27 - AIRPORT

11.1K 639 11
                                    


~ • 🤍 • ~

SEHINGGALAH bunyi deringan telefon milik Zafran menjerit-jerit minta diangkat.

Zafran mengeluh kasar. Tangannya masih erat memeluk pinggang isterinya. Bagaikan enggan dia mahu mengangkat panggilan tersebut. Hatinya masih tidak mahu menamatkan momen-momen indah sebentar tadi.

Kacau daun betul lah mangkuk ni!

Zahrah hanya memandang wajah tampan dihadapannya. Menganalisis sama ada punya kecacatan atau tidak.

Perfécto!

Walaupun terdapat dua parut halus di tulang pipi dan dahi lelaki itu. Masih tidak mengganggu kesempurnaan wajah kacak itu.

Parut lama mungkin. Sebab dah hampir hilang.

Semakin pelik pula Zahrah. Apa lah yang Zafran dah buat sampai banyak sangat parut dia ada.

Kebanyakannya semua parut-parut lama. Membayangkannya pun dah buat bulu roma meremang. Apatah lagi kalau kena betul-betul.

Tapi itu semua tidak mampu buat Zafran nampak cacat.

"I love to do it again, but i'm sorry. Aku kena siapkan kerja aku sekarang ni."

Terkebil-kebil Zahrah memandang Zafran. Tunak mata tajam itu merenungnya.

Bila masa pula Zafran habis call?

Itulah kau Zahrah, tekun sangat tengok muka suami sendiri sampai tak sedar!

Mengingatkan kembali peristiwa tadi, muka Zahrah meruap panas.

Malu siot!

Ceh, Zahrah. Masa kau cium suami kau tak malu pulak ye?

Zahrah terus bangun daripada riba Zafran dan ingin berlalu pergi. Baru sahaja dia ingin membuka pintu, namanya dipanggil.

"She's someone's else. Don't worry pretty." Jerit Zafran.

Daripada sebalik pintu, Zahrah tersenyum riang mendengar jawapan suaminya.

Auch, my heart!

"AWAK , kita nak pergi mana?" Untuk ke sejuta kalinya Zahrah bertanya. Naik berbuih mulutnya asyik tanya soalan yang sama.

Dan jawapan yang dia dapat mestilah..

"Just wait and see, pretty."

Huh!

Beg bagasi ditarik perlahan. Matanya meliar memerhatikan sekumpulan manusia yang berlegar-legar di sekitarnya.

Ada yang sedang bermain telefon, ada yang sedang merenung keluar tingkap, tengah tidur dan ada juga yang sedang bergambar bersama rakan-rakan atau keluarga.

Zahrah hanya mengikuti langkah Zafran sedari tadi. Bersama mereka ada Rudy, Kael dan Nick. Haruslah Nick ada, sebab Nick kan bodyguard Zafran.

Tapi... Musykil jugalah. Rasanya Nick tahu tak siapa sebenarnya Zafran? Sebab Zahrah selalu lihat Nick banyak menguruskan hal pejabat Zafran sahaja.

Agak-agaknya dia tahu ke tentang kerja gelap suaminya?

Zafran memilih kerusi yang agak tersorok sedikit. Walaupun airport sekarang ini tidak ramai orang, dia tetap mahukan privasi.

Mereka semua memilih untuk menikmati sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak pergi.

Memandangkan tadi mereka semua keluar rumah pada awal pagi.

Bersarapan pada pukul 9.35?

Heh.

Ke mana?

Entahlah nak.. Zahrah pun tidak tahu.

Zafran hanya memaklumkan kepadanya yang mereka akan pergi ke rumah datuknya di Italy.

Katanya rindu.

Tapi Zahrah tahu yang Zafran ada agenda lain. Kalau tidak, mereka tak kan tergesa-gesa macam ni.

Dan Zahrah kenal sangat dengan suaminya, Zafran tidak akan meninggalkan kerja pejabatnya melainkan ada urusan mustahak sahaja.

Well said, workaholic's behavior.

Mana tidaknya, Zafran baru sahaja maklumkan kepadanya selepas solat subuh pagi tadi.

Tadi ya... Bukan semalam atau seminggu sebelumnya.

Bayangkan, macam lipas kudung Zahrah kemaskan semua baju. Persiapan last minit! Sumbat sahaja mana yang dicapai.

Harap tak ada yang tertinggal lah sebab Zafran kata mereka akan duduk di sana dalam waktu yang lama. Mungkin sebulan.

Kerja butik semuanya telah diserahkan kepada Syahirah untuk dijaga. Tapi Zahrah akan tetap memeriksa perkembangannya daripada jauh di bumi Italy.

Sewaktu Zahrah call sahabat baiknya tadi, bukan main lagi mak nenek itu menceceh marah.

Iyelah, semua nya beritahu last minit. Tiba-tiba sahaja. Tapi Zahrah tak bersalah, Zafran ni haa yang salah.

Suka buat orang kena heart attack.

Bunyi seseorang berlari membuatkan mereka semua menoleh. Kecuali Zafran yang sedang leka dengan telefonnya.

Kelihatan Faiq  sedang tercungap-cungap berlari dan tiba-tiba berhenti di hadapan mereka.

Diam.

Faiq menarik nafas panjang dan dihela kasar. Perbuatan itu diulang beberapa kali sehingga dia berasa lega. Faiq hanya tersengih melihat Kael dan Rudy yang sedang memandangnya macam harimau sedang menunggu mangsa.

Habislah aku nanti !!!

"Sorry guys, jam tak berbunyi tadi."

Kael mencebik.

"Kau kalau bom meletup tepi telinga pon tak bangun-bangun." Sinis Kael membalas.

"Hehehehe. Janji aku sempat sampai."

Zafran mendongak kepala memandang Faiq. Tajam.

Faiq yang nampak terus telan liur. Kalau dengan Rudy dan Kael boleh lagi dia nak sengih-sengih. Tapi dengan Zafran? Tunggu kepala dia kena tembak jelah lepas ni.

Takut mat.

"Kau dah makan ke belum? " Soal Zafran.

"Belum boss." Baru sahaja Faiq mahu tarik kerusi di sebelah Rudy untuk duduk, Zafran terus melarang perbuatannya.

"Ambik ni, dah tak sempat kau nak makan, bawak naik flight."

Plastik sandwich dibaling ke arah Faiq. Nasib baik Faiq dapat tangkap.

Fuh!

"Dah, jom gerak."

Semua orang bangun dan mengambil beg masing-masing.

ZAHRAH hanya mengikuti langkah kaki Zafran. Airport ini ramai orang, kalau sesat nanti susah. Dah lah badan dia kecik.

"Eh, awak kata kita nak pergi Italy, kenapa masuk lorong London pula?" Zahrah memandang Zafran di sebelahnya.

Lelaki itu hanya diam tak bersuara.

Zahrah merengus kasar. Tak puas hati! Lantas lengan baju Zafran ditarik perlahan.

"Awak, saya tanya ni."

"Kita jemput someone dekat London dulu."

Zahrah tergamam. Mulutnya melopong luas.

Fuh dia punya perkataan 'jemput' tu macam biasa-biasa.

Macam jemput orang kat stesen bas. Padahal London tu lagi jauh dari Italy.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now