8 - SCARY

12.2K 774 9
                                    

~ • 🤍 • ~

Mata dibuka perlahan-lahan. Kepalanya juga masih pening. Tangan dan kaki cuba digerakkan.

Usahanya tidak berhasil.

Apabila menyedari sesuatu, mata Zahrah terus terbuka luas.

Dia dekat mana ni?

Matanya meliar memandang seluruh bilik itu.

Suram. Dan juga menakutkan.

Bilik yang gelap itu hanya diterangi beberapa lampu yang malap. Dan salah satunya tepat di atas kepala Zahrah.

Zahrah mencuba untuk mengingatkan kembali apa sebenarnya yang terjadi.

Gelap. Bunyi pistol. Orang mati. Lari. Kena kejar. Selamat.

Dan terakhir sekali, mulutnya ditekup.

Setelah mengingatkan kembali semua perkara yang menyebabkan dia berada di atas kerusi ini, Zahrah terus cemas.

Dia ingin melepaskan diri dan segera keluar dari sini!

Jantung berdebar-debar. Zahrah mahu meminta tolong tetapi entah mengapa mulutnya seakan-akan terkunci pada waktu itu.

" Calm down pretty. " Ujar satu suara garau.

Entah datang dari mana suara itu menerpa. Zahrah tercari-cari gerangan yang berkata itu.

Derap kaki seseorang semakin menghampirinya. Kala itu, Zahrah berasa amat takut. Tubuhnya terketar hebat.

Dia akan dibunuh kah? Diseksa dengan lelaki itu?

Semakin dekat dan semakin rapat.

Lelaki itu sudah berada dihadapannya kini. Perlahan-lahan Zahrah mendongakkan kepala memandang wajah lelaki tersebut.

Bengis. Beku. Dingin.

Hanya itu yang Zahrah nampak. Walaupun wajah lelaki itu masih samar-samar.

Dapat dirasakan aura kejam dan gelap daripada wajah lelaki misteri itu. Kedudukan mereka sangat rapat sehingga bau wangian lelaki itu dapat dihidunya.

Bau ini seperti..

Lelaki itu meletakkan tangan di kiri dan kanan kerusi. Wajahnya semakin dibengiskan dan semakin dirapatkan dengan Zahrah.

"Apa yang kau nampak?!" Terhinjut bahu Zahrah mendengar lelaki itu menengkingnya.

"Errr....rr..."

Rasa terkejut masih belum hilang. Terketar-ketar mulutnya untuk mengeluarkan suara.

"Aku tanya apa kau nampak??!!!"

Berang betul apabila soalan yang ditanya tidak dijawab. Dia sedang bercakap dengan orang bisu ke?

Rahang diketap dengan kuat. Pegangan di kerusi juga semakin kejap. Jelas kelihatan urat yang timbul di tangan dan lehernya.

Zahrah menelan liur. Dia takut. Sangat takut. Takut dengan lelaki ini yang sedang bertukar menjadi hulk. Malah, lebih seram daripada makhluk raksasa berwarna hijau itu.

Matanya sedang direnung mata hitam lelaki dihadapannya dengan pandangan yang sangat tajam, menakutkan dan penuh amaran.

"Matthew! Behave yourself. She's just a girl. And one more thing, she is not RonDragon's people. " Ujar seseorang dari arah belakang.

Zahrah tidak berani hendak berpaling. Apatah lagi lelaki itu masih merenungnya.

Wajah mereka sangat dekat, hanya berbeza beberapa jengkal sahaja.

' Jadi, nama lelaki ni Matthew? '.

Keluhan kasar dilepaskan. Badan dipusing kebelakang untuk menenangkan diri dari terus dirasuk api kemarahan. Tangannya bercekak pinggang.

Dia betul-betul rasa nak mengamuk. Anak buahnya semua buat kerja tak clean! Kalau gadis itu terlepas tadi macam mana?! Habislah mereka semua!

Matthew memandang anak buahnya yang sedang berjaga di seluruh bilik kebal itu.

Tajam dengan mata helangnya.

Mereka yang menerima panahan mata itu semua menelan liur dan tahu apa nasib yang bakal ditimpa mereka.

Sama ada hidup atau mati! Yang pasti kalau mereka masih hidup, pasti cuma nyawa-nyawa ikan. Itupun mungkin sedikit beruntung kerana malaikat Izrail tidak menjemput mereka lagi.

Semuanya terkaku termasuklah Zahrah.

Ketua mereka kalau dah mengamuk, raja rimba pun serah diri terlebih dahulu.

Nafas ditarik dalam-dalam. Kemudian dia bersuara.

" Let her go. Kael, Rudy, bawa dia balik."  Arahan diberi kepada anak buahnya.

Sejahat-jahat dirinya, tak pernah lagi dia menyeksa perempuan dan anak kecil. Dia juga tidak pernah membunuh. Dan tidak akan membunuh.

Selepas dia puas menyeksa musuh-musuh Louis, Matthew akan menyerahkan mereka semua kepada Jonathan. Selepas itu, dia tidak kisah lagi apa yang akan dilakukan oleh Jonathan kepada musuh mereka.

Dibunuh kah? Dikerat? Itu semua terletak di tangan Jonathan.

Matthew tidak mahu mengotorkan tangannya dengan darah manusia pengkhianat.

Zahrah mengucapkan syukur dalam hati. Dia sudah terlepas daripada lelaki yang menyeramkan ini!

Zahrah diiringi oleh Kael dan Rudy untuk keluar. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, satu suara garau itu menerpa gegendang telinganya lagi.

"Kau jangan fikir semudah ini kau akan terlepas. Kalau kau berani pecah rahsia, kau tahu apa nasib selepas ini. My eyes on you. " Keras sahaja suara itu berkata.

Zahrah menelan liur. Hatinya kembali tak tenang mendengar apa yang di katakan lelaki tadi.

Dia pasti akan menjadi buruan Matthew selepas ini. Dan hidupnya tidak lagi bebas! Apa sahaja boleh terjadi kalau dia bongkarkan semua.

Tetapi Zahrah tak berani.

' Huarghh, aku tak nak pertaruhkan nyawa aku. Umii tolong Zahrah!! '

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now