33 - FLASHBACK

10.4K 549 11
                                    

~ • 🤍 • ~

SUARA radio yang kuat tidak menghalang mereka untuk berbual. Ini semua Jonathan punya pasal lah! Suruh kuatkan radio mengalahkan dalam disko. Rasa-rasanya kalau kereta lain berhenti di sebelah pun boleh dengar betapa riangnya suasana dalam kereta mereka sekarang ni.

What you know about rollin' down in the deep?
When your brain goes numb, you can call that mental freeze.
When these people talk too much, put that shit in slow motion, yeah.
I feel like an astronaut in the ocean, ayy.

Riang Nathan bernyanyi. Nasib baik suara sedap kalau tak memang dah kena campak keluar kereta.

Nathan berhenti bernyanyi apabila tekaknya mula terasa haus. Botol air mineral di kerusi belakang di ambil dan air mineral itu diteguk rakus.

Lega.

"Bosan lah tak ada Shawn. Tak dapat gaduh dengan dia. Tak dapat juga aku dengar lawak dia yang hambar lagi bodoh tu." Nathan mengeluh perlahan. Bicaranya mengundang tawa dua orang lelaki yang berada di kerusi hadapan.

"Kau pun tahu kan, Shawn tu manjang busy je nak uruskan syarikat papa dia." Zafran berkata perlahan.

"Aku tak ada kawanlah nak usha awek seksi-seksi kat sini kalau tak ada dia."

"Haipp! Kalau kau nak usha awek jangan ajak kami. Kami ni tak boleh! Nanti kena piat telinga dengan mama Mate nanti baru tahu langit tu tinggi ke rendah." Bebel seseorang.

Pecah ketawa Zafran dan Nathan mendengar celoteh kawan baik mereka yang ala-ala ustaz itu.

"Heish kau ni Dan!"

"Betul apa. Nanti kalau suatu hati nanti aku dah tak ada, siapa lagi yang nak beri ceramah percuma dekat hang semua?

Zafran dan Nathan tersentap.

Zafran berkerut dahi.

"Kenapa kau cakap macam tu, Dan?" Soal Jonathan.

"Aku bergurau ja. Janganlah serius sangat." Danish ketawa kecil.

"Aku tak suka dengan gurauan kau tu." Perlahan sahaja Zafran berkata.

Danish atau lebih senang dipanggil Dan.

Danish merupakan anak pantai timur yang menyambung pelajarannya ke London menggunakan bantuan biasiswa. Danish merupakan seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapanya sekelip mata dalam kebakaran rumah sewaktu dia berumur tiga tahun. Abangnya juga tidak dapat diselamatkan setelah badan melecur hampir 93%. Di sebabkan itulah, Danish cekal belajar dengan bantuan-bantuan yang diterimanya. Sehinggalah dia dapat tawaran sambung belajar ke London, United Kingdom.

Pada minggu pertama dia belajar di sana, teruk dia dibuli gara-gara dia yang tidak fasih berbahasa inggeris atau mungkin kerana dia yang kelihatan seperti budak kampung. Ya, budak kampung yang menyambung pelajarannya di tempat anak-anak bangsawan. Atau lebih tepat elite.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now