~ • 🤍 • ~ZAHRAH mengurut perlahan pelipisnya. Kedua tangan yang bertongkat di atas meja kerja dibawa menekup mukanya.
Pening! Arghh cerewet betul customer dia kali ni. Mana tak nya dia naik angin, majlis lagi tiga minggu boleh pula dimintanya nak tukar tema majlis. Ingat senang ke suka suki nak tukar. Banyak benda dah deal dengan supplier semua.
"Weh, sudah lah tu. Macam mak mati anak aku tengok kau ni Zahrah. Dah mai lah lunch, perut aku lapar ni. Tak kenyang pun kalau tengok muka stress kau."
Sedari tadi dia bersandar pada pintu bilik bossnya a.k.a kawan baiknya. Kasihan ada juga. Tapi janganlah sampai skip waktu makan. Bukan sekali Zahrah pernah buat, tak terkira dengan jari! Kalau gastrik tu serang balik, siapa nak angkat pergi hospital?
"Kau pergi jelah makan dulu. Aku ada banyak kerja ni. Takpun kau tapaukan untuk aku, okey?" Pinta Zahrah.
Tak dipandang langsung muka sahabatnya yang dah memuncung macam mulut itik. Bukan tak mahu, tapi selera makannya hilang disebabkan oleh kerja yang terlampau banyak.
"Cik Zahrah Ameera, can you stop doing your work and go to lunch with me? Is that so hard to do? Kau tak kisahkan diri kau ke? Tak takut gastrik tu datang nanti? Kau nak aku tapaukan? Boleh! Tapi pastikan kau makan. Tapi aku tak percaya lagi, minggu lepas aku tapaukan makanan untuk kau, ada kau makan? Haprak! Sampai basi makanan tu kau tak sentuh langsung." Panjang lebar dia membebel.
Minah ni kena tegas sikit, kena gertak sikit. Baru lah nak bergerak.
Zahrah mengeluh kasar. Segera dia menutup segala fail di atas meja dan mengemas sedikit kertas-kertas yang bersepah di atas lantai.
Syahirah ni kalau dah start membebel memang bahaya! Tak berhenti nanti mulutnya. Mak-mak pun boleh tabik hormat kalau dengar dia membebel.
Selepas itu, beg tangan di atas sofa dicapai. Dibetulkan sedikit awning tudungnya untuk menjaga penampilannya. Yelah, dah nama pun bos Sakura Planner, mestilah kena jaga penampilan. Lebih-lebih lagi dia masih single. Mana lah tahu ada anak dato' yang sangkut.
Syahirah hanya memerhati gerak geri sahabatnya bersama senyuman sinis tersungging di bibir.
Haa baru kau nak bergerak ye. Kalau aku tak membebel memang kau tak nak bangun.
Zahrah memaut lengan sahabatnya.
" Dah jom lunch, tadi kau ajak aku sangat."
" Okey jom, aku lapar ni."
Dan mereka berdua berjalan beriringan ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. Tidak perlu menaiki kereta. Restoran yang hendak dituju hanya berada di seberang jalan sahaja.
"WAALAIKUMUSSALAM Abah, jaga diri. Kirim salam pada umi ya."
Lega hati dapat mendengar suara abah. Lelaki yang sangat dikasihi. Lelaki yang sangat menyayangi mereka sekeluarga.
Abah, rindunya pada abah.
Satu-satunya buah hati pengarang jantung anak gadisnya ini.
Zahrah membelek-belek calender di atas meja kerja.
' Emm, maybe weekend ni boleh kot aku nak balik Johor. Kerja pun dah settle. Yehh. '
Badan diregangkan dan duduk diselesakan. Sakit sendi-sendinya apabila terlalu lama duduk di atas kerusi. Juga tak baik untuk mata yang dah terlalu lama menghadap laptop.
Bekerja sebagai seorang wedding planner ni tak mudah ya. Sungguh tak mudah. Memeningkan kepala bila kena hadap dengan bermacam ragam perangai pelanggan.
Kebanyakannya yang berpangkat datin seri dan yang sekutu dengannya. Cerewet satu hal, buat keputusan lambat satu hal, dan yang paling teruk adalah kedekut!
Datin seri kot, rumahnya sangat mewah, buat majlis perkahwinan anak bongsu nya juga sangat-sangat mewah. Mengalahkan majlis perkahwinan kerabat diraja. Dengan tetamunya lebih 5000 orang. Demand bukan main lagi, tapi siap mintak diskaun! HAHA. Tak tahu nak menangis ke nak sedih waktu tu.
Tapi dia memang tabik pada diri sendiri lah sebab kesabarannya memang tinggi untuk menghadapi ragam client yang macam ini.
Juga kepada team yang banyak sangat membantu dan memberi semangat.
Zahrah memeriksa jadual kerja untuk minggu hadapan. Mana tahu sibuk lah kan dengan macam-macam event.
' Majlis hari lahir , majlis pertunangan, dan majlis perkahwinan.'
Hurmm cuma tiga sahaja.
Zahrah membelek lagi ke halaman lain.
'Wedding day Datin Khalisa's Daughter.'
Wow mewah betul majlis ni nak buat. Dekat taman bunga kawasan rumah. Emm mesti besar kan rumahnya kalau siap ada taman bunga lagi. Tetamu juga 3000 orang.
Zahrah harap customer ni okey lah, bukan macam yang sebelum-sebelum ini. Memandangkan dia tidak sempat berjumpa lagi dengan Datin Khalisa waktu pertama kali.
Disebabkan ada hal penting, Zahrah terpaksa serahkan kepada Syahirah untuk berurusan dengan client ini.
Bunyi pintu dibuka menyedarkan dia daripada lamunan. Tersembul wajah yang tersengih-sengih di muka pintu.
Huhh nak apa lagi minah ni.
" Kau tak balik lagi ke Zahrah? Aku nak balik ni." Soal Syahirah sambil tubuhnya bersandar pada dinding. Dipandang ke seluruh sudut bilik pejabat bossnya.
Di atas lantai, penuh dengan kertas-kertas lakaran yang sudah direnyukkan. Ada juga yang sudah dikepal sehingga menjadi bola kertas. Pasti idea-idea lakaran tersebut tidak menjadi.
"Kau balik lah dulu, aku nak kemas meja ni sekejap."
"Okey, tapi jangan pulang lambat sangat tau, aku risau. Sekarang ni dah gelap nanti kau nak pergi tempat parking kereta lagi. Bahaya." Ujar Syahirah. Berkerut sedikit dahinya tanda merisaukan keselamatan sahabat baiknya itu.
Mereka berdua perempuan, bahaya jika keluar berseorangan. Lebih-lebih lagi di malam hari.
"Baiklah. Lepas aku siap kemas aku terus balik ye, Cik Syahirah anak Pak Cik Mustafa."
" Bye, Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam."
Syahirah angguk kepala. Lalu dia melangkah keluar dan menutup pintu dengan berhati-hati.
~ • 🤍 • ~
Edited version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...