34 - FLASHBACK

8.7K 565 14
                                    


~ • 🤍 • ~

GELAP. Zafran memegang kepalanya yang terasa sakit. Matanya terasa sakit dan kepalanya sangat pening. Dia tidak mampu untuk membuka mata dan tidak mampu untuk bergerak.

Kepalanya sakit sebab terhantuk kuat pada stereng kereta sebelum airbag meletus.

Zafran mencelikkan mata perlahan-lahan dan berusaha untuk keluar daripada kereta yang terbalik. Kepalanya seperti berpusing-pusing memerhatikan sekeliling tempat itu. Semuanya gelap gelita. Zafran cuba untuk mengimbangi badannya apabila dia hampir terjatuh.

Dia berdiri tegak.

Keadaan yang gelap itu semakin membuatkan kepala dia pening. Tempat apa ini? Semuanya pokok-pokok besar sahaja dan hanya ada satu lampu jalan tidak jauh dari tempat mereka kemalangan.

Mereka?

Bagaikan tersedar akan sesuatu, cepat-cepat Zafran pergi ke arah sebelah keretanya. Dia baru tersedar yang dia tidak berseorangan.

Pintu kereta di bahagian Danish cuba dibuka. Malangnya tidak boleh. Pintu kereta terkunci dari dalam. Mahu atau tidak, Zafran terpaksa memecahkan cermin kereta.

Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali. Zafran menggenggam penumbuk dan kemudiannya dia menumbuk cermin kereta  sekuat hatinya.

Berulang kali dia mencuba walaupun kekura tangannya terasa sakit dan berdarah.bKali ketiga tumbukan padu barulah cermin itu pecah. Tanpa membuang masa, Zafran terus menarik punat kunci pintu melalui cermin. Dan pintu kereta berjaya di buka.

"Dan, Dan.. bangun." Tubuh Danish digoncang kuat.

Danish terus tersedar. Dia menggosok-gosok matanya. Pergelangan tangan kanan nya sakit seperti terseliuh.

"Kau okey tak?" Sekali lagi Zafran bertanya.

"Ak... Aku okey. Kita semua selamat? "

Zafran mengangguk perlahan.

"Alhamdulillah." Danish mengucapkan syukur. Tangannya diangkat untuk meraup muka.

Danish terus keluar daripada perut kereta dengan bantuan sahabatnya.

"Tolong aku keluarkan Nick dan Nathan." Danish mengangguk laju. Dia segera bergerak ke arah Nathan. Tubuh tingginya dibongkokkan sedikit memandangkan kereta itu sudah terbalik.

"Nat.. Nathan, bangun!" Bahu Nathan digoncang kuat. Aik, tak bangun-bangun?

Danish segera memeriksa nadi  Nathan. Ada lagi ni. Pengsan ke?

"Nathan, bangun!!" Sekuat suara dia menjerit di telinga Nathan. Kalau mangkuk tu tak bangun-bangun juga tak tahulah nak kata apa.

Nathan terus tersedar dan terkebil-kebil matanya. Nathan memandang wajah pucat Danish. Dia kemudian memegang lengan Danish.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now