~ • 🤍 • ~Hari ini hari cuti. Itu bermaksud Zafran tidak pergi ke pejabatnya. Tapi kalau dah namanya seketul Zafran Aqeel yang degil sangat, mana boleh berenggang dengan kerja-kerja pejabat tu.
Habis aku dibiarkannya. Huh, nak merajuklah kalau macam ni!
Hari cuti ni dia nak buat apa saja kalau si suami tercinta tu sibuk melayan kertas kerjanya?
Jadi, Zahrah buat keputusan untuk melawat bunga-bunga yang dia pernah tanam di sekeliling rumah. Siram bunga, sambil bernyanyi. Seronok tengok semuanya sihat-sihat belaka. Segar-bugar dan cantik berseri.
Macam tukang tanam dia.
Heck.
Masuk lif tekan sendiri betul!
Zahrah melangkah ke arah belakang rumah. Tempat baru untuk tanam pokok bunga. Sebab halaman di bahagian hadapan sudah penuh dengan bunga yang berlainan jenis dan warna.
Kawasan belakang ini agak suram sedikit. Bodyguard pun sekarang ini ada yang sedang berehat. Ada juga yang masih bekerja. Namun Zahrah tak kisah sangat sebab kawasan rumah ni dikawal ketat.
CCTV ada di merata tempat.
Agak menakutkan juga lah dia nak pergi kebelakang ni sorang-sorang. Yelah, sebab dekat dengan hutan. Pokok-pokok besar. Lagi satu sebab rumah besar ini berada dekat atas bukit. Semestinya dikelilingi oleh pokok-pokok hutan yang tinggi.
Arghh persetankan semua itu!
Tak ada apa pun yang perlu ditakutkan. Kan hari masih siang. Zahrah cuba menyedapkan hati. Tak tahu lah kenapa dia tuba-tiba rasa berdebar lain macam. Padahal nak tengok bunga-bunga sahaja.
Sampai sahaja di halaman belakang rumah, Zahrah tersenyum lebar. Gembira melihat kuntum-kuntum bunga yang baru sahaja mekar.
Zahrah hirup haruman bau bunga-bunga itu.
Wangi!
Badan dibongkokkan sedikit untuk membersihkan kawasan sekitar bunga-bunga tersebut. Rumput pun semakin panjang. Tak apa lah, nanti dia akan minta tolong Pak Cik Zahar untuk potongkan rumput.
Zahrah beralih pula ke kawasan yang agak bersemak. Untuk dikemaskan. Sedang leka dia mengumpul sampah-sampah kecil di situ, matanya menangkap satu figura yang comel sedang melompat-lompat di dalam semak.
Apa benda itu?
Kaki semakin mendekatinya. Dan rumput yang menjulang tinggi disingkap ke tepi. Membuntang mata Zahrah melihat sesuatu di hadapannya.
Kelihatan seekor arnab kecil berwarna kelabu dan mata yang berwarna biru terang. Comelnya!
Tapi... datang daripada mana pula arnab ni? Zahrah rasa Zafran tak pernah pula bela arnab. Jangankan arnab, kucing pun tak ada.
Arnab kecil itu melompat-lompat di sebalik rumput yang tebal. Menarik perhatian Zahrah untuk mendekatinya. Semakin dekat langkah kaki dengannya, arnab itu tiba-tiba sahaja melompat keluar melalui celahan pagar.
Cis! Tak sempat nak tangkap.
Dek kerana rasa teruja yang tak mampu dibendung, Zahrah berusaha untuk mengejar arnab itu. Pintu pagar kecil yang menghubungkan kawasan belakang rumah dan kawasan luar dia buka. Walaupun pagar itu berkunci, tapi Zahrah tahu dia boleh akseskannya dengan hanya menggunakan cap ibu jarinya.
See??
Pintu pagar kecil itu sudah pun terbuka setelah dia melakapkan cap ibu jarinya pada skrin pintu.
Well, nowadays technology.
Terus tangan menolak perlahan pintu kecil tersebut sambil mata melilau memerhatikan keadaan sekeliling supaya tidak ada bodyguard yang akan menyedari tentang perbuatannya.
Sepantas kilat Zahrah keluar.
Yeay! Jom cari mana arnab tadi pergi.
Tangan Zahrah menolak daun-daun pokok yang panjang yang menghalang pemandangannya.
Zahrah fokus mencari arnab kecil tadi sehingga tidak sedar bahawa dia telah melangkah jauh daripada kawasan rumah.
Sehinggalah..
"Prapp..." Bunyi ranting kayu dipijak menyentak lamunan Zahrah. Dia menoleh ke belakang.
Membuntang matanya apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang memegang telinga arnab kecil tadi. Muka lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana ditutupi topeng muka.
Dengan langkah berjaga-jaga, Zahrah berundur satu tapak ke belakang. Menjauhi lelaki aneh itu yang semakin lama semakin merapatinya.
Zahrah mula menggigil.
Tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau yang tajam berkilat daripada belakang tubuhnya.
Zahrah semakin takut. Wajahnya pucat lesi. Memandang pisau yang berkilau itu. Cukup memberitahunya bahawa posau itu sangat tajam.
Dan...
ZASSS!!!
Kepala arnab kecil yang comel itu telah berpisah daripada badannya dan jatuh bergolek ke kaki Zahrah.
Darah daripada hasil pancungan kepala arnab itu mula memancut-mancut ke atas tanah.
Zahrah terkejut dan hampir menjerit. Tergamam melihat semuanya. Baru sahaja kaki dia berura-ura ingin berlari, mulutnya ditekup oleh seseorang daripada belakang. Zahrah cuba meronta kuat tetapi malangnya kudrat wanitanya tidak dapat menandingi kekuatan lelaki aneh itu.
Dan pada akhirnya, dunia mula gelap dan Zahrah tidak sedakan diri.
"Bawa dia."
~ • 🤍 • ~
Edited Version.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...