41 - SUSPICIOUS

9.1K 550 5
                                    


~ • 🤍 • ~

"MACAM mana? Everything okay?" Serius suaranya. Begitu juga riak mukanya.

"Tak ada apa yang mencurigakan, tuan. Tapi yang peliknya, apa motif 'dia'? Cara 'dia' masuk pun licik betul. Hampir tak percaya yang ini merupakan kes pecah rumah. Tak ada satu barang pun yang hilang."

Zafran terdiam. Tangannya membelek-belek kunci mangga pintu tersebut. Sambil mindanya sibuk memikirkan motif sebenarnya.

Licik.

Satu perkataan yang sesuai.

'Pencuri' yang masuk ke dalam rumah Zahrah tidak memecahkan tingkap rumah. Juga tidak merobek pintu. Tetapi hanya mangga sahaja yang dipotong, kemudian 'pencuri' itu pasti telah masukkan sesuatu ke dalam tombol pintu sebagai pengganti kunci dan terus masuk ke dalam rumah.

Sesudah itu, mangga yang telah dipotong terus dibuang ke dalam tong sampah, diganti dengan mangga yang baru. Itulah kronologi cerita ini.

Patutlah apabila Zahrah mencuba untuk buka pintu belakang itu tidak boleh masukkan kunci. Sebab dah diganti dengan mangga yang lain.

Tapi, apa motif si dia? Tak ada barang yang hilang. Hanya rumah yang bersepah, pasu bunga dan cermin yang pecah. Juga dinding yang diconteng-conteng menggunakan cat merah dan hitam.

Nak kata ah long, tak pernah pula Zahrah berhutang dengan mereka.

"Abang, saya masuk dalam kereta dulu ya." Pinta Zahrah.

Zafran hanya angguk kepala tanda mengizinkan permintaan isterinya.

Kini, tinggallah Zafran seorang sahaja di situ. Nick sudah lama keluar. Kaki panjangnya mula melangkah memerhatikan keadaan sekeliling.

Tadi mereka bertiga dah kemas balik dah kawasan tersebut. Rasanya tak perlu buat laporan polis, sebab Zafran agak yang kes ni ada kaitan dengan dia. Tengoklah nanti, kalau serius atau terjadi lagi, dia tak akan teragak-agak untuk melibatkan polis.

ZAHRAH termenung memandang skrin komputernya. Apa lah yang dia fikir sampai satu kerja pun tak siap lagi.

Ini semua sebab Zafran lah.

Ya, suaminya.

Zafran sekarang dah mula balik lambat. Malah lebih lambat berbanding dulu. Suaminya itu berkata bahawa dia sibuk.

Kerja apa lah yang Zafran buat sampai sibuk sangat. Yang Zahrah pasti, bukan kerja di syarikatnya. Mana ada orang yang stay kat office sampai pukul 3 pagi? Balik-balik dah bertukar baju.

Waktu pagi, smart berkot, siap bertali leher lagi. Rambut pun kemas bersikat. Balik malam pula, satu badan berwarna hitam. Dari t-shirt hinggalah slack, semua hitam. Rambut pun messy. Dengan peluh-peluh di badan.

Sampai Zahrah terfikir, laki aku ni bermarathon satu bandar ke apa?

Dan setiap kali ditanya, setiap kali tulah jawapannya tetap sama. Sampai Zahrah rasa dah malas nak tanya lagi. Yang penting nyawa suaminya selamat.

Dan Zafran tak ada bunuh sesiapa. Zahrah tak mahu ambil tahu sisi gelap suaminya.

"Amboi, amboi, amboi." Cukup perlahan suara itu menyapa gegendang telinganya. Namun, masih dapat buat Zahrah terkejut.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now