~ • 🤍 • ~"Ya Allah, ampunilah ia, kasihilah ia, berilah ia kekuatan, maafkanlah ia, dan tempatkanlah di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburannya, mandikan ia dengan air salju. Bersihkan ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju putih dari kotoran, berilah ganti rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah ganti keluarga (atau istri di surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan ia ke surga, jagalah ia dari siksa kubur dan neraka."
(HR. Muslim).
"SADAQALLAHULAZIIM." Kalam Allah itu ditutup dengan perlahan lalu diselitkan ke dalam kocek baju Melayu di bahagian dadanya. Tangan diangkat untuk meraup muka.
Zafran membuang pandang ke arah tanah perkuburan di hujung sana. Sedaya upaya dia bertahan supaya air matanya tidak jatuh ke pipi.
Dadanya terasa sebak. Turun naik halkumnya untuk cuba kelihatan baik-baik sahaja.
Tiba-tiba Zafran tersentak apabila bahunya disentuh oleh seseorang.
"Abang okay?" Lembut suara itu bertanya. Dia menoleh ke kanan. Kemudian, menghadiahkan senyuman manis kepada isteri tercinta.
Zahrah turut tersenyum. Dia dapat melihat dengan jelas raut wajah suaminya yang bertukar suram sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke tanah perkuburan yang menempatkan seseorang.
Ya, mereka kini sedang menziarahi kubur Allahyarham Muhammad Danish Arfan Bin Shahir Al-Amri. Atau lebih tepat lagi sahabat dunia dan akhirat suaminya. Baru sahaja selesai menghadiahkan bacaan Yaasiin kepada Arwah Dan.
Zafran berdehem. Cuba meneutralkan semula suasana. Dia memerhatikan perbuatan anak-anaknya yang sedang leka membersihkan kubur sahabatnya.
Rayyan dan Raykarl sibuk mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh meliar di sekeliling kawasan itu. Rania pula tidak dapat ikut mereka menziarahi tanah perkuburan itu kerana gadis kecil tersebut terus ketiduran setelah penat bergambar bersama keluarga besar Zafran pagi tadi.
Bibirnya tersenyum manis sambil hati berasa hiba.
Baru beberapa tahun lepas dia memberanikan diri untuk menziarahi 'rumah' sahabatnya itu. Sebabnya hanya satu, kerana puas dipujuk dan dikuatkan semangat oleh isteri tercinta, Zahrah Ameera.
Alasannya, Zafran Aqeel masih dihurung rasa bersalah walaupun asbab kematian sahabatnya itu bukan salahnya.
Zafran rasa ralat.
"Sayang, tolong hulurkan abang air mawar tu," pinta Zafran.
Zahrah tersentak apabila dia dipanggil. Terus dia memandang ke arah suaminya dengan raut muka bingung.
"Apa dia, bang?"
Zafran senyum senget. Apa benda lah yang isteri dia ni berangankan.
"Abang kata, tolong hulurkan air mawar tu."
Zahrah angguk sekali. Terus dia mencapai jag kaca yang berisi air mawar dan kelopak bunga untuk diberikan kepada Zafran.
YOU ARE READING
DIA, LELAKI MISTERI✓
RomanceAwalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan...