57 - HAPPY

7.4K 450 8
                                    


~ • 🤍 • ~

" THANK YOU, everyone."

Selesai sahaja memberi ucapan penutup majlis, Jonathan terus turun daripada pentas dan berjalan menuju ke meja yang diduduki tetamu vip dan vvip.

Senyuman manis dihadiahkan kepada semua. Kembang hatinya mendengar pujian daripada para tetamu tersebut. Kebanyakan mereka semua memuji akan kecantikan tempat ini, ada juga yang puji kesedapan makanan yang dihidangkan. Tak lupa juga yang memuji dirinya segak.

Itulah yang lebih menjadikan Nathan kembang semangkuk, kembang kuncup hidungnya.

Dari jauh kelihatan satu keluarga yang segak berjalan mendekatinya. Tangan dihulur dan bahu dilagakan.

"Aku ingat kau sibuk."

"Mana boleh tak datang kalau sibuk sekalipun. Majlis penting ni."

Nathan ketawa. Terharu juga dia dengan kesudian sahabatnya merangkap sepupunya hadir ke majlis dia malam ni.

Pandangannya beralih kepada seseorang di sebelah Zafran. Nathan membalas senyuman Zahrah.

Cantik.

Isteri sepupunya memang cantik.

Kemudian matanya memandang dua orang budak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang sangatlah comel macam pakciknya ini.

Eh?

Perah santan betul.

"Hey boys." Bahu Raykarl ditepuk perlahan. Raykarl hanya tersenyum sahaja. Rayyan pula menarik tangan Nathan dan terus di salam.

Diikuti juga Raykarl dan Rania.

Nathan duduk mencangkung di hadapan Rania. Samakan ketinggian mereka. Hidung mancung gadis kecil itu ditarik perlahan. Rania pula tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya yang jelas kelihatan. Menambahkan kejelitaannya.

Kecil-kecil lagi dah cantik.

"You're so beautiful, my baby." Mata dikenyitkan lagak seorang playboy sedang memikat gadis rupawan.

Cewah.

Nathan memang ada bakat tersohor jadi playboy ni tapi itulah, dia masih single sampai sekarang hm.

"Bro." Suara seseorang yang tercungap-cungap membuatkan Nathan mendongak ke atas.

Dia memandang pelik ke arah Shawn yang tercungap-cungap menstabilkan pernafasannya.

Mamat ni main lari- lari ke apa.

"Sorry, i'm late." Tangan dilagakan gaya lelaki.

"Tak apa, janji kau datang. Kenapa lambat?" Nathan berdiri tegak, bajunya di tepuk perlahan dan dikemaskan.

"Jet lag tadi, aku tertidur tak sedar jam berbunyi. Syok sangat tidur, nasib baik tak terbabas sampai habis majlis."

Nathan angguk kepala..

Zahrah menyenggol siku suaminya untuk beritahu bahawa dia nak pergi ambil makanan sekejap. Tapi hakikatnya, Zahrah tak mahu mengganggu tiga orang sahabat itu berbual.

Tak manis pula.

Zafran angguk faham.

Kini tinggallah mereka bertiga. Nathan mempelawa Shawn dan Zafran duduk di kerusi.

"Nice bro. Tepi laut pula tu. Boleh jadi tempat perlancongan nanti." Shawn memuji.

Memang tak disangkal lagi, restoran yang berunsurkan makanan Italy dan Sepanyol sebagai menu utama itu sangat cantik. Gabungan classic-modern. Makanannya juga sedap-sedap dan halal untuk muslim.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now