan untuk melihat Zafran. Zahrah diam menanti jawapan.
"Yup." Cuma sepatah perkataan.
" aya ingatkan dekat tengah-tengah bandar."
"Far from people are better. Lebih tersembunyi lebih selamat." Santai sahaja Zafran berkata.
"Awak tak suka dikenali ke?" Pelik betul. Selalunya kalau ceo-ceo dalam drama Melayu ni dia suka dapatkan perhatian. Nak kan popular.
Tapi Zafran ternyata berbeza.
" You forget it. You forget my other side, pretty. Aku bukan orang biasa. Identiti aku tak boleh terlalu terdedah."
Selepas itu, keadaan kembali menjadi sunyi.
Tidak lama setelah itu, kereta mewah milik Zafran membelok masuk ke dalam satu lorong di dalam hutan.
Hutan tebal ni... Tak ada binatang buas ke?
Zahrah memandang ke depan bila Zafran memberhentikan kereta. Kelihatan dua orang pengawal bersenjata sedang berjaga di pintu pagar tembok yang tinggi.
Kemudian, pintu pagar secara automatik terbuka.
Apa yang ada dihadapan matanya membuatkan mata dia macam nak terkeluar daripada soket mata!
Terkejut dia bila lihat keadaan rumah Zafran ni.
Ini.....
Ini rumah ke apa??
Tercuit hati Zafran apabila melihat muka terkejut isterinya itu.
Budak ini memang jakun betul.
Kakinya terus melangkah keluar sebaik sahaja kereta merahnya diparkir di hadapan pintu utama.
"Hoi, kau nak duduk dalam kereta sampai subuh esok ke?" Zahrah yang terkejut terus berdesup keluar. Matanya sempat menjeling sekilas ke arah suaminya.
Zafran ni, suka sangat buat dia terkejut.
"Haa jeling-jeling. Nanti mata kau juling."
Macam lah dia tak perasan jelingan Zahrah. Heh.
Namun, Zahrah hanya membiarkan sahaja perlian itu. Matanya sibuk menganalisis kawasan luar rumah itu.
Dia betul-betul kagum! Bagus cita rasa Zafran.
Tanpa Zahrah sedar, Zafran pula ralit memerhatikannya.
Zafran suka melihat tingkah laku Zahrah yang kadang-kadang macam budak kecil. Kadang-kadang pula matang dalam perkara-perkara yang perlu serius.
"Betul ke ini rumah awak?" Zahrah memandang Zafran. Entah apa yang lelaki itu fikir, nampak macam tengah mengelamun.
Kemudian, Zahrah mendekati lelaki itu kerana Zafran masih tidak sedar akan panggilannya. Lengan kiri Zafran dipegang.
Zafran sedikit tersentak dan dia terus memandang ke arah Zahrah.
"Saya tanya tadi, betul ke ini rumah awak?"
" Haah, tapi selepas ni bukan rumah aku seorang sahaja. Akan jadi rumah kau juga."
Mereka berdua melangkah masuk. Zahrah tidak henti-henti mengagumi hiasan-hiasan yang terdapat di dalam rumah.
Sangat mewah! Moden, gelap, dan besar!
Sesuai dengan peribadi Zafran sendiri.
Berbeza dengannya yang lebih memilih untuk berwarna-warni. Di pagi aidilfitri. Eh, yang kuban-kuban jelah kau ni.
Zahrah cuma mengikuti langkah Zafran. Rumah ini terlalu besar. Dia takut tersesat saja nanti walaupun sekarang ini mahu sahaja dia explore semua tempat.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...