51 - IS SHE..

9.4K 516 15
                                    


~ • 🤍 • ~

"Handsome boy." Zahrah menepuk-nepuk bahu anak lelakinya. Lalu dia tersenyum. Sejuk hati memandang anak lelakinya yang berusia tujuh tahun ini. Lembut dan manis mukanya.

Raykarl Hadi.

Itulah nama yang dipilih untuk anaknya ini. Wajah yang sempurna dan bersih. Sekali pandang sama seperti wajahnya. Lembut. Perangai juga serupa macam Zahrah.

Tapi nasib baik lah hidung Raykarl ikut Zafran, kalau ikut Zahrah nanti tak dapat hidung mancung. Hahahaha.

"Mama, ada nampak tali leher Rayyan tak?" Suara seseorang menyentakkan lamunan Zahrah. Lalu Zahrah menoleh ke arah muka pintu.

Terjengul wajah anak lelaki sulungnya, Rayyan Haziq.

"Mama dah letak atas katil Rayyan tadi. Sebelah table lamp. Rayyan dah cari kat situ?" Rayyan Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Rasanya macam dah cari dekat situ tadi, kenapa tak jumpa pula.

Rayyan Haziq, anak lelaki sulung Zafran dan Zahrah. Rayyan yang bertanggungjawab, Rayyan yang bijak dan Rayyan yang berkarisma. Sejak kecil lagi sifat itu sudah jelas dan dapat dilihat pada anak muda itu.

Rayyan dan Raykarl hanya berbeza dua tahun sahaja umur mereka. Rayyan berumur sembilan tahun manakala Raykarl pula berumur tujuh tahun.

Kalau tadi Raykarl mirip dengan ibunya, dan Rayyan pula lebih mirip dengan ayahnya. Rayyan banyak mewarisi sifat Zafran.

Sifat beku Zafran pun melekat dekat Rayyan tahu tak?

Jenuh Zahrah nak memujuk kalau anak teruna nya itu sedang merajuk.

Wajah Rayyan mirip Zafran.

Zafran junior.

Mata hitamnya, hidung mancung nya, Kulit putihnya, tapi tidaklah putih sangat, lebih kepada tanned gitu. Namun dah cukup sempurna. Terlalu kacak pada usia muda. Hanya bentuk bibir Rayyan sahaja yang mengikut Zahrah.

Rayyan dan Raykarl, kedua-dua anaknya berambut perang, wajah persis anak kacukan. Tak serupa langsung macam anak Melayu.

Yelah, dah ayahnya pun memang kacukkan.

Bapa borek anak rintik.

Cukup lah sampai sini, yang penting sekarang ini Zahrah sedang bercekak pinggang memandang anak-anaknya yang  berebutkan remote tv.

Dah ada televisyen di tingkat atas pun masih nak berebut yang di tingkat bawah. Mentang-mentang lah televisyen kat bawah ini lebih besar.

"Raykarl Hadi! Rania Aafiyah! Tak sudah-sudah nak bergaduhnya!" Raykarl terus melepaskan pegangan pada remote tv itu. Rania yang tidak bersedia dengan tindakan drastik abangnya terus terjatuh. Sakit punggungnya terhentak ke atas lantai.

Apa lagi, menangis lah gadis kecil itu.

"Astaghfirullah!" Pantas Zahrah mendukung anak gadisnya itu. Tercebik-cebik bibir kecil Rania menahan tangis.

Raykarl pula hanya menunduk di sebelah Zahrah. Tahu dirinya yang bersalah.

Lambat-lambat Raykarl panjangkan tangan menepuk punggung Rania yang berlapik pampers. Sedang memujuk gadis kecil itu.

Zahrah pula menurunkan Rania dari dukungannya ke bawah. Terus tubuh kecil Rania dipeluk erat oleh Raykarl. Tersenyum Zahrah melihat kesungguhan Raykarl memujuk adiknya.

Goodboy!

"Dah jangan menangis lagi, kita kena bersiap nak keluar."

Zahrah mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas. Kemudian, kakinya melangkah ke arah bilik paling hujung. Dimana terletaknya kamar beradu Zahrah dan Zafran. Daun pintu ditolak perlahan sambil kepala dijengulkan ke dalam.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now