50 - HIDE & SEEK

9.3K 566 21
                                    


~ • 🤍 • ~

"KEJARLAH-KEJARLAH. Hahahahahaha."

Bersungguh-sungguh Zahrah berlari untuk mengelak daripada ditangkap Zafran. Walaupun dalam kepayahan, dia tetap teguh berusaha.

Halaman belakang rumah yang luas itu menjadi tempat larian mereka berdua. Berpusing-pusing macam kanak-kanak ribena.

"Sayang, hati-hati! Nanti terberanak pula kat sini!" Laung Zafran dari jauh. Risau pula dia tengok mak buyung sorang ni.

Dia punya aktif kalah anak dara. Suka sangat berlari pula tu.

Jangan-jangan nanti anaknya bakal lahir menjadi seperti Usain Bolt. Asyik berlari je maknya, anak dalam perut pun mesti ikut juga kan?

Tiber.

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Zafran mula cemas. Eh, tadi ada saja isterinya berlari dekat belakang ni. Mana pula pergi?

Zafran menjadi risau. Nama Zahrah di panggil berkali-kali namun tiada sebarang sahutan.

Zafran berpusing-pusing di halaman belakang rumah mereka sambil mulutnya memanggil nama Zahrah berkali-kali.

Kemudian pandangan mata Zafran tertancap pada celahan dinding pondok rehat yang berada tidak jauh di hadapannya.

Senyuman nakal menghiasi bibirnya. Perlahan-lahan Zafran mendekati pondok itu sambil mata tidak lepas memandang kain baju berwarna merah yang beralun-alun ditiup angin sepoi.

Ada hati nak menyorok tapi tak sedar diri tu bukan kecil lagi!

Setapak demi setapak dia berjalan berjengkit-jengkit macam pencuri.

Di sebalik dinding pula, Zahrah sedaya upaya untuk menahan tawanya. Dia cuba semampu mungkin untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Dan akhirnya...

"BAAAAAHHHHHHHHHHH!!!!!!"

"ARRRGHHHHH!"

Lain pula yang terjadi. Zahrah pula yang terkejut dengan terjahan Zafran.

Zahrah menarik muncung lalu berpeluk tubuh. Tak suka betul kalau ada sesiapa gagalkan misi dia.

Zafran pula hanya tersengih. Geram melihat wajah isterinya. Rasa macam nak cubit-cubit pipi tembam tu. Dah lah putih kemerahan, lagilah geram yang amat.

Zafran berpeluk tubuh sambil memerhatikan isterinya yang sedang merajuk.

Alahai mak buyung ni.

Macam ikan buntal.

Pfft.

"Abang ni, terkejut sayang tahu tak. Musnah misi sayang." Katanya lagi sambil bibir memuncung.

Tak tahan dengan itu Zafran terus meluru ke arah isterinya dan dipeluk erat. Pipi tembam itu digomol kuat-kuat.

Meletus ketawa daripada bibir Zahrah. Geli dengan tindakan suaminya. Sudahlah ada kumis-kumis halus.

Kemudian Zahrah membalas pelukan itu. Tangan tak sampai nak peluk habis sebab perutnya yang semakin membesar. Baru tujuh bulan tapi dah macam mengandung sembilan bulan.

Mesti baby ni besar!

"Abang, sudah-sudah! Sayang penat, nak duduk."

Zafran angguk. Dia kemudiannya memimpin tangan isterinya untuk naik ke atas pondok rehat itu. Lalu Zahrah didudukkan di atas sebuah kerusi berwarna putih yang terukir cantik. Zafran pula mengambil kerusi yang bertentangan arah.

Matanya hanya memerhatikan Zahrah yang sedang mengusap-usap perutnya sambil berbual dengan bayi mereka.

Bahagia.

Alhamdulillah kandungan Zahrah dah mencecah tujuh bulan lebih. Tujuh bulan yang lalu selepas kejadian Zahrah diculik. Tak sangka pula lepas keluar dari hospital waktu itu Zahrah disahkan mengandung. Semuanya kekuasaan Allah. Rupa-rupanya semasa kejadian itu lagi Zahrah sudah mengandung. Nasib baik bayi mereka kuat.

Zafran tersenyum memandang bidadari di hadapannya. Bidadari yang sedang mengandungkan zuriatnya. Bidadari yang sentiasa berada di sisinya. Dan bidadari yang sentiasa menyokong dirinya tak kira dalam apa jua keadaan.

Zafran bersyukur dengan semua ini. Dia sangat berterima kasih atas percaturan Allah.

"Abang........" Panggil Zahrah meleret-leret. Hmm ada lah tu yang dia nak minta sekejap lagi.

"Ya, sayang."

"Boleh tak kalau sayang nak makan aiskrim Baskin Robin lagi? Yang box besar tu. Boleh kan abang?" Mata bulatnya dan dikelip-kelipkan. Zafran menjeling sekilas.

"Eh? Bukan ke semalam abang baru beli? Satu hari sayang habiskan. Tak ada tinggalkan abang sikit pun." Ucap Zafran berjauh hati. Yelah, sebelum pergi kerja dia ada belikan aiskrim Baskin robin yang box besar tu untuk isterinya, bila dah balik kerja penat-penat ingatkan tekak nak merasalah aiskrim yang dia ada beli pagi tadi.

Sekali aiskrim tu dah habis. Dengan kotak-kotak tu sekali lenyap dari pandangan mata!

"Alaa abang tak ada cakap pun nak sikit." Zahrah memuncung. Bukan dia sengaja nak habiskan. Tapi aiskrim tu yang sedap sangat.

Apa lagi, dia melantak lah makan aiskrim tu sorang-sorang. Eh bukan, berdua dengan baby. Hehe.

"Hari ini abang beli lah lagi, nanti sayang janji sayang bagi sikit tau?"

Zafran menggeleng kepala.

"Lain kali boleh? Tak elok makan benda sejuk hari-hari. Nanti kesian baby kita beku dalam perut sebab maknya suka sangat makan benda sejuk. Saya nak ke baby kita beku?"

"Hmmmmm tak nak. Sayang sayang baby ni." Perutnya yang memboyot itu diusap lagi.

"Betul tu, abang pun sayang juga. Sayang dua-dua cinta hati abang ni."

Lalu tubuh isterinya dipeluk erat. Zahrah menyandarkan kepalanya di bahu Zafran , manakala Zafran pula mengusap-usap kepala isterinya yang bertudung.

"Thankyou sayang, thankyou for everything." Ciuman dilabuhkan pada dahi licin isterinya.

Zahrah hanya diam sambil menikmati kebahagian ini. Matanya dipejam.

Walaupun hanya bersederhana, tapi dia tahu ucapan yang keluar dari mulut suaminya itu diucap dengan penuh ketulusan dan keikhlasan. Dan untuk itu, dia bahagia.

Teramat bahagia.

Terima kasih Allah, untuk kebahagian yang Engkau pinjamkan ini.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now