~ • 🤍 • ~
"SAH!"Akhirnya Zahrah sudah sah menjadi seorang isteri. Air mata yang mengalir di pipi diseka perlahan.
Pengantin lelaki segera menghampiri Zahrah untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Dari tadi Zahrah menunduk. Dia sebenarnya berdebar nak lihat wajah suami yang baru sahaja dinikahinya.
"Zahrah, angkat kepala kamu, nak." Tegur Puan Maria.
Suami dah ada depan mata pun masih nak menunduk lagi.
Perlahan-lahan kepala didongakkan. Apa yang ada dihadapannya buat dia terkejut!
Umii!!!!
Membuntang mata Zahrah melihat wajah suaminya.
Berkulit hitam, berjerawat, dengan rambut yang serabai. Bila lelaki itu senyum, terserlah giginya yang rongak dan kekuningan.
Euw!!
Ini ke suami aku? Ini ke anak lelaki Datin Khalisa? Ini ke...
What......
Tangan digapai-digapai untuk menghalau bayangan lelaki itu.
Arghh nyah kau dari sini! Aku tak nak tengok muka menyeramkan kau tu!! Pergi!! Aku kata pergiiii!!!!!!!
Pergi!!!!
Bukk!..
Tak ubah seperti nangka busuk badan Zahrah tergolek jatuh daripada katil.
"Aduhh, sakit gila badan aku." Matanya meliar memandang sekeliling.
Eh, bilik tidur? Bukan dia dah nikah ke tadi?
Jangan-jangan.......
Macam lipas kudung Zahrah bangun dan melompat ke atas katilnya. Dalam hati, tak berhenti dia berdoa supaya apa yang dia fikirkan waktu itu semuanya tidak benar.
Aku harap benda tu bukan realiti!
Selimut diselak kasar.
Kosong.
Zahrah mengurut perlahan dadanya. Badan disandarkan pada kepala katil.
Jadi, dia memang belum kahwin. Dan wajah suaminya tadi cuma mimpi.
Ingat Zahrah, cuma mimpi.
Tapi kalau muka bakal suami kau memang macam tu agaknya, apa reaksi kau?
Ishh minta dijauhkan!
Tergeleng-geleng kepala Zahrah menidakkan apa akal fikirannya berkata.
Mata melirik ke arah jam dinding. Baru pukul 3.35 pagi.
Selepas mimpi ngeri itu, Zahrah terus tak boleh tidur. Matanya luas terbuka memandang siling bilik.
Ini semua mimpi tu punya pasal! Kalau umi tahu aku tak tidur malam, habis kena bebel.
Dia cuba untuk tidur. Badan digolek ke kiri dan ke kanan katil. Mata masih tidak mahu terlelap.
Ish, tak boleh jadi ni!
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...