29 - SECRET

10.4K 601 3
                                    

"FUYOO mantap bro!"

Lelaki yang sama menyapa Zafran juga membuat perkara yang sama kepadanya.

Mereka bertiga sempat berlaga buku lima sebelum berpeluk bahu cara lelaki.

"New car? Nice choice! Memang gempaklah!"

"Aku payung kereta baru nak tunjuk kat korang. Speed turbo, laju gila!"

Pecah ketawa mereka tiga sekawan tanpa menghiraukan cuaca panas diluar ini.

Err, bila nak masuk ni? Makeup aku dah nak cair ni.

"Kau pahal Sufi?" Berbalik pada lelaki yang muntah tadi, mukanya pucat macam darah tak mengalir.

Zahrah hanya memasang telinga mendengar sahaja Faiq menyoal Sufi. Dari tadi mereka yang lain cuma menjadi pemerhati babak drama depan mata.

"Kau tahu tak boss Nathan tu? Dia bawak kereta macam nak bunuh diri! Kalah pelumba F1. Aku.... Aku... Bwuerrkkk!!"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, sekali lagi tekak melancarkan mogok.

Nasib baik Sufi sempat berpaling kebelakang, kalau tak... memang Faiq, Kael , Rudy , Zahrah dan gadis ninja tadi terkena muntah dia.

Euww..

"Woii kau ni okay ke tak!" Jerit Faiq.

ZAHRAH termenung kosong. Bosan yang teramat sekarang ini dia rasa. Mereka semua dalam perjalanan pulang ke Italy, kampung halaman ayah mertuanya, atau lebih tepat lagi ayah Zafran.

Zahrah mengalih pandang ke arah tiga orang jejaka yang sibuk berbincang di kerusi hadapannya. Oh, Nick pun ada menyelit disitu.

Salah seorang daripada mereka Zahrah kenal, rasanya nama dia ialah Jonathan. Sebab Zafran pernah berkata satu ketika dahulu.

Zafran kata itu sepupunya, ayah Jonathan merupakan adik kepada ayah mertuanya.

Tapi seorang lagi lelaki itu Zahrah tidak sempat lagi bertanya siapa nama dia. Lelaki itulah yang menyambut mereka semua waktu mula-mula datang tadi.

Mukanya putih ,tubuhnya tinggi lampai, berbadan sasa, mata sepet, macam chinese pun ada. Tapi gaya pemakaiannya seratus peratus macam orang barat.

Entahlah, Zahrah pun tak dapat nak pastikan yang mana satu.

"Hey, you ni tak rimas ke pakai topeng tu selalu?" Zahrah menoleh ke arah seseorang di sebelahnya.

Faiq.

Faiq menyoal gadis ninja yang duduk dihadapan Zahrah. Tadi lupa pula nak sambung soal siasat sebab tergesa-gesa naik bila Zafran tarik tangannya.

Gadis tersebut terus menarik topeng dimukanya. Terserlah wajah cantiknya. Macam anak cina! Zahrah terlopong sedikit.

"Hish you ni Faiq, biarlah i."

"Hai Puan, i'm Emma."

Nama dia Emma rupanya!

"Hai, tak perlulah nak berpuan bagai, panggil Zahrah cukup."

Itulah ayat setiap kali akan dia tegur kepada anak-anak buah Zafran. Tak selesa kalau mereka semua memanggilnya Puan.

Macam besar sangat pula mandat.

"You look like Chinese. Tapi awak fasih berbahasa Melayu! Terkejut saya tadi."

Emma ketawa kecil. " Ofcourse lah pandai, saya kan orang Malaysia."

"Dia memang pandailah Zahrah, sampai dia pernah kata, sesiapa yang nak kenal dengan dia kena pandai bercakap Melayu. Bila 'orang tu' dah bersungguh-sungguh belajar dia pula yang jual mahal."

Pecah ketawa Faiq, Kael, Sufi dan Rudy di situ. Hanya mereka yang tahu sebab Emma yang pernah ceritakan kepada mereka satu masa dulu.

Emma menjeling tajam. Zahrah pula tersenyum lucu memandang mereka semua. Jelas nampak eratnya hubungan mereka berkawan.

"Err Emma, siapa lelaki yang berbaju putih tu? Yang sambut kami semua tadi?"

"Ouhh itu Shawn." Pendek sahaja dia jawab.

"Shawn tu kawan baik Zafran dan Nathan sejak dari zaman kolej lagi." Sambung Kael.

Zahrah angguk kepala. Faham.

"Rindu nak tengok mereka berkumpul macam ni, inilah pertama kali sejak empat tahun yang lepas." Tiba-tiba Faiq berkata setelah kami semua berdiam diri.

Zahrah berkerut kening. Manakala yang lain pula sudah menjengil mata memandang ke arah Faiq.

Kenapa pula dengan empat tahun lepas? Ada apa?

"Why?"

Faiq segera berdeham. Mungkin sedar yang dia dah terlanjur kata.

Senyap buat beberapa saat.

"They all four actually. Mereka memang kawan rapat, malah tersangat rapat, saling menyayangi macam adik beradik. Tapi antara Shawn dan Nathan, Zafran lebih rapat dengan seorang lagi. Sampailah satu ketika, kawan yang paling dia sayang itu pergi meninggalkannya. Hidup Zafran memang berubah sekelip mata."

Lambat-lambat Rudy menjelaskan panjang lebar. Mungkin sebab suasana terus sepi tadi. Jadi, Rudy sebagai penyelamat tak mahulah biarkan isteri bos mereka dalam keadaan tertanya-tanya.

"Siapa dia? Dan kenapa dia tinggalkan Zafran?" Suspen Zahrah dibuatnya.

Tak sukalah kalau orang bercerita tak habis ni.

"Itu bukan urusan saya untuk ceritakannya. Maaf Zahrah, selebihnya awak perlu bertanya kepada Zafran sendiri. Mungkin dia akan terbuka hati untuk bercerita kalau kena dengan cara awak pujuk dia."

"Hurmm okay." Zahrah mengeluh lemah.

Dia mengerling Zafran. Lama lagi ke mereka nak habis berbincang?

Bincang apelah itu sampai serius betul mukanya.

Perlahan-lahan Zahrah menutup kelopak mata.

Baik aku tidur.

Manelah tahu nanti celik-celik je dah sampai Italy.

~ • 🤍 • ~

Edited Version.

DIA, LELAKI MISTERI✓Where stories live. Discover now