~ • 🤍 • ~
ZAHRAH menguap besar. Mata ditonyoh-tonyohkan sedikit kasar. Ngantuk betul mata ni. Nak tak nak kena bangun juga lah. Haih.
Hari ni hujung minggu, masa untuk rehatkan diri. Tapi terpaksa juga dia keluar. Keluar jumpa client. Sepatutnya temujanji dia dengan Datin Khalisa dijadualkan pada hari selasa minggu hadapan, tapi nak buat macam mana. Datin Khalisa ada emergency fly ke oversea isnin malam itu.
Jadi, dia terpaksa berjumpa untuk buat pemilihan dan penentuan konsep majlis perkahwinan anak perempuannya pada hari ini.
Zahrah segera bergerak menuju ke bilik mandi. Wajah yang sembab dan serabai sebab baru bangun tidur dipandang daripada pantulan cermin.
'Apalah kau ni Zahrah, serabai betul. Macam manalah nanti dah kahwin, laki kau tengok muka macam mak lampir ni. Terus kena heartattack'..
Itulah yang Syahirah katakan sewaktu dia menumpang tidur di rumahnya dulu. Ketika itu, Syahirah terlihat keadaan Zahrah ketika baru bangun tidur.
'Ceh kata aku je.. padahal kau lagi lah macam mak beruk. Dengan rambut kerinting nya.'
Pandai je nak kutuk orang, tapi tak sedar diri sendiri dua kali lima sahaja.
Zahrah tergelak kecil mengingatkan momen-momen dirinya dan sahabatnya.
USAI mandi, Zahrah mengibas-ngibas rambut ikalnya yang panjang lagi lebat tu. Cantik. Rambut panjang separas pinggang yang berwarna hitam gelap. Rambut dibiarkan mengurai sebab masih lembap lagi.
Kaki mengorak langkah ke arah dapur untuk memanaskan lauk semalam. Syahirah sudah berpesan kepadanya untuk makan lauk itu semalam. Tapi Zahrah tak sempat nak makan sebab badan dah terlalu penat lepas balik kerja.
Kalau tahu dek minah ni, mati aku dibebelnya.
Selepas siap makan nasi berlaukkan semalam, Zahrah kembali ke bilik untuk bersiap.
Makan sikit sudah cukup untuk alas perut sebab nanti nak jumpa dengan Datin Khalisa itu makan lagi memandangkan mereka akan berbincang di restoran nasi kandar yang terletak di dalam shopping complex.
Tudung dilabuhkan sedikit agar menutupi dada. Blouse bercorak bunga pink separas paha dibetulkan sedikit, dipadankan pula dengan skirt labuh berwarna putih bersih. Kaki disarungkan dengan stoking hitam untuk menjaga aurat kakinya.
Ingat, kaki juga aurat.
Zahrah bukanlah seorang perempuan yang muslimah sangat seperti ustazah-ustazah. Tapi aurat tetap akan dijaga. Semuanya disebabkan daripada didikan abahnya yang merupakan guru mengaji di kampung.
Abah sangat menitik-beratkan aurat anak-anak perempuannya. Abah juga garang dan tegas.
Namun, sejak anak gadisnya sudah membesar dan pandai berdikari, abah menjadi lebih lembut dan sporting. Tapi aura tegas guru mengaji itu masih ada lagi.
Jangan main- main dengan Pakcik Umar ya. Sekali dia libas rotan kayunya, berbirat juga tangan yang kena.
Pintu rumah dikunci dan Zahrah segera masuk ke dalam kereta. Peugeot model 208 dipandu keluar dari kawasan rumah. Dan secara automatik pintu pagar tertutup.
" ADUH, waktu ni jugalah nak jammed bagai. Aduhaii, makin lambat lah aku nak sampai nanti. Harap Datin Khalisa sanggup tunggu."
Zahrah beristighfar dalam hati.
Dia tak suka betul kalau buat orang menunggunya. Kali ini dia terpaksa. Lagipun hari ini hari cuti, memang patutlah jalan raya di bandar sesak sekarang ni.
