26 - FIRST STEP

10.9K 641 74
                                    


~ • 🤍 • ~

ZAHRAH menatang dulang dengan berhati-hati. Dia menuju ke bilik bawah tanah.

Ada apa?

Zafran dari tadi sibuk dekat bilik kerja dia. Ya, bilik kerja Zafran dekat bawah tanah.

Angin apa yang datang, tak lama selepas Zahrah pulang daripada kerja, dia lihat Zafran sudah tercongok depan tv.

Tak pernah-pernah selama ini Zafran pulang awal. Jadi, mungkin sebab itu lah, Zafran sedang menyiapkan kerja dia.

Ceh, sama sahaja.

Balik awal, tapi tetap sibuk buat kerja.

Sama je kalau balik lambat.

Butang lift ditekan. Zahrah masuk ke dalam perut lift tersebut.

Cawan teh di perhatikan supaya airnya tidak tumpah.

Zafran suka kopi. Tapi sekarang dah malam, kalau bagi Zafran minum kopi, alamatnya tak tidur lah suami dia.

Sampai sahaja di tingkat bawah tanah, pintu lift terus terbuka.

Zahrah keluar dan memandang kawasan sekeliling.

Bukan seperti yang dia jangka. Jauh sama sekali meleset!

Zahrah sangkakan ruang bawah tanah rumah ini gelap, menyeramkan dan suram. Macam dalam cerita hantu kat tv tu.

Tapi yang ini, jauh sama sekali.

Ruang bawah tanah yang cantik, berdinding kelabu asap dan siling yang warna hitam. Dengan lampu bercahaya kuning malap yang nampak cantik.

Sangat-sangatlah macam cita rasa Zafran.

Cuma ada dua pintu sahaja disini. Pintu yang besar dan cantik. Dengan ukiran kayu yang menjadikan pintu tersebut unik.

Disebabkan ini kali pertama Zahrah menjejakkan kaki ke sini, Zahrah tidak pasti mana satu bilik kerja Zafran.

Tapi, ikutkan firasat, Zahrah memilih pintu kedua. Iaitu dihujung bilik sebelah kanan. Memandangkan pintu kedua itu agak terbuka sedikit.

Pintu pertama itu sebenarnya bilik apa? Tengok pintu pun seram. Siap ada password cap jari lagi.

Mungkin bilik kebal. Simpan apa? Simpan duit Zafran yang berkepuk-kepuk tu?

Tak mungkinlah.

Pintu kayu yang besar itu ditolak perlahan. Zahrah mula menapak masuk dengan berhati-hati.

Dalam diam, Zahrah kagum dengan keadaan bilik kerja itu. Kemas!

Zafran memang seorang pembersih. Tidak ada langsung kertas yang bertaburan di atas lantai.

Di sudut kiri, ada sofa dan kerusi malas berserta sebuah meja kopi. Belah kanan pula ada rak setinggi siling. Berwarna putih. Penuh dengan buku-buku yang tebal.

Dan di mana di tengah bilik pula terletak meja kerja. Penuh dengan fail dan kertas. Er.. boleh dikatakan agak berserabut sikit. Di situlah Zahrah lihat seorang jejaka kacak sedang fokus menghadap laptop.

Zafran masih tidak sedar akan kewujudannya. Lelaki itu nampak agak tidak terurus. Dengan rambutnya serabai yang tidak bersikat rapi. Sesekali wajahnya berkerut-kerut membaca sesuatu di laptopnya.

Entah apa yang difokuskan sangat, Zahrah pun tidak pasti.

"Your tea." Cawan dihulur kepada Zafran. Zafran hanya menganggukkan kepalanya dan mengucapkan terima kasih tanpa memandang Zahrah.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now