Zahrah mengeluh buat kesekian kalinya. Jam di dashboard dikerling. Lagi 10 minit masa berbaki.
Sempat ke dia sampai? Memandangkan jarak rumahnya dengan jarak shopping complex mengambil masa hampir 35 minit.
PINTU kereta ditutup perlahan dan segera dikunci. Beg sandang yang berisi segala fail kerja dibawa dengan cermat. Kaki mengorak langkah memasuki bangunan itu dan mata meliar mencari restoran nasi kandar yang dimaksudkan.
Banyak betul aku bawa fail ni. Dengan yang dekat tangan lagi.
Semuanya Zahrah sanggup bawa demi memuaskan hati pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka menguruskan majlis perkahwinan impian.
Suasana pusat beli belah itu dipenuhi dengan anak muda yang sedang berkeliaran. Ada yang bersendirian, ada yang bersama keluarga, ada yang bersama rakan dan ada juga yang bersama kekasih sambil berpegangan tangan.
'ishh budak-budak zaman sekarang ni, aku yang dah kerja ni pun tak pernah ada boyfriend lagi tahu tak' . Omelku dalam hati.
Mata masih tercari-cari restoran itu. Apabila sudah kelihatan, Zahrah segera berjalan ke arah restoran nasi kandar.
Macam mana ya muka Datin Khalisa? Nanti tak kenal pula dia yang mana satu.'
Sedang sibuk berfikir, bahunya dirempuh sedikit kuat membuatkan badan terdorong kebelakang.
Aduh! Sakitnya.
Punggung Zahrah sudah selamat mencium lantai. Malu satu halnya . Planner di tangan juga habis berterabur.
"Maaf... Maaf cik..I tak sengaja.. Im.. Im truly sorry."
Zahrah tersenyum sedikit melihat muka serba salah gerangan yang sudah merempuhnya tadi.
Buku yang bertaburan du atas lantai dikutip dan dihulurkan kepada Zahrah. Tangannya juga disuakan untuk membantu Zahrah berdiri.
Huluran itu disambut. Buku-buku itu juga dicapai. Baju dikibas-kibaskan sedikit dan tudung dikemaskan. Mata memandang ke arah wanita yang melanggarnya.
Kelihatan wanita itu kembali menunduk untuk mengutip sesuatu.
"Sakura planner? Cik Zahrah?". Mata tertancap pada kad kecil yang dicapai tadi.
"Ya, saya. Err Datin Khalisa ke?"
Dia musykil sedikit sebab tak mungkinlah Datin Khalisa semuda ini. Tapi macam mana wanita ni tahu nama Zahrah sebaik sahaja melihat pada tajuk kad kecil itu? Tanpa memusingkan kad kebelakang.
Kedengaran gelak kecil keluar daripada mulutnya.
Err aku ada salah cakap ke?
" Hahahhaha, you ni lawak lah. I'm not Datin Khalisa. I'm her daughter, Jasmine. Elena Jasmine. Marah tahu I kat you. Nampak macam I dah tua sangat."
Wanita yang bernama Elena Jasmine dihadapannya ini mengelap hujung mata dengan sehelai kain kecil. Terhibur melihat wajah bingung Zahrah yang menyangka bahawa dirinya adalah Datin Khalisa.
"Erm saya minta maaf sangat-sangat Cik Jasmine".
" Nah, its okey. Let's have a seat first. Kesian you jatuh tadi ".
Kami bersama-sama menuju ke sebuah meja kosong dan mula berbincang tentang konsep majlis perkahwinan yang dikehendaki sambil menikmati nasi kandar yang sangat enak.
'Sedap! Boleh repeat lagi lepasni. Aku mesti ajak Syahirah.'
Minah sorang tu memang hantu makanan. Pantang orang ajak, memang laju dia berlari. Usian Bolt pun boleh kalah kalau ajak berlumba.
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